Didik Anak Minat Belajar Dari Kecil


 
Alkisahnya BFF saya merangkap ex-roomate di universiti dulu tiba-tiba whatsapp dan minta kongsikan cara saya mendidik anak bongsu untuk mula membaca. Pelik juga kerana anak saya yang bongsu ini masih belum boleh membaca lagi dan saya pun jarang kongsikan pasal perkembangan anak-anak di media sosial sekarang. 


Rupa-rupanya BFF minta kongsikan tips yang sesuai dan boleh diguna pakai olehnya untuk mengajar anak bongsu kerana saya pernah menjadi guru sebelum ini. Anak bongsu kami kebetulan sama umur, baru masuk 4 tahun. Fikir punya fikir akhirnya baru saya sedar yang banyak mendidik anak bongsu saya di rumah sekarang adalah kakaknya. Bukan saya.




Oleh kerana didikan adalah daripada kakak, jadi saya ceritakan sedikit berkaitan kakak kerana proses ini berangkai. Saya akan mengajar kakak lalu disampaikan kakak kepada adiknya. Jadi kepada BFF, mungkin awak dah boleh train kakak Adlina untuk mengajar adik lepas ini ya. Bagaimanapun cara ini mungkin sesuai dilakukan pada hujung minggu kerana BFF saya bekerja. Apa pun, ubah mengikut jadual awak sendiri okay ;)


Rutin Harian KakakKelas PdPR kakak berjalan lancar setiap hari kerana kakak akan bangun seawal jam 6.30 pagi untuk solat jemaah bersama kami. Selepas itu, kakak tidak kembali tidur dan akan mula melakukan aktiviti hariannya. Aktiviti paling dinantikan adalah PdPR kerana saya akan berikan ganjaran kepada kakak apabila selesai menjawab soalan latihan yang diberikan guru. Apa ganjaran itu?


Tengok Youtube Selesai Jawab 10 MukasuratSyarat untuk terima ganjaran adalah wajib selesai menjawab soalan dalam buku sebanyak 10 mukasurat sehari. Tak kisah samada tugasan daripada guru atau tugasan dalam buku kerja di rumah, asalkan cukup 10 mukasurat, kakak dan adik layak untuk tengok cerita kegemaran mereka di Youtube. Kebiasaannya saya beri masa selama satu jam untuk tonton cerita mereka, samada setengah jam pertama cerita kakak atau sebaliknya, namun keduanya akan menonton cerita mereka bersama-sama.


Jadi jadualnya seperti ini. Pada waktu pagi, kakak akan selesaikan kelas PdPR dan tugasan dalam buku dengan 10 mukasurat soalan wajib buat setiap hari. Kebiasaannya jadual kelas tak menentu, kadang soalan diterima pada awal pagi dan kadang-kadang waktu petang baru lengkap terima semua soalan. Pada waktu tengahari, kakak mandi bersama adik, makan, solat dan siapkan kerja sekolah. Selepas itu barulah kakak dan adik menonton cerita kegemaran mereka. Waktu malam pula adalah family time iaitu waktu untuk menonton cerita kegemaran saya dan suami pula. 


Jika kakak selesai menyiapkan tugasan dan menonton cerita kegemarannya lebih awal, kakak perlu ulang kembali menjawab 10 mukasurat soalan lain jika mahu menonton lagi ceritanya. Kebiasaannya pada hujung minggu kakak boleh selesaikan 20 mukasurat soalan kerana tidak terikat dengan soalan yang diberikan oleh guru sekolah. Jika kakak tidak mahu menjawab soalan lagi, kakak akan bermain bersama adik atau bermain di luar rumah dengan kucing kesayangannya.


Kakak Ajar Adik PulaJika kakak buat kerja sekolah, jadi apa yang adik buat? Inilah proses berangkai yang saya maksudkan. Bila kakak sedang PdPR dan siapkan kerja sekolah, adik tiada kawan untuk main bersama. Jadi adik juga akan duduk bersama kakak. Kalau dulu adik hanya duduk bersama kakak untuk mengganggu kakak dan berbual dengannya, sekarang adik juga mula mengambil buku.




Bila duduk dengan buku bersama kakak, adik juga mula terikut untuk menulis. Saya berikan buku yang mudah untuk adik, buku sambung titik, mewarna dan buku conteng. Adik boleh pilih samada ingin menyambung titik, mewarna atau menconteng sahaja. Kalau dulu adik boleh siapkan hanya satu mukasurat dalam buku menyambung titik ABC, kini adik boleh siapkan dua mukasurat. Kalau dulu adik selalu kata tulisannya tak cantik, tapi kini tulisannya makin laju dan lancar menyambung titik.


Selepas solat, saya ajarkan adik alif, ba, ta untuknya mengenal huruf jawi. Sesekali saya keluarkan buku lama kakak dahulu iaitu buku 'Bacalah Anakku' dan minta kakak bacakan untuk adik. Tak lupa juga saya ajarkan adik bunyi fonik huruf vokal dengan gunakan cara yang sama saya pernah ajar pada kakak dahulu. Ini caranya >> Ajar Anak Fonik Vokal. Bukanlah mahu adik pandai membaca cuma mahu mengenalkannya dengan bunyi dan huruf. Rasanya terlalu awal pula untuk adik pandai membaca pada usianya sekarang.


Buku untuk Kakak dan AdikBuku KakakSaya tidak berbelanja besar untuk buku kakak. Buku latihan kakak adalah jenis pakai buang kerana saya tak mahu simpan di dalam almari, almaklumlah almari buku di rumah kecil sahaja. Jadi jika buku latihan telah siap dijawab setiap mukasurat, saya asingkan untuk dihantar ke pusat kitar semula. Manakala bagi buku yang belum siap digunakan 100%, buku itulah yang akan kakak gunakan untuk menjawab 10 mukasurat soalan setiap hari jika tiada soalan daripada guru diterima. Ini termasuklah juga dengan buku sekolah kakak semasa tahun satu yang juga masih banyak belum diselesaikannya. 


Kebiasaannya saya hanya belikan buku latihan murah untuk kakak kerana ia bersifat pakai buang, namun semasa membeli saya check dahulu jenis soalan dalam buku tersebut. Buku latihan murah biasanya ada kekurangan dari segi soalan. Lukisan lebih besar dengan soalan sedikit dan saya pernah juga jumpa buku yang salah ejaan dan tertukar kedudukan gambar dan pernyataannya. Jadi saya akan pilih buku yang dirasakan sesuai sahaja. Buku latihan dengan harga mahal biasanya saya belikan bagi subjek matematik kerana ia mengandungi soalan berulang dan lebih tebal untuk menguatkan skill mengira kakak.


Buku AdikBuku untuk adik adalah buku lama kakak yang tak siap dijawab olehnya. Mudah kan. Saya beli banyak buku latihan untuk kakak semasa kecil jadi banyak buku latihan mudah yang tak sempat dijawab 100% olehnya. Buku latihan ini tidak sesuai lagi digunakan kakak kerana terlalu mudah. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, buku untuk adik adalah buku menyambung titik, buku mewarna dan buku conteng. Tidak lupa juga buku 'Bacalah Anakku' namun buku ini hanya sesekali sahaja digunakan.




Bukan bermaksud saya langsung tidak membeli buku untuk adik cuma kebanyakan buku yang digunakannya sekarang adalah daripada buku lama kakak. Dan bukan juga bermaksud saya langsung tidak mengajar adik cuma banyak sesi mewarna dan menyambung titik, adik lakukan bersama kakak. Tiap kali kakak dan adik buat latihan, saya pasti ada bersama kerana meja kerja mereka berdekatan dengan meja kerja saya. Di mana? Tentulah di dapur. Sambil memasak di dapur, saya pantau kakak dan adik di meja makan. Lagi pula, di mana saya berada, di situlah juga kakak akan buat kerja kerana tak mahu berenggang dengan saya. Jadi secara automatiknya adik juga akan berada berhampiran saya. Nah, senang kan kerja saya? :P


Apa yang penting, tak perlu paksa anak untuk belajar kerana belajar merupakan perkara yang kurang menyeronokkan berbanding bermain. Jika anak dipaksa untuk belajar, tak mustahil selepas ini, melihat buku pun anak boleh menangis. Jadikan sesi pembelajaran mereka ceria dan menggembirakan. Boleh banyakkan aktiviti bermain sambil belajar jika lihat anak tak berapa minat belajar. Nak idea? Sogokkan mereka dengan bermain sambil belajar, selepas itu minta mereka buat latihan dalam buku. Keesokannya, minta mereka untuk belajar dahulu sebelum boleh bermain sambil belajar lagi. Amacam?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/07/didik-anak-minat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stail Parenting Dr Sheikh Muszaphar Ini 15 Caranya Didik 6 Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

Stail Parenting Dr Sheikh Muszaphar Ini 15 Caranya Didik 6 Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 265 hits
Dalam proses mendidik anak sebenarnya tak ada betul tak ada salah Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan mak ayah Yang terang terang cara salah tu kita tolak tepi Seperti perkongsian saudara Azlan Noor dia ada memberikan info mengenai cara...
Anak Kena Rehat 5 10 Minit Selepas Setiap 25 Minit Sesi Belajar Kalau Anak Stress Bagi Dia Bertenang

Anak Kena Rehat 5 10 Minit Selepas Setiap 25 Minit Sesi Belajar Kalau Anak Stress Bagi Dia Bertenang

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 333 hits
Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak kanak Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar Tambahan pula setiap ibu bapa pasti inginkan anak anak mereka mendapat skor yang...
Cara Menarik Minat Anak Ke Taska Prasekolah

Cara Menarik Minat Anak Ke Taska Prasekolah

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 457 hits
AssalamualaikumBismillahMungkin ada di antara anda yang pernah hadapi masalah ni kan Nak hantar anak ke taska tapi mereka merengek dan menangis tak henti henti Ada sesetengah kanak kanak yang suka dengan suasana baru tapi ada juga yang tida...
Mainan Anak Punca Penyakit Pernah Cuci Tak Trak Mainan Teddy Bear Si Kecil

Mainan Anak Punca Penyakit Pernah Cuci Tak Trak Mainan Teddy Bear Si Kecil

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 335 hits
Anak sudah masuk usia 5 tahun barang permainan pun semakin banyak Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali Eh perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil Kredit Freepik Perlu ke membasuh mainan kanak kanak...
Hiburan Korang Duk Mengata Aku Anak Terima Tawaran Belajar Dari Um Kak Km Luah Rasa Teruja

Hiburan Korang Duk Mengata Aku Anak Terima Tawaran Belajar Dari Um Kak Km Luah Rasa Teruja

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 351 hits
Anak pelakon veteran terkenal Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli sering kali menarik perhatian netizen dengan aksi berani mati mempromosikan produk jamunya Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM juga sering dikritik kerana dianggap terl...
Hisap Jari Sebenarnya Buat Anak Cepat Belajar Tenangkan Diri Sampai Masa Dia Lepaskan

Hisap Jari Sebenarnya Buat Anak Cepat Belajar Tenangkan Diri Sampai Masa Dia Lepaskan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 349 hits
Tabiat bayi menghisap jari adalah semulajadi dan dah berlaku seawal dalam kandungan lagi Proses ini normal kerana cara ini bayi belajar menyusu Menghisap jari juga dianggap salah satu cara kanak kanak meneroka badannya sendiri dan juga memb...
Anak Menjerit Tu Tak Mengapa Dia On Track Biar Dia Belajar Kenal Emosi Diri

Anak Menjerit Tu Tak Mengapa Dia On Track Biar Dia Belajar Kenal Emosi Diri

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 453 hits
Kita mula pening bila anak buat bising menjerit sana sini Hakikatnya anak yang suka menjerit ini bila ada rasa tak puas hati adalah anak yang sihat perkembangannya Benar seperti yang dikongsikan oleh penulis keibubapaan di usia anak dua hin...
Cara Rangsang Otak Anak 0 7 Tahun Tanpa Stress Anak Lebih Bijak Walaupun Belajar Di Rumah

Cara Rangsang Otak Anak 0 7 Tahun Tanpa Stress Anak Lebih Bijak Walaupun Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 432 hits
Ramai ibu bapa yang mula risau dengan perkembangan anak lebih lebih lagi anak yang bakal masuk darjah satu pada tahun hadapan Jadi bagaimana cara untuk pastikan perkembangan mereka seiring dengan usia Ikuti perkongsian ini RANGSANG OTAK ANA...
Introducing My No 5 Sedap Nama Anak Jep Sepahtu Sari Yanti Simple Sungguh

Introducing My No 5 Sedap Nama Anak Jep Sepahtu Sari Yanti Simple Sungguh

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 354 hits
Selepas selamat melahirkan bayi kelimanya pada pertengahan May lalu baik Sari Yanti mahupun Jep Sepahtu dilihat masing masing tidak mendedahkan nama dan wajah anak mereka Pastinya pasangan ini menunggu masa yang benar benar sesuai iaitu sel...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks