Dijemput Ilahi Usia 21 Tahun Selepas Bersalin Anak Sulung Tinggalkan Bayi Lelaki Untuk Suami
Besar sebenarnya pengorbanan dan jihad seorang wanita untuk melahirkan seorang zuriat. Sanggup hadap segala kesakitan dari awal mengandung hinggalah proses bersalin. Semua yang dilakukan ini demi memastikan lahirnya seorang khalifah dengan sempurna.
Perkongsian yang menyentuh hati dari FB Mr Wan Cai Official mengenai perjuangan seorang ibu muda selepas melahirkan anak sehingga akhirnya dijemput ilahi benar-benar mengambarkan ibu adalah insan yang sangat tinggi darjatnya.
Rakan rakan sukarela wan VJSA baru sahaja bergerak dari bilik wakaf menuju ke Kampung Pauh Dara Semerak Pasir Putih Kelantan..
Jenazah ibu muda yang syahid itu telah siap disempurnakan. Malah jenazah telah disolatkan di bilik wakaf jannatul firdaus..
Perjalanan jauh merentas 3 negeri iaitu Kuala Lumpur, Pahang kemudian barulah akan tiba dilokasi rumah ahli keluarga di Pasir Puteh, Kelantan.
Kesihatan tiba-tiba merosot
Arwah Noor Syahira Binti Azizi meninggal dunia pada pukul 03.45 petang (16 Ogos 2020).
Pada 06 Ogos yang lalu hari Khamis jam 4.30 pagi arwah telah melahirkan anak pertamanya. Sehari selepas bersalin iaitu pada hari Jumaat arwah berada di dalam keadaan normal.
Maksudnya kesihatan arwah juga adalah normal dan sihat. Tetapi pada hari Sabtu iaitu 08 Ogos kesihatan arwah tiba tiba merosot. Sekitar pukul 5.00 pagi doktor mendapati arwah telah dijangkiti kuman.
Pembedahan telah dilakukan oleh pihak doktor terhadap arwah pada 01.30 petang bagi menyelamatkan nyawanya.
Mengalami sawan selepas pembedahan
Tiba tiba pada pukul 09.00 malam ibu muda itu telah diserang penyakit sawan sehingga memaksa pihak doktor mengikat kaki dan tangannya. Keputusan untuk mengikat kali serta tangan ibu muda itu terpaksa diambil kerana kerana keadaan arwah berada luar kawalan.
Pada pukul 06.30 pagi hari Ahad ibu muda ini telah hilang ingatan sehingga tidak mengenali sesiapa. Pihak doktor terpaksa memasukkan ubat antibotik dan ubat tidur bagi mengelakkan serangan sawan kembali menyerangnya.
Keadaan semakin lemah
Pada hari Ahad iaitu pada 09 Ogos pembedahan terpaksa dilakukan sekali lagi apabila pihak doktor mendapati telah banyak air di dalam paru-paru ibu muda itu. Arwah mengalami simptom kesukaran bernafas.
Malah jantungnya semakin lemah sehinggalah pada hari Isnin iaitu 10 Ogos arwah telah koma. Ini bermakna selama 6 hari arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau koma.
Doktor juga mendapati otak ibu muda ini sudah lagi tidak berfungsi. Selepas bertarung nyawa akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Berakhir juga satu penderitaan. Terhenti sudah segala kesakitan.. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai..Terputus sudah kasih sayang di antara si suami dan si isteri..
Tinggalkan seorang bayi lelaki
Si ibu juga pergi meninggalkan anak lelaki yang telah dilahirkan. Tinggallah si suami bersama seorang zuriat. Zuriat yang masih tidak mengerti ibu yang melahirkannya ke dunia sudah tiada lagi.
Sedih kita mendengar kisah kematian ibu muda ini. Sedih dan berat lagi situasi yang perlu ditanggung oleh si suami. Bagaimana hendak meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang isteri di sisi.
Bagaimana pula hendak membesarkan seorang anak yang kecil tanpa seseorang yang bergelar ibu. Apa yang bakal dilalui oleh si suami selepas ini bukan satu perkara yang mudah.
Walaupun pahit hendak ditelan. Kehidupan mereka berdua perlu diteruskan. Si suami perlu bangkit untuk mendapatkan kembali semangatnya yang sudah runtuh itu..
Semoga Allah menjaga serta melindungi si suami serta anaknya. Anak yang baru dilahirkan itu masih berada di wad jagaan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Moga Allah mendengar doa saya. Semoga anak kecil itu akan diberikan kekuatan untuk terus bernyawa kerana saya yakin apabila melihat anak lelakinya itu terus sihat di depan mata akan menjadikan si suami mendapatkan semula semangatnya kembali.
Mudah-mudahan. Aamin aamin ya rabbal alamin!
Sumber: Mr Wan Cai Official
The post Dijemput Ilahi Usia 21 Tahun Selepas Bersalin Anak Sulung, Tinggalkan Bayi Lelaki Untuk Suami appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dijemput-ilahi-usia-21-tahun-selepas-bersalin-anak-sulung-tinggalkan-bayi-lelaki-untuk-suami/