Cara Rangsang Otak Anak 0 7 Tahun Tanpa Stress Anak Lebih Bijak Walaupun Belajar Di Rumah


Ramai ibu bapa yang mula risau dengan perkembangan anak lebih-lebih lagi anak yang bakal masuk darjah satu pada tahun hadapan. Jadi bagaimana cara untuk pastikan perkembangan mereka seiring dengan usia? Ikuti perkongsian ini.
RANGSANG OTAK ANAK 0-7 TANPA STRESS
“Saya risau pembelajaran anak saya merosot disebabkan terperap lama di dalam rumah” 😱

Saya pasti ramai mak ayah yang mempunyai anak yang sudah berada di pra-sekolah dah mula risau akan pembelajaran anak terganggu disebabkan PKP.
Jadi, kali ini saya nak kongsikan bagaimana mak ayah boleh rangsang kognitif anak stress. Tips yang saya beri bukanlah tertumpu hanya pada pembelajaran akademik untuk skil menulis, membaca dan mengira semata-mata tetapi lebih kepada perkembangan kognitif (kemahiran berfikir).
Sepanjang PKP ini, ramai mak ayah yang kongsikan aktiviti-aktiviti anak sepanjang di rumah tapi kadang-kadang saya rasa sayang sangat bila kesungguhan mak ayah dah ada tapi aktiviti pula tak sesuai dengan umur anak. 😅
Contohnya anak yang berumur 4 tahun ke atas lebih sesuai main/belajar mengasingkan jenis kategori sayur, buah, binatang ataupun kenderaan berbanding hanya main permainan mengasingkan jenis warna (colour sorting).
TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF (JEAN PIAGET) DAN TIPS SAYA:
👶 0 HINGGA 2 TAHUN 👶
– Pembelajaran menggunakan sistem deria dan pergerakan fizikal. 🏃‍♂️
Tips saya:
1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar tentang persekitaran.
Boleh rujuk artikel saya “Nak Anak Bijak”.
2. Normal anak nampak terlebih aktif semasa di tahap ini sebab setiap pergerakan adalah pembelajaran bagi anak.
Saya lebih risau bila anak tak banyak bergerak dari anak banyak bergerak 🏃‍♂️🏃‍♂️🏃‍♂️
✅ EXPERIMENT
✅ EXPLORATION
✅ EXPERIENCE
3. Selagi “tangki” keperluan rangsangan deria dan pergerakan anak tak penuh, selagi itu anak akan susah fokus duduk setempat.
Selagi anak tak puas masukkan benda dalam mulut, selagi itulah anak tak akan berhenti. 👅

4. Fasa ini, disarankan anak belajar sambil bermain.
Anak 2 tahun ke bawah tak akan cepat bosan sebab waktu ini semua yang anak nampak adalah “mainan” bagi mereka melainkan mak ayah yang membosankan. 🤭
5. Rangsang minat anak dahulu sebelum fokus aktiviti membaca atau mengira.
Setiap anak berbeza, tak salah untuk mak ayah ajar anak awal tetapi pastikan perkembangan yang lain normal dan anak menunjukkan minat terhadap aktiviti membaca dan mengira.
👶 2 HINGGA 6/7 TAHUN 👶
 Mula menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti. Anak juga sudah mula belajar sesuatu melalui bahasa dan pertuturan tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak boleh menapis maklumat yang diterima lagi. Belum boleh berfikir secara logik dan rasional. Lakukan aktiviti mengikut kesesuaian umur dan tahap anak. Tips saya:
1. Banyakkan bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling anak kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa.
Semakin banyak kita bercakap dengan anak ➡️
semakin banyak kosa kata yang anak belajar ➡️
semakin bagus skil bahasa anak ➡️
semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya ➡️
semakin berkembang cara pemikiran anak
2. Jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar.
Minat dahulu ➡️ duduk belajar
3. Panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak. Purata skil fokus, 1 tahun : 3 minit. Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik. 🎉
4. Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak.
Limit 1 jam sahaja SEHARI.
Jika mak ayah faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu “membebel” dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.
Koleksi Tupperware mak ayah di dapur pun boleh jadi modal 😍
Boleh ajar anak:
– Warna
– Bentuk
– Mengira
– Susun dari besar ke kecil dan sebaliknya
– Fungsi
– Memindahkan apa-apa ke bekas yang lain dengan menggunakan pelbagai peralatan yang sedia ada seperti senduk, penyepit dll.
Kalau mak ayah ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak. Kalau anak tanya soalan yang kita tak tahu, tanya sahaja En. Google 🤣
Jangan lupa manfaatkan teknologi yang ada dalam pembelajaran anak. Contohnya hari itu anak saya (5 tahun) berminat sungguh nak tahu kejadian siang dan malam, hujan, matahari atau kejadian alam, ada perkara yang susah nak diterangkan. Saya buka Youtube dan tonton bersama dengan anak sambil terangkan dengan bahasa mudah.
Saya paling suka ajar anak saya tentang sistem dalam badan dan kaitkan dengan pemakanan sihat, sistem pembuangan atau sistem penafasan sambil beri pendedahan bahaya tercekik atau terjerut leher. Anak ingat tak ingat belakang cerita, yang penting kita ada usaha untuk bantu rangsang perkembangan anak 💪
Jadi, jomlah kita hari-hari rangsang kognitif anak tanpa stress. Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat 😘
Kredit:Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Cara Rangsang Otak Anak 0-7 Tahun Tanpa Stress, Anak Lebih Bijak Walaupun Belajar Di Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-rangsang-otak-anak-0-7-tahun-tanpa-stress-anak-lebih-bijak-walaupun-belajar-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajar Anak Bahasa Inggeris Tak Perlu Stress Biar Semula Jadi Cuba Tip Ini Untuk Anak Lebih Bijak

Ajar Anak Bahasa Inggeris Tak Perlu Stress Biar Semula Jadi Cuba Tip Ini Untuk Anak Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 321 hits
What is your name Berkerut dahi si kecil Biarpun pertanyaan ini adalah biasa ditanya namun jika anda tidak pernah mempraktikkan kepadanya ia dianggap asing buat dirinya Cadangan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengaj...
Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak Sudahnya Tak Perasan Letak Di Mana Lebih Baik Simpan Cara Bijak

Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak Sudahnya Tak Perasan Letak Di Mana Lebih Baik Simpan Cara Bijak

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 339 hits
Situasi semacam ini selalu berlaku pada kita Konon nak simpan duit raya anak supaya jadi banyak dahulu dan kemudiannya baru nak menyimpan di bank sudahnya duit raya anak hilang tanpa dikesan Malah tak perasan letak di mana Paling dikesalkan...
Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 441 hits
Bila PKPD dilaksanakan memang tak dapat biarkan anak anak bermain di luar namun ianya bukan alasan untuk menghalang anak anak bermain di dalam rumah Bermain sangat penting untuk perkembangan anak anak terutama anak dibawah umur 5 tahun Kena...
Seawal 3 4 Tahun Dah Boleh Minta Anak Buat Kerja Rumah Yang Simple Bila Besar Nanti Tak Manja

Seawal 3 4 Tahun Dah Boleh Minta Anak Buat Kerja Rumah Yang Simple Bila Besar Nanti Tak Manja

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 326 hits
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang BACA Tugas kerja rumah ini boleh dimul...
Anak Dua Tahun Dah Boleh Diajak Solat Lagi Senang Nak Patuh Faham Mudah Sungguh Ikut Cara Ni

Anak Dua Tahun Dah Boleh Diajak Solat Lagi Senang Nak Patuh Faham Mudah Sungguh Ikut Cara Ni

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 481 hits
Bila anak semakin membesar tak dinafikan anak semakin sukar untuk menerima arahan Mendidik anak untuk menunaikan solat ada waktunya menguji kesabaran kita sebagai ibu Tak perlu pening kepala jika tahu cara dan triknya anak jadi mudah ikut k...
Anak Kena Rehat 5 10 Minit Selepas Setiap 25 Minit Sesi Belajar Kalau Anak Stress Bagi Dia Bertenang

Anak Kena Rehat 5 10 Minit Selepas Setiap 25 Minit Sesi Belajar Kalau Anak Stress Bagi Dia Bertenang

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 331 hits
Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak kanak Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar Tambahan pula setiap ibu bapa pasti inginkan anak anak mereka mendapat skor yang...
Stail Parenting Dr Sheikh Muszaphar Ini 15 Caranya Didik 6 Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

Stail Parenting Dr Sheikh Muszaphar Ini 15 Caranya Didik 6 Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 263 hits
Dalam proses mendidik anak sebenarnya tak ada betul tak ada salah Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan mak ayah Yang terang terang cara salah tu kita tolak tepi Seperti perkongsian saudara Azlan Noor dia ada memberikan info mengenai cara...
Elak Marah Tengking Anak Bila Nak Marah Bahaya Otak Anak Akan Set Fight Flight

Elak Marah Tengking Anak Bila Nak Marah Bahaya Otak Anak Akan Set Fight Flight

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 300 hits
Sebagai ibu bapa pernah tak anda perhatikan gelagat si kecil apabila dia mula marah Cara dia meluahkan marah Adakah sama seperti anda ketika anda sedang marahkan si kecil Jika ia ubahlah dari sekarang kerana sikap ibu bapa sebenarnya ditiru...
All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini