Angkara Ikan Masin Boleh Membentuk Kanser Dalam Badan


Karsinogen adalah apa-apa unsur (kompaun atau radiasi) yang mendorong kepada pembentukan kanser. Pembentukan kanser ini boleh terjadi melalui beberapa mekanisma seperti kerosakan DNA sel, cetusan mutasi dan sebagainya.
Tahukah anda, di saat anda seronok menjamu selera, terdapat kemungkinan bahawa adanya bahan karsinogen dalam makanan tersebut. Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, ikuti penjelasan seperti di bawah.
Karsinogen popular Jika anda seorang penggemar komik Marvel, anda pasti pernah dengar tentang radiasi gamma. Radiasi yang menyebabkan Bruce Banner menjadi gergasi hijau ini mempunyai tenaga yang sangat tinggi. Sehubungan itu, ia mampu untuk menyebabkan kerosakan DNA dalam sel, mutasi genetik dan akhirnya kanser.
Tahap karsinogen suatu sinaran itu bergantung kepada jenis radiasi, pendedahan kepada radiasi tersebut dan juga tahap tembusnya. Untuk itu, terdapat juga situasi di mana radiasi yang mengeluarkan zarah alpha juga boleh dikira sebagai karsinogen. Dalam keadaan biasa, anda juga boleh terdedah kepada sinaran bertenaga tinggi iaitu sinaran UV.
Di Australia, khususnya di bahagian yang terdapat lubang pada lapisan atmosfera, sinaran UV dikatakan sebagai punca kepada insiden kanser kulit yang tinggi di negara tersebut. Selain sinaran, terdapat juga karsinogen popular yang lain dalam kehidupan harian. Contoh yang mudah adalah tembakau dan juga zarah dalam udara yang dibebaskan oleh kilang dan kenderaan bermotor.  
Karsinogen dalam makanan Terdapat beberapa kompaun karsinogen dalam makanan harian yang diambil tanpa kita sedari. Berikut merupakan 4 jenis karsinogen dalam makanan yang lazim ditemui:
1.Karsinogen semula jadi yang tidak boleh dielak
Berita buruk untuk rakyat Malaysia, karsinogen dalam kumpulan ini mungkin merupakan bahan karsinogen yang paling kerap dimakan. Ini kerana ia terdapat dalam salah satu lauk tradisional yang popular di negara ini – ikan masin.
Untuk penjelasan, ikan itu sendiri tidak mempunyai sebarang karsinogen di dalamnya tetapi proses yang digunakan untuk menghasilkan ikan masin itu secara tidak sengajakan menyebabkan bahan karsinogen semula jadi terhasil.
Beberapa kompaun karsinogen yang telah dikenal pasti dalam ikan masin termasuklah N-nitrosodimetilamin dan juga kompaun nitrosamin yang lain. Beberapa kajian kes dan kajian ekologi telahpun menunjukkan bahawa pengambilan ikan masin masakan China dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser nasofarinks, kanser perut dan juga kanser oesofagus.
2.Karsinogen semula jadi yang boleh dielak
Terdapat juga karsinogen dalam makanan yang berupaya untuk dielak walaupun ia terhasil secara semula jadi. Contoh karsinogen dalam kumpulan ini adalah aflatoksin. Aflatoksin adalah metabolit toksik yang dihasilkan oleh spesies fungi Aspergillus flavus. Secara semula jadi, toksin ini boleh didapati pada bijirin dan beberapa jenis kekacang.
Binatang yang memakan kacang atau bijirin tercemar berpotensi untuk menghasilkan produk makanan yang mengandungi toksin ini. Wanita hamil yang mengambil makanan tercemar dengan toksin ini pula berupaya untuk menyebarkannya kepada bayi melalui susu badan. Mujurlah, toksin ini berupaya untuk dibuang melalui beberapa teknik industri, menjadikan risiko pendedahannya rendah.
3.Bahan kimia antropogenik yang boleh berada dalam makanan
Contoh karsinogen dalam makanan daripada jenis ini adalah kompaun dioksin. 2,3,7,8-tetraklorodibenzo-p-dioksin (TCDD) boleh, dengan tidak sengaja, berada dalam makanan ketika proses pembentukan hidrokarbon yang berklorin. Ia tidak pernah dihasilkan dengan sengaja melainkan untuk tujuan kajian atau terbentuk akibat daripada pembakaran tidak sempurna yang melibatkan kewujudan klorin.
TCDD yang sedikit turut dihasilkan oleh pembakaran hutan. Kompaun ini mampu untuk mencemarkan persekitaran, melawan degradasi dan boleh terkumpul dalam sesetengah produk makanan. Antara kanser yang telah dikaitkan dengan bahan ini adalah kanser paru-paru, limfoma bukan-Hodgkin dan juga kanser tiroid. 
4.Bahan kimia antropogenik yang sengaja ditambah dalam makanan
Kategori ini melibatkan bahan kimia seperti sakarin dan pewarna makanan. Sakarin, sejenis pemanis tiruan yang kerap ditambah dalam makanan, merupakan sejenis bahan karsinogen. Bahan ini dikaitkan dengan kanser pundi kencing yang malignan dan cukup agresif.
Kecenderungan untuk menghidap kanser pundi kencing dengan pengambilan sakarin ini dilihat lebih lazim berlaku dalam jantina lelaki berbanding wanita.
Sumber : Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab/Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/31/angkara-ikan-masin-boleh-membentuk-kanser-dalam-badan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Diri Saya Dipijak Pijak Isu Hina Alat Sulit Bekas Isteri Bau Ikan Masin Fairuz Belum Boleh Maafkan Galih Ginanjar

Harga Diri Saya Dipijak Pijak Isu Hina Alat Sulit Bekas Isteri Bau Ikan Masin Fairuz Belum Boleh Maafkan Galih Ginanjar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 532 hits
BEKAS isteri kepada pelakon Galih Ginanjar iaitu Fairuz A Rafiq masih belum memaafkan penghinaan yang dilakukan oleh aktor tersebut terhadap dirinya Menerusi laporan Liputan6 Fairuz berkata dia berasa cukup terhina dengan kata kata Galih da...
Awas Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser

Awas Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 246 hits
Pedih ulu hati merupakan keadaan yang dialami oleh ramai orang malah lebih kerap terjadi kepada ibu hamil Apabila keadaan ini terjadi pasti kita rasa tidak selesa di bahagian dari perut ke abdomen dada atau kerongkong seperti rasa panas dan...
Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus

Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 347 hits
Dalam usaha menguruskan berat badan terdapat pelbagai pelan diet yang boleh diikuti ramai Ada yang berkesan ada yang tidak Semuanya bergantung kepada tahap penerimaan badan seseorang Tetapi tahukah anda terdapat satu kajian yang mengaitkan ...
Gulai Lemak Ikan Duri Masin Versi Bonda

Gulai Lemak Ikan Duri Masin Versi Bonda

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 461 hits
Sebelum bercerita bab masakan meh kita sembang bab semasa Apa yang hot topic baru baru ini Tentunya perlawanan bola sepak piala Malaysia antara pasukan Johor dan Kedah Yang menarik perhatian saya ialah semangat patriotik anak anak Kedah sep...
Urutan Di Dada Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

Urutan Di Dada Belakang Badan Dan Tapak Tangan Boleh Kurangkan Batuk Anak Yang Lama

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 688 hits
Bila anak batuk non stop ni selalunya selain makan ubat urut atau picit di point tertentu pun boleh legakan batuk Bagi Puan Yatie Eimra yang juga seorang ibu teknik urutan ketika anaknya batuk antara alternatif yang dibuat selain makan ubat...
Susi Pudjiastuti Pesan Jaga Perpres 44 2016 Kapal Asing Tak Boleh Tangkap Ikan Ri

Susi Pudjiastuti Pesan Jaga Perpres 44 2016 Kapal Asing Tak Boleh Tangkap Ikan Ri

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 152 hits
Perpres No 44 2016 antara lain tidak mengizinkan pihak asing untuk melakukan aktivitas penangkapan ikan di kawasan perairan nasional
Ramai Tak Tahu Sosej Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Perut

Ramai Tak Tahu Sosej Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Perut

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 348 hits
Walaupun pakar kesihatan sudah berkali kali mengingatkan kita tentang bahaya kerap mengambil daging yang sudah diproses seperti sosej atau naget Malangnya kerana rasa dari daging olahan ini sangat enak dan sangat mudah untuk diolah dengan c...
Kacau Kekasih Saya Cubalah Kalau Yakin Boleh Dapat

Kacau Kekasih Saya Cubalah Kalau Yakin Boleh Dapat

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 379 hits
Sudah hampir tiga tahun menyulam cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E Ruhainies mengakui ada dugaan yang perlu dihadapi sama seperti The post appeared first on
Tak Tahu Nak Beza Emas Tulen Atau Palsu Ini Satu Cara Yang Boleh Korang Cuba

Tak Tahu Nak Beza Emas Tulen Atau Palsu Ini Satu Cara Yang Boleh Korang Cuba

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 2006 hits
Sebelum kita tertipu terbeli emas tiruan atau palsu kita perlulah mengetahui beberapa kaedah untuk menentukan ketulenan emas yang dibeli itu asli atau tiruan Pada kebiasaannya tanda atau kesan awal boleh dilihat bagi si pemakai emas jika em...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap