Mainan Anak Punca Penyakit Pernah Cuci Tak Trak Mainan Teddy Bear Si Kecil


Anak sudah masuk usia 5 tahun, barang permainan pun semakin banyak. Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali? Eh…perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil?
Kredit: Freepik Perlu ke membasuh mainan kanak kanak?
Pastinya ada dalam kalangan ibu bapa yang keliru, sama ada perlu atau tidak untuk mencuci barang permainan si kecil, bukan? Malahan, mesti terdapat ibu bapa yang berasakan tiada keperluan pun untuk basuh mainan kanak-kanak, kan?

Kebanyakan ibu bapa sering memandang remeh isu ini. Tetapi adakah anda terlupa bahawa bakteria dan kuman boleh berkumpul pada barang mainan si kecil?
Apatah lagi jika si manja mempunyai tabiat memasukkan mainan ke dalam mulut, khususnya bayi. Sudah tentu keadaan seperti itu memudahkan sebarang jangkitan bakteria dan kuman untuk menyerang si kecil.
Kekerapan untuk mencuci permainan tidak perlulah dilakukan setiap hari. Namun terdapat beberapa keadaan yang amat disarankan untuk proses membersihkan barang permainan dilakukan, seperti:
Barang permainan nampak kotor, khususnya apabila selepas dibawa main di luar rumah atau dikotori dengan makanan yang tumpah Anak anda baru sembuh daripada sebarang keadaan kesihatan seperti demam atau selesema mahupun cirit-birit Si kecil memasukkan barang permainan ke dalam mulut Membersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap hujung minggu/ bulan Kaedah membasuh mainan kanak-kanak Barang permainan, terutamanya seperti patung boneka seperti teddy bear sememangnya merupakan kegemaran si kecil. Walau bagaimanapun, permainan seperti itulah yang kerap menjadi tumpuan bakteria dan kuman. Sebenarnya untuk mencuci permainan seperti patung boneka adalah mudah. Namun adakalanya sesetengah barang mainan kanak kanak memerlukan cara pembersihan yang lebih khusus.
Jadi berikut dikongsikan kaedah mencuci barang permainan si kecil yang boleh dicuba:
1. Membasuh mainan anak dengan mesin basuh
Patung seperti patung beruang atau arnab boleh dicuci dengan menggunakan mesin basuh dan sudah tentu ia merupakan 1 perkara paling menyenangkan bagi kebanyakan ibu bapa. Namun terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi.
Perkara paling utama sebelum membasuh mainan anak adalah dengan membaca arahan penjagaan pengeluar yang terdapat pada tag mainan si kecil, terutamanya permainan yang mempunyai butang.
Jika anda memilih menggunakan mesin basuh:
Pilih menggunakan kitaran lembut bersama air sejuk atau mungkin anda boleh menggunakan air panas (bergantung kepada kesesuaian barang permainan. Masukkan bahan pencuci ringan yang tidak dicampur pewangi dan mempunyai bahan antibakteria. Jika tiada, anda boleh menggunakan sabun pencuci baju si kecil. Ikut arahan cucian pada botol sabun dan elakkan daripada menggunakannya dalam kuantiti yang banyak. Jika saiznya muat, anda boleh memasukkan barang mainan ke dalam beg pakaian dobi jenis netting (netting laundry bags). Ia dapat membantu menjaga bahagian-bahagian tertentu pada permainan seperti mata dan rambut.
Secara umumnya, penggunaan mesin pengering untuk mengeringkan permainan anak dibolehkan untuk sesetengah jenis mainan seperti patung boneka walaupun ia bukanlah pilihan terbaik.
Ini kerana sesetengahnya mungkin mengandungi bahagian bergam atau bahagian plastik yang tidak dapat menampung haba panas daripada mesin pengering.
Namun, jika masih ingin menggunakan mesin pengering, pilih tetapan suhu panas yang rendah atau tidak panas.
Anda juga boleh memilih untuk menjemurkannya di bawah sinaran matahari atau berhampiran kipas untuk memastikan patung boneka tersebut cepat kering.
kredit: hellodoktor 2. Mencuci mainan kanak-kanak dengan tangan
Tidak semua permainan direka dengan cara yang sama. Ada sesetengahnya lebih sesuai dicuci menggunakan tangan, seperti lego atau barangan kitchen pretend play seperti pinggan mangkuk plastik.
Untuk membasuh barang permainan atau patung boneka menggunakan tangan, 3 perkara yang anda perlukan:
#Bekas yang cukup untuk mengisi air bagi menenggelamkan setiap permainan dan patung boneka, seperti baldi besar.
#Sabun pencuci ringan. Anda boleh memilih menggunakan sabun pencuci baju si kecil atau sabun pencuci botol susu bayi.
#Kain bersih yang kering.
Berikut adalah cara-cara untuk mencuci:
Untuk memulakan membasuh mainan anak menggunakan kaedah ini, anda perlu memenuhkan bekas yang anda ingin gunakan dengan air sejuk atau air panas suam. Pastikan ia cukup untuk menenggelamkan setiap permainan anak anda. Masukkan sesudu sabun pencuci bagi setiap per galon air. Tenggelam timbulkan setiap permainan, supaya ia larut sekata antara air dengan sabun pencuci. Rendamkan permainan untuk tempoh antara 15 minit hingga sejam, sebelum mencuci, bergantung kepada kesesuaian barang permainan. Untuk mencuci, anda boleh memilih untuk menggunakan secara terus air daripada paip atau membuang air dalam bekas dan digantikan dengan air bersih. Cuci menggunakan kaedah tenggelam timbul, sama seperti untuk merendamkan mainan tadi sehingga hilang sabunnya. Untuk mengeringkan patung boneka, anda boleh memicitnya beberapa kali untuk mengeluarkan air kemudian balut dengan kain bersih. Kaedah ini dapat membantu mengeluarkan lebihan air. Kemudian jemur atau keringkan berhampiran kipas. Bagi barang permainan plastik seperti lego pula, lapkan dengan kain yang bersih sehingga kering.
3. Barang permainan kanak-kanak dengan komponen elektronik
Mencuci bahagian tertentu merupakan 1 cara membasuh mainan yang tidak boleh ditenggelamkan dalam air kerana mempunyai komponen elektronik atau muzik. Sudah tentu ia untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Kaedah ini hanya melibatkan proses mencuci bahagian permukaan mainan dengan mengelap luarannya menggunakan kain lembap bersama sabun pencuci lembut. Anda boleh menggunakan sabun pencuci pakaian bayi atau sabun pencuci pinggan biasa.
Paling penting, elakkan daripada menyebabkan bahagian komponen elektronik atau muzik terkena air.
Sebenarnya tidaklah sukar untuk membersihkan barang mainan si kecil, bukan? Ia cuma memerlukan kerajinan dan kesabaran untuk mengendalikan barangan yang bersaiz kecil.
Walau apa pun, cuba untuk mencuci barangan permainan si kecil sekurang-kurangnya sebulan sekali, okay? Sudah tentu ia dapat menjamin tahap kebersihan barangan si manja.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
The post Mainan Anak Punca Penyakit! Pernah Cuci Tak Trak Mainan & ‘Teddy Bear’ Si Kecil? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mainan-anak-punca-penyakit-pernah-cuci-tak-trak-mainan-teddy-bear-si-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 296 hits
Tidak dinafikan ada kalanya si kecil sering membuat perangai sampai pening parents nak menghadapnya Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum Menangani anak tantrum Anak tantrum buat perangai merengek meragam tidak mendengar kata ...
Didik Anak Minat Belajar Dari Kecil

Didik Anak Minat Belajar Dari Kecil

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 405 hits
Alkisahnya BFF saya merangkap ex roomate di universiti dulu tiba tiba whatsapp dan minta kongsikan cara saya mendidik anak bongsu untuk mula membaca Pelik juga kerana anak saya yang bongsu ini masih belum boleh membaca lagi dan saya pun jar...
Stail Parenting Dr Sheikh Muszaphar Ini 15 Caranya Didik 6 Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

Stail Parenting Dr Sheikh Muszaphar Ini 15 Caranya Didik 6 Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 263 hits
Dalam proses mendidik anak sebenarnya tak ada betul tak ada salah Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan mak ayah Yang terang terang cara salah tu kita tolak tepi Seperti perkongsian saudara Azlan Noor dia ada memberikan info mengenai cara...
Rupanya Tak Cukup Tidur Je Punyalah Mengamuk Menangis Anak Tak Pandai Cakap Ibu Ayah Kena Pandai Cari Punca

Rupanya Tak Cukup Tidur Je Punyalah Mengamuk Menangis Anak Tak Pandai Cakap Ibu Ayah Kena Pandai Cari Punca

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 320 hits
Sebagai Ibu bapa kadang kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk Sakit ke dia Lapar ke Doktor Taufiq Razif terangkan kenapa anak suka mengamuk Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk Patutlah Solahuddin Ni Suk...
Putranya Di Bully Karena Mainan Boneka Chef Arnold Geram Masa Depan Anak Tak Bergantung Mainan

Putranya Di Bully Karena Mainan Boneka Chef Arnold Geram Masa Depan Anak Tak Bergantung Mainan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 336 hits
Padahal boneka bisa dimainkan anak cowok dan cewek Chef Arnold pun tak terima Arthur dipermasalahkan saat main boneka
Hiburan Anak Tak Pernah Makan Ayam Wawa Zainal Dedah Attar Hanya Makan Nasi Dan Sup Kosong

Hiburan Anak Tak Pernah Makan Ayam Wawa Zainal Dedah Attar Hanya Makan Nasi Dan Sup Kosong

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 343 hits
Pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal baru baru ini berkongsikan perkembangan anak sulungnya Ahmad Fakhruddin Attar yang mula menunjukkan minat untuk menjamah daging ayam Kata Wawa anaknya itu tidak gemar memakan makanan berunsurkan daging ...
Pakar Jelaskan Kopi Atau Teh Bukan Untuk Kanak Kanak Ini Punca Berat Anak Tak Naik

Pakar Jelaskan Kopi Atau Teh Bukan Untuk Kanak Kanak Ini Punca Berat Anak Tak Naik

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 356 hits
Ramai ibu risau berat anak tak naik naik Dah puas bagi macam macam suplemen tetap sama Bab makan kadang anak memilih juga Tapi kalau air manis cepat pula Tapi ibu ayah tahu tak air manis seperti teh atau kopi dan air berperisa lain salah sa...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life