Cara Menarik Minat Anak Ke Taska Prasekolah


AssalamualaikumBismillah
Mungkin ada di antara anda yang pernah hadapi masalah ni kan? Nak hantar anak ke taska, tapi mereka merengek dan menangis tak henti-henti. Ada sesetengah kanak-kanak yang suka dengan suasana baru tapi ada juga yang tidak. Sebab itu, ibu bapa perlu mainkan peranan penting di sini. 

Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil tahu beberapa aspek penting sebelum hantar mereka ke Taska atau Prasekolah. Terutama sekali kanak-kanak yang ada masalah dari segi percakapan dan pergaulan. Oleh itu, sebelum hantar anak ke taska, kita mesti peka dengan perkara ni dan berikan info awal dengan para guru dan pengasuh
 Baiklah, mari kita tengok cara-cara untuk tarik minat anak ke taska atau prasekolah kat bawah ni
1. Kongsi cerita tentang taska/ prasekolahJadikan ini sebagai cerita harian bila berbual dengan anak-anak. Mungkin anda boleh sediakan senarai yang perlu dibuat sepanjang berada di taska. Ceritakan juga tentang suasana taska yang mereka akan pergi nanti. Jangan fokuskan cerita kepada pembelajaran semata-mata. 
Pastikan mereka paham walaupun mereka pergi ke taska, mereka masih boleh bermain dan berjumpa dengan ramai kawan
 2. Membuat lawatan awal ke taska/ prasekolahSelalunya, lawatan awal boleh dibuat oleh ibu bapa sebelum anak memulakan taska. Jadi, ibu bapa boleh bawa anak-anak dan tunjukkan kepada mereka suasana sebenar semasa berada di taska
 Pastikan taska atau prasekolah yang dipilih itu adalah selamat, dan mempunyai guru dan pengasuh yang berpengalaman. Anak-anak akan lebih teransang untuk kembali jika ibu bapa membuat lawatan awal ke taska dengan mereka


Baca Sini : Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya
3. Motivasi harianIbu bapa mainkan peranan penting dalam pergaulan harian dengan anak-anak. Setiap hari, sebelum menghantar anak ke taska, selitkan kata-kata semangat dan motivasi untuk mereka. 
Jangan pula masukkan motivasi jenis ganjaran seperti “Kalau angah tak nangis, ummi akan belikan angah mainan kegemaran angah”
 Tak salah buat janji macam ni, tapi jika kanak-kanak dah terbiasa, ibu bapa yang akan susah nanti. Sebab tiap hari, mesti ada ganjaran nak bagi
 
4. Memperkenalkan guru-guru atau pengasuhSemasa buat lawatan awal tu, bawa mereka jumpa dengan guru-guru yang mengajar di sana. Beritahu dengan mereka guru mana yang akan mengajar dan menjaga mereka. Cuba wujudkan hubungan baik dengan para guru dan anak-anak
 5. Kongsi serba sedikit tentang anak kepada guruSebagai ibu bapa, anda mesti sedia maklum dengan perangan anak-anak kan? Cuba kongsikan sedikit dengan para guru dan pastikan mereka peka dengan perkara-perkara yang boleh meransang perubahan perangai anak anda. Contohnya anak-anak yang ada masalah komunikasi, pergaulan, toilet training dan yang sewaktu dengannya. Supaya nanti guru-guru pun tidak panik bila anak tiba-tiba meragam
 6. Peka dengan jadual dan aktiviti di taska atau prasekolahSesibuk mana pun di tempat kerja, ibu bapa masih perlu peka dengan perkembangan anak-anak di taska. Pastikan anda mendapat jadual tentang aktiviti harian si anak dan menghadirkan diri ke perjumpaan yang pihak taska dah buat. Hal ni supaya ibu bapa dapat mengurus semua perkara dengan mudah nanti

Baca Sini : Tips Parenting dari Imam Hassan Al-Banna
7. Peringatan harianCuba kongsikan cerita harian tentang aktiviti atau suasana di taska. Walaupun anda tak ada pegalaman, cuba ceritakan benda positif dengan anak-anak. Elakkan daripada menakutkan anak-anak dari aspek pengasuh yang garang atau sesi pembelajaran yang susah
 8. Bantu anak sesuaikan diri di taskaHari pertama selalu menjadi hari yang mendebarkan. Pastikan ibu bapa meluangkan masa beberapa minit untuk membantu mencari tempat duduk, tandas, tempat makan dan lain-lain. Buat mereka terbiasa dahulu dan jangan tinggalkan terus. Nanti mereka terkejut dan akan menangis pula

9. Selitkan mainan kegemaran bersamaUntuk hari pertama sahaja, anak-anak berpeluang untuk membawa mainan dari rumah. Ambil peluang ini dan biarkan mereka bawa barang atau mainan yang boleh buat mereka tenang. Jangan lupa pesan yang mainan tu boleh bawa untuk sementara waktu sahaja

10. Menjemput anak-anak pulangPastikan anda maklumkan dengan anak-anak yang anda akan jemput mereka masa pulang nanti. Beri pesanan ringkas sebelum anda tinggalkan mereka di taska. Beritahu masa dan siapa yang akan ambil mereka nanti, dan jangan lupa selitkan pesanan supaya belajar baik-baik dan dengar cakap cikgu
11. Bertanya tentang rutin harian di taska selepas pulangSelepas menjemput mereka semasa pulang, biasakan untuk bertanya dengan anak-anak tentang apa yang berlaku pada hari itu. Peka dengan setiap apa yang keluar dari mulut mereka. Jika ada apa-apa yang membuatkan anda risau, cuba kongsi dan bertanya dengan para guru di taska
 Ada anak-anak yang kurang yakin dalam pergaulan, dan mereka mungkin menghadapi masalah di taska. Jadi, anda sebagai ibu bapa perlu peka dan ambil tindakan

Baca Sini : Senarai Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Sabah
12.Ruang khas untuk belajar di rumahBuat atau sediakan ruang untuk anak anda belajar. Anda boleh saja membuat satu ruang di rumah sebagai Ruangan Belajar untuk anak-anak di rumah. Jadi, anak-anak boleh luangkan masa untuk membuat kerja yang diberikan dari taska. Pastikan semua kelengkapan seperi meja dan alat tulis ada disediakan


Sebenarnya penting bagi ibu bapa untuk mengambil kira tentang perkembangan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang lebih suka membiarkan anak-anak bermain di rumah walaupun mereka mampu untuk menghantar anak ke taska atau prasekolah

Untuk kebaikan anak-anak sendiri, ibu bapa perlu tumpukan perhatian lebih terutama dari perkembangan sosial dan juga pendidikan awal. Supaya nanti kalau dah masuk Tahun 1, mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/07/cara-menarik-minat-anak-ke-taska.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Kotak Terpakai Je Asyalliee Kongsi Cara D I Y Abc Box Jadikan Aktiviti Menarik Untuk Anak

Guna Kotak Terpakai Je Asyalliee Kongsi Cara D I Y Abc Box Jadikan Aktiviti Menarik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 635 hits
Ahli perniagaan yang terkenal di Instagram Asyalliee Ahmad atau mesra dipanggil Asya berkongsi bagaimana cara dia membuat sendiri ABC Box untuk anaknya dengan menggunakan kotak terpakai sahaja Disebabkan PKPD Asya mula risau dengan perkemba...
Magnet Pound Gbp Menarik Minat Pelabur Grid Ramalan

Magnet Pound Gbp Menarik Minat Pelabur Grid Ramalan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 207 hits
Baru baru ini mata wang Britain telah berjaya menarik minat aktif dari kebanyakan pelabur Pakar pakar percaya bahawa sebab populariti ini adalah keletihan akibat turun naik dolar yang berlebihan dan keadaan geopolitik yang agak stabil di UK...
Aktiviti Menulis Huruf Menggunakan Modul Menarik Prasekolah

Aktiviti Menulis Huruf Menggunakan Modul Menarik Prasekolah

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 475 hits
Aktiviti Menulis Huruf menggunakan Modul Menarik Prasekolah ini adalah antara modul bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh para guru dalam membantu murid prasekolah melakukan praktis menulis huruf Selain daripada guru guru ibu bapa ...
Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini

Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 413 hits
Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini Pejam celik pejam celik sudah setahun lebih kita berhadapan dengan covid 19 Sehingga ke hari ini kita masih berjuang membebaskan diri...
300 Nota Suku Kata Menarik Untuk Prasekolah

300 Nota Suku Kata Menarik Untuk Prasekolah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 386 hits
300 Nota Suku Kata Menarik untuk Prasekolah ini juga digunakan bagi murid tahap 1 sebagai bahan mengajar murid murid untuk membaca Ketika ini murid prasekolah terpaksa belajar secara di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang d...
Anak Anak Paling Excited Wujudkan Tabung Sedekah Subuh Cara Didikan Amar Baharin Dipuji

Anak Anak Paling Excited Wujudkan Tabung Sedekah Subuh Cara Didikan Amar Baharin Dipuji

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 303 hits
Melihat cara pasangan pelakon Amar Bahrin dan Amira Rosli mendidik dua anak mereka sememangnya patut diberi pujian Tidak perlu berbelanja lebih dengan hanya bersedekah di rumah sahaja sudah memberi sesuatu yang begitu bermanfaat untuk anak ...
5 Cara Elegan Hadapi Body Shaming Setelah Punya Anak Semua Ibu Berhak Bahagia

5 Cara Elegan Hadapi Body Shaming Setelah Punya Anak Semua Ibu Berhak Bahagia

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 282 hits
Komentar gendutan ya abis lahiran cuma akan menghambat peranmu sebagai ibu yang baik Semangat terus ya
Jangan Spin Ye Cara Mudah Basuh Mainan Anak Guna Mesin Basuh Lagi Jimat Masa Mama

Jangan Spin Ye Cara Mudah Basuh Mainan Anak Guna Mesin Basuh Lagi Jimat Masa Mama

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 410 hits
Wow idea ni memang membantu jimatkan masa mama Mainan anak tak dinafikan memang banyak habuk dan bila anak kita yang kecil pegang sudah semestinya dia akan masukkan ke dalam mulut Banyak sangat bakteria terkumpul Selain rendam dalam baldi d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching