Bau Misteri Pada Waktu Malam Selepas Hujan Di Pasir Gudang


   Bernama |  Jun 29, 2019 09:41 +08       Pada 20 Jun lepas, 15 murid Sekolah Agama Taman       Mawar, manakala 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir   Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah,       dipercayai akibat terhidu udara yang tercemar itu. -     Gambar  fail




















  JOHOR BAHRU: Belum pun lega daripada krisis pencemaran kimia di Sungai Kim Kim   pada Mac lepas, penduduk Pasir Gudang diuji lagi dengan insiden pencemaran udara sejak   20 Jun lepas yang sehingga kini belum diketahui puncanya

  Berdasar aduan mangsa, bau busuk yang melampau menyebabkan mereka mengalami   simptom sesak nafas dan muntah, dan aduan itu ada asasnya apabila bau itu turut menangkap   hidung wartawan dan jurugambar Bernama yang membuat tinjauan di beberapa kawasan   terjejas

  Bau busuk dan tengik semakin kuat semasa cuaca gerimis ketika Bernama berada di beberapa   kawasan perumahan seperti Taman Mawar, Taman Pasir Gudang dan Taman Bukit Dahlia   yang tidak jauh dari Sekolah Agama Taman Mawar, iaitu sekolah pertama yang terjejas dalam   insiden hampir 10 hari lalu

  Malah bau itu dapat dihidu sebaik memasuki kawasan terlibat walaupun berada dalam kereta   dengan pendingin hawa, sehingga kedua-dua petugas mengalami rasa pening serta sukar untuk   bernafas

  Apa yang dilalui petugas Bernama itu turut diakui beberapa penduduk yang menyifatkan   bauan itu bukan sahaja tidak menyenangkan, tetapi juga membimbangkan

  Malah, bau yang disifatkan penduduk sebagai 'pelik' itu semakin kuat pada waktu malam dan   selepas hujan dan telah menyelubungi kehidupan harian mereka sejak insiden pencemaran   bahan kimia Sungai Kim Kim Mac lepas

  Raja Ismail Raja Atan, 45, yang tinggal di Taman Pasir Putih, iaitu kira-kira 50 meter dari   Sungai Kim Kim berkata kekerapan bau busuk dan tengik itu mula 'naik' selepas pukul 10   malam sehingga mengakibatkan sakit kepala, pening dan loya sekiranya terhidu

  "Sebenarnya, bau itu dah lama kami hidu, semasa kejadian Sungai Kim Kim dah ada bau   busuk itu, cuma sekarang ia agak teruk sebab semakin ramai yang alami muntah, loya,   pening dan sebagainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya

  Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin   dalam sidang media mengesahkan tiga gas dikesan dalam insiden gangguan kesihatan   di daerah itu iaitu gas metil merkaptan, akrilonitril dan akrolein

  Kehadiran ketiga-tiga gas itu katanya boleh memberi kesan kepada kumpulan yang   berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asma, namun mengesahkan ketiga-tiga   gas itu tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing 10 pesakit daripada lapan buah   sekolah yang telah dianalisis

  Berkongsi pengalaman, kerani bank, Farhanah Rahim, 32, yang tinggal di Taman Bukit   Dahlia terletak kurang 3.5 kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar, berkata beliau   seakan sudah 'kebal' dengan bau misteri yang membelenggu kawasan tempat tinggalnya   sejak beberapa bulan lepas

  "Kami penduduk di sini macam dah terbiasa dengan segala bau di Pasir Gudang ini sebab   macam-macam bau ada pada waktu tertentu. Kadang-kadang bau busuk ada...bau tengik   ada dan bau itu memang susah nak describe macam mana," katanya

  Bagaimanapun katanya pencemaran yang tidak diketahui puncanya dan telah berlarutan   selama seminggu itu, mengakibatkan matanya pedih bila berada di kawasan terbuka serta   sakit tekak

  Seorang penduduk di Taman Mawar, yang hanya ingin dikenali sebagai Bob (he)   menyuarakan kebimbangan dan kegusarannya bahawa isu sebegini mampu memberi   kesan lebih teruk pada masa hadapan terhadap seluruh penduduk daerah itu

  "Secara logik, sekarang ramai yang alami muntah-muntah, pening, cirit birit tetapi saya   risau mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi kami boleh terkena kesan   sampingan lain disebabkan bau 'misteri' ini," katanya

  Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan memaklumkan seramai   748 orang terdiri daripada 709 menerima rawatan pesakit luar dan 39 orang dimasukkan   ke dalam wad sehingga semalam (27 Jun)

  Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 475 institusi pendidikan di bawah Kementerian   Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah Pasir Gudang diarah tutup serta merta selama tiga   hari, bermula 25 hingga 27 Jun lepas, disebabkan pencemaran gas yang berlaku sejak   Khamis minggu lalu

  Pada 20 Jun lepas, 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar, manakala 13 murid Sekolah   Kebangsaan Pasir Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah, dipercayai akibat   terhidu udara yang tercemar itu

  Ia merupakan pencemaran kali kedua berlaku di Pasir Gudang selepas kejadian   pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lalu, yang menyaksikan lebih   4,000 orang jatuh sakit dan 111 buah sekolah ditutup

  Rata-rata penduduk Pasir Gudang menggesa kerajaan dan pihak berkuasa terlibat   menyelesaikan isu pencemaran dan mengenal pasti punca bau 'misteri' itu secepat   mungkin kerana bimbang keadaan akan menjadi semakin teruk, terutamanya kepada   kanak-kanak yang mudah terkesan dengan pencemaran itu

  Sumber -- BERNAMAhttp://www.astroawani.com/berita-malaysia/bau-misteri-pada-waktu-malam-selepas-hujan-di-pasir-gudang-211323

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.jommasukkolej.com/2019/07/bau-misteri-pada-waktu-malam-selepas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+JomMasukKolej+(Jom+Masuk+Kolej)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Meninggal Pukul Sebelas Lima Belas Minit Malam Kisah Seram Didatangi Arwah Penghuni Wad

Waktu Meninggal Pukul Sebelas Lima Belas Minit Malam Kisah Seram Didatangi Arwah Penghuni Wad

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 741 hits
Matanya merenung jarum yang tercucuk di tangan Pedih juga rasanya Begitu juga dengan luka pembedahan di bahagian abdomennya Sudah beberapa jam berlalu selepas dia menjalani pembedahan membuang apendiksnya Hendak bergerak pun dia tidak larat...
Pencemaran Di Pasir Gudang Mestecc Nafi Bertindak Lambat Tindakan 300

Pencemaran Di Pasir Gudang Mestecc Nafi Bertindak Lambat Tindakan 300

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 293 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bee Yin Ikrar Tutup Semua Kilang Haram Di Pasir Gudang

Bee Yin Ikrar Tutup Semua Kilang Haram Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 275 hits
Pada 4 Julai 2019Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan operasi bersepadu bagi mengesan dan menutup semua kilang haram di Pasir Gudang Johor Mente...
Lahir Waktu Pagi Petang Atau Malam Boleh Mempengaruhi Peribadi Anak Bila Besar

Lahir Waktu Pagi Petang Atau Malam Boleh Mempengaruhi Peribadi Anak Bila Besar

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 386 hits
Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan Mungkin sukar untuk percaya namun ilmu astrologi mengajar yang waktu lahir bayi memang memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak Mari lihat penjelasan lengkap dari kam...
Kilang Haram Di Pasir Gudang Akan Diarah Tutup Lapor Jika Ada Maklumat

Kilang Haram Di Pasir Gudang Akan Diarah Tutup Lapor Jika Ada Maklumat

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 293 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ulangi Henti Guna Bangsa Johor Mp Pasir Gudang Melukakan Hati Rakyat Johor

Ulangi Henti Guna Bangsa Johor Mp Pasir Gudang Melukakan Hati Rakyat Johor

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 281 hits
Nampaknya Hassan Karim benar benar mahu menguris bukan sahaja pengundinya tetapi rakyat Johor itu sendiri Malah tindakannya seolah olah mahu mencabar Institusi Diraja Johor Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh beliau Adakah dengan kenyat...
Sabah Harap Kejutan Di Pasir Gudang

Sabah Harap Kejutan Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 453 hits
Sabah harap kejutan di Pasir GudangPETER ANTHONYPemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Peter Anthony yakin Sabah mampu membuat kejutan ke atas Johor Darul Ta zim II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam ini Walaupun b...
Ibu Bapa Mangsa Toksik Pasir Gudang Tekad Failkan Saman Rm10 Juta

Ibu Bapa Mangsa Toksik Pasir Gudang Tekad Failkan Saman Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 595 hits
Mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan masalah kesihatan bulan ini Ibu kepada salah seorang mangsa pencemaran Sungai Kim Kim Norlela Abu Hashim 45 berkata tind...
Pasir Gudang Langkah Menteri Hanya Kawal Bukan Cegah

Pasir Gudang Langkah Menteri Hanya Kawal Bukan Cegah

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 234 hits
Oleh Athirah Huda ZalheBANGI 2 Zulkaedah 1440H Jumaat Enam langkah yang dikemukakan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin untuk mengawal udara di Pasir Gudang lebih ke arah pengawalan bukannya pencegaha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord