Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus


Dalam usaha menguruskan berat badan, terdapat pelbagai pelan diet yang boleh diikuti  ramai. Ada yang berkesan ada yang tidak. Semuanya bergantung kepada tahap penerimaan badan seseorang.
Tetapi tahukah anda, terdapat satu kajian yang mengaitkan bahawa pengamalan pelan diet yang dipanggil diet rendah karbo boleh membawa kepada kanser usus. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Kurang Karbo, Kurang Berat Diet rendah karbo adalah merupakan pelan pemakanan yang amat popular pada masa kini. Ini berikutan kerberkesanannya dalam menurunkan berat badan dalam masa yang singkat. Konsepnya berasaskan pengawalan tahap insulin dalam memastikan penurunan peratusan lemak badan yang lebih efektif.
Glukosa adalah merupakan unit terkecil bagi nutrisi makro, karbohidrat. Apabila kita makan makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, insulin akan dirembeskan bagi membantu proses pengagihan glukosa kepada sel-sel yang memerlukan sumber tenaga. Apabila kesemua sel sudah mempunyai sumber tenaga yang cukup, apa yang akan terjadi kepada lebihan glukosa yang masih berlegar-legar di dalam salur darah kita?
Lebihan ini akan ditukar menjadi glikogen dan disimpan sama ada di dalam organ hati atau otot. Glukosa tidak boleh duduk di dalam salur darah untuk tempoh masa yang lama kerana ia boleh berinteraksi dengan molekul protein dalam proses membahayakan dipanggil sebagai glikasi. Justeru, jika simpanan glikogen kita sudah mencukupi, lebihan glukosa akan disimpan di dalam sel-sel lemak kerana sel ini mempunyai struktur yang ringkas berbanding dengan sel lain.
Apabila dilihat kepada model fisiologi bagaimana terjadinya sel lemak, kita boleh simpulkan bahawa cara yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan atau peratusan lemak badan adalah dengan mengurangkan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Maka, pelan pemakanan diet rendah karbohidrat adalah merupakan salah satu cara yang efektif dalam mengawal berat badan.
Kanser usus dan diet rendah karbohidrat Kajian yang dibuat pada bulan April 2019 telah mendapati mereka yang mengambil nutrisi makro yang sedikit mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat segala bentuk kanser. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang melibatkan hampir 25,000 subjek dari tahun 1999 hingga 2010. Mereka yang mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat didapati mempunyai risiko setinggi 35% untuk mati kerana kanser berbanding dengan populasi umum.
Kajian ini telah disahkan oleh 7 kajian-kajian lain yang mendapati bahawa, dalam kalangan 450,000 individu, mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat mempunyai risiko setinggi 8% untuk mati daripada kanser. Namun, anda perlu tahu bahawa kanser mempunyai pelbagai sebab dan faktor yang perlu ditimbang tara. Kajian-kajian ini dilaksanakan melalui borang kaji selidik tanpa melibatkan konsultasi secara langsung.
Namun, secara teorinya, mereka yang mengamalkan gaya pemakanan ini, terutamanya mereka yang mengehadkan pengambilan karbohidrat kepada 30g sehari selalunya mengambil makanan yang rendah serat. Serat yang terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin mempunyai potensi untuk menghalang berlakunya insiden kanser usus. Jika anda mengambil jumlah makanan serat yang mencukupi, anda akan menurunkan risiko untuk mendapat kanser tersebut sebanyak 20%.
Walaupun kita tahu berkenaan dengan fakta ini, 9 daripada 10 individu dewasa gagal untuk memenuhi keperluan nutrisi serat sebanyak 30g dalam masa sehari.
Konklusi Pengambilan serat dalam pemakanan akan memberikan kualiti hidup terbaik dalam jangka masa panjang. Buat masa ini, tiada kajian yang menunjukkan diet rendah karbohidrat seperti diet ketogenik akan menyebabkan peningkatan kanser usus secara langsung, namun perlu kita ingat bahawa mereka yang mengambil diet seperti ini kebiasaannya mengambil jumlah serat yang tidak cukup dalam masa sehari. Dalam proses merawat penyakit obesiti ini, jangan kita abaikan aspek kesihatan yang lain.
Sumber : Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/31/diet-rendah-karbo-boleh-menyebabkan-kanser-usus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser

