Banjir Boleh Menyebabkan Risiko Penyakit Berjangkit
Assalamualaikum wbt..Kemusnahan fizikal yang biasanya mengiringi banjir besar sangat buruk. Apabila air bah surut, ia boleh memberikan ancaman yang lebih besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri. Tidak ketinggalan kesan tekanan mental di kalangan mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan kediaman, harta benda, ternakan, tanaman mahupun kehilangan orang tersayang. Rasa tidak bermaya, kurang tidur, resah gelisah, marah, hiperaktif dan sedikit murung adalah sesuatu yang normal dan akan berlalu pergi bersama masa
Bagaimanapun, jika simptom-simptom berlarutan selepas beberapa minggu tragedi berlaku, perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut dan kaunseling. Pada musim banjir – baik semasa dan selepasnya, penyakit-penyakit berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, selalunya mudah merebak jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil
Gejala PenyakitGejala-gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit otot-otot dan demam. Sekiranya gejala-gejala berkenaan serius dan berlarutan, mangsa hendaklah segera dibawa berjumpa doktor. Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan-bahan beracun ini naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia
Bagi mereka yang diarahkan berpindah diminta mematuhinya dan tidak terlalu mengikutkan perasaan tetapi lebih mengutamakan keselamatan nyawa mereka. Suasana yang sejuk menyebabkan seseorang lebih mudah terkena jangkitan. Berhati-hati apabila kembali semula ke kediaman selepas banjir kerana mungkin terdapat ancaman bahan kimia berbahaya, caj elektrik dan kebocoran gas
Kesan tinggalan kulat selepas hujan juga boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit-penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan, dan boleh memburukkan lagi keadaan pesakit tersebut yang sedia ada
Langkah-langkah Yang Patut Diambil Semasa Banjir :Berpindahlah dengan segera ke pusat-pusat pemindahan apabila diarah
Jangan biarkan kanak-kanak bermain air
Padamkan semua pesawat elektrik apabila pindah
Jangan sentuh dawai elektrik yang jatuh ke dalam air
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Kita di Pusat Pemindahan?Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman
Sentiasa minum air yang sudah dimasak
Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
Patuhi nasihat yang diberikan oleh kakitangan kesihatan
Dapatkan segala suntikan jika diberi
Gunakan kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tong sampah dan sebagainya. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia).Gastroenteritis akut
Demam KepialuIa disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu
Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan tiga, empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, cakap merapu dan mungkin tidak sedarkan diri. Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2019/10/banjir-boleh-menyebabkan-risiko.html