Ujian Allah Dayah Reda Kelahiran Anak Sulung Tidak Dapat Disambut Suami
Alhamdulillah semuanya dipermudah Allah SWT. Penantian lebih sembilan bulan penuh liku tanpa suami di sisi membuatkan peminat pengacara, Dayah Bakar sentiasa memberikan sokongan padu buatnya sepanjang kehamilan.
Baru sebentar tadi, pengacara petah ini telah pun selamat melahirkan bayi lelakinya pada jam 2.23 petang di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Biarpun tanpa suami, Muhammad Hanif Hamidi yang ketika ini bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan penularan COVID-19, namun Dayah terus kuat semangat demi bayinya yang tercinta.
Dayah mengaku reda kelahiran anak sulung tidak dapat disambut suami.
“Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya, ” kongsinya menerusi Berita Harian.
Dayah yang selamat melahirkan anak secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya, ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara yang sentiasa menguatkan semangatnya.
Bukan itu sahaja, malah suami juga sentiasa memberikan semangat dan kekuatan buat Dayah menempuh tempoh bersalin. Beberapa jam sebelum bersalin, Dayah dan suami sempat berinteraksi melalui panggilan video. Malah berkongsi kata semangat agar Dayah terus kuat menempuhnya.
Sokongan suami luar biasa
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai detik kelahiran anaknya, pengacara Borak Kopitiam ini bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya.
Suntingan penuh profesional undang sebak
Terdahulu, beberapa jam sebelum melalui tempoh kelahiran, Dayah memuat naik foto di Instagram yang disunting menampakkan mereka berada di lokasi sama, sebelum putera tersayang dilahirkan.
Perkongsian video dan gambar yang dikongsikan Dayah ternyata cukup menyentuh hati. Dayah dan suami lebih dahulu membingkas dan menyimpan koleksi gambar kenangan bersama mereka sebagai kenangan walaupun terpaksa berjauhan.
Berjauhan bukan halangan, bidikan kemas lensa dan sentuhan gambar Dayah dan suaminya yang diedit jurugambar profesional ternyata membuatkan warganet sebak sambil mendoakan kesejahteraan malah dipermudahkan bersalin.
Alhamdullah kerana semuanya sudah pun dipermudahkan malah putera sulung yang sihat dan comel, yang bakal dikongsikan fotonya kelak pastinya menjadi
Perkongsian video dan gambar di instagramnya sebentar tadi membuatkan warganet tersentuh. Hasil sentuhan oleh @zaidiel_afiqie dalam video pendek dengan alunan muzik yang syahdu sesungguh membuatkan kita merasai apa yang dikongsikan Dayah. Semoga Dayah terus kuat menempuh tempoh berpantangnya dengan sihat.
View this post on Instagram
Perjuangan ini bukan milikku sahaja, bukan juga milik kamu, tapi milik kita bertiga …. Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan
Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍 Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih
🤍 P/s : This photo was taken separately malaysia
Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us
A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on Aug 16, 2020 at 3:19pm PDT
Perjuangan ini bukan milikku sahaja,
bukan juga milik kamu,
tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan
Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍
Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih
🤍
P/s : This photo was taken separately malaysia
Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us
Kongsi Dayah lagi, pastinya besar rahsia dan hikmah serta ganjaran yang Allah sediakan saat dia dan suami melalui semua ini. Kuncinya adalah kesabaran dan keluarga adalah penguatnya kini untuk menempuh proses berpantang pula.
Tahniah buat Dayah Bakar dan suami, semoga Dayah terus kuat untuk menjalani tempoh berpantang bersama keluarga.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Sumber: Berita Harian
The post “Ujian Allah” Dayah Reda Kelahiran Anak Sulung Tidak Dapat Disambut Suami! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ujian-allah-dayah-reda-kelahiran-anak-sulung-tidak-dapat-disambut-suami/