Awas Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 283 hits
Pedih ulu hati merupakan keadaan yang dialami oleh ramai orang malah lebih kerap terjadi kepada ibu hamil Apabila keadaan ini terjadi pasti kita rasa tidak selesa di bahagian dari perut ke abdomen dada atau kerongkong seperti rasa panas dan...
Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 532 hits
Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan ketiga ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang ...
Angkara Ikan Masin Boleh Membentuk Kanser Dalam Badan

Angkara Ikan Masin Boleh Membentuk Kanser Dalam Badan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 363 hits
Karsinogen adalah apa apa unsur yang mendorong kepada pembentukan kanser Pembentukan kanser ini boleh terjadi melalui beberapa mekanisma seperti kerosakan DNA sel cetusan mutasi dan sebagainya Tahukah anda di saat anda seronok menjamu seler...
Ramai Tak Tahu Sosej Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Perut

Ramai Tak Tahu Sosej Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Perut

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 385 hits
Walaupun pakar kesihatan sudah berkali kali mengingatkan kita tentang bahaya kerap mengambil daging yang sudah diproses seperti sosej atau naget Malangnya kerana rasa dari daging olahan ini sangat enak dan sangat mudah untuk diolah dengan c...
Kadar Metabolisme Rendah Menyebabkan Kita Sukar Kurus Dan Tidak Sihat

Kadar Metabolisme Rendah Menyebabkan Kita Sukar Kurus Dan Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 480 hits
KADAR METABOLISME RENDAH MENYEBABKAN KITA SUKAR KURUS DAN TIDAK SIHAT Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5kg atau 10kg dari berat asal Apa se...
Banjir Boleh Menyebabkan Risiko Penyakit Berjangkit

Banjir Boleh Menyebabkan Risiko Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum wbt Kemusnahan fizikal yang biasanya mengiringi banjir besar sangat buruk Apabila air bah surut ia boleh memberikan ancaman yang lebih besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri Tidak ketinggalan kesan tekanan mental di k...
Kalau Boleh Hari Hari Nak Bertudung Gadis Cina Ini Tak Kekok Pakai Hijab

Kalau Boleh Hari Hari Nak Bertudung Gadis Cina Ini Tak Kekok Pakai Hijab

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 670 hits
Menutup kepala dengan tudung merupakan satu tuntutan dalam menutup aurat Jadi sememangnya masyarakat Muslim terutamanya kaum Melayu di Malaysia akan mengenakan hijab Namun begitu tidak salah jika kaum lain yang bukan beragama Islam untuk me...
Baju Yang Di Pakai Risteena Boleh Nampak Mahkota Sulit

Baju Yang Di Pakai Risteena Boleh Nampak Mahkota Sulit

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 794 hits
Jarang kita dengar kontroversi atau gosip yang bukan bukan dari Risteena Aktres ini tenang tenang sahaja kalau nak dibandingkan dengan adiknya pelakon Ruhainees yang selalu dikecam sebab terlampau over dengan kekasih Bagaimanapun baru baru ...
Ibu Ibu Boleh Cuba Teringin Hamil Anak Kembar Makan Ubi Kayu

Ibu Ibu Boleh Cuba Teringin Hamil Anak Kembar Makan Ubi Kayu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 394 hits
Jika anda salah seorang daripada ibu yang sedang mengandung anak kembar tahniah Tidak ramai sebenarnya yang dapat merasai sepasang bayi di dalam kandungan Ada yang kata anak kembar ni semuanya kita dapat rasakan berganda termasuk kesakitan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization