Diarah Bela Diri Adakah Bermaksud Bersalah Ini Penjelasan Peguam


Diarah bela diri adakah bermaksud bersalah? Ini penjelasan peguam. Suasana perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu diselubungi rasa sedih dan kesyukuran. Ia selepas keputusan mahkamah untuk mengarahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri atas kes kematian Zulfarhan.
Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman, sujud syukur sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas mendengar keputusan Hakim, Datuk Azman Abdullah.
BACA: “Ingat Kelakaaa Ke..”- Kereta Double Park Tinggal Nota ‘Lu Pikir Sendiri’!
Ibu Zulfarhan, Hawa Osman, juga menyifatkan keputusan mahkamah sebagai satu jawapan untuk doanya yang mahukan balasan setimpal diberikan kepada pesalah.
Namun, ada segelintir masyarakat mula tertanya-tanya tentang apa yang dimaksudkan dengan “Membela diri”, malah, ada yang turut mempersoalkan adakah keputusan itu akan membawa kepada jatuhnya hukuman yang ditetapkan?
Bagi mengelakkan orang ramai daripada sebarang salah faham, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.
Diarah Membela Diri tak bermaksud bersalah.
Harini netizen dilihat gembira meraikan satu kes. Siap kata padan muka, macam-macam lah. Ada jugak page yang dah siap tulis “Di dapati bersalah”. Agak pelik bila netizen yang pakar serba serbi tak perasan belum ada hukuman dijatuhkan. Yang ada cuma dipanggil membela diri.
Perbicaraan 2 peringkat. Untuk semua kes jenayah, perbicaraan ada 2 peringkat:
Pertama: Peringkat Prima Facie
Pendakwaan perlu membuktikan kes ke atas tertuduh. Pendakwa perlu panggil semua saksi pendakwaan yang material.
Pada peringkat ni, OKT tidak akan memberi sebarang kenyataan. OKT cuma duduk diam-diam dalam kandang tertuduh. Yang beri kenyataan semuanya saksi pendakwa. Bila saksi pendakwa, mestilah semua kenyataan tu akan menunjukkan kesalahan terletak pada OKT.
Di sini selalu netizen membentuk persepsi. Pada peringkat ni, semua yang dinyatakan adalah dari sebelah pihak sahaja.
Tugas peguam pada peringkat ini adalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada bukti yang boleh mengaitkan OKT dengan jenayah yang dituduh; sama ada dengan ketiadaan bukti, ketiadaan saksi, kenyataan saksi yang tak kuat, eh banyak la lagi nak kena teliti.
Tugas peguam juga untuk menyebut apa-apa kejadian atau bukti dari sudut OKT. Sama ada fakta kejadian menurut OKT, alibi, kewujudan saksi bebas, atau wujud pembelaan kepada kejadian. (Contoh; bunuh orang untuk tujuan bela diri).
Dihujung kes Prima Facie, mahkamah akan membuat penilaian sama ada Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes Prima Facie.
Kalau berjaya, Mahkamah akan ke Peringkat kedua.
Kedua; Peringkat Pembelaan Pada peringkat ni, mahkamah telah menerima fakta pertuduhan. Tapi belum secara total. Round kedua ni Mahkamah dengar kenyataan dari OKT dan saksi-saksi pembelaan pula.
Pada peringkat ni OKT boleh pilih antara tiga pilihan:
1- Berdiam diri. Mahkamah akan terus jatuhkan hukuman kerana kes dah terbukti dan tidak dijawab.
2- Beri keterangan di kandang tertuduh. Ni tak kuat sebab kenyataan dia tak boleh di cabar oleh pendakwaan. Ada satu kes dulu dia cuma cakap dalam kandang tertuduh, habis dituduh semua orang. Penerimaan Mahkamah kepada kenyataan ni juga tak kuat. Ye la, kalau cakap betul, kenapa takut kena soal balas kan.
3- Kenyataan dari kandang saksi dalam keadaan bersumpah. Yang ni kuat. Tapi berpeluh la kena gasak.
OKT juga boleh panggil saksi-saksi yang menyokong kenyataan OKT
Habis kes pembelaan, mahkamah akan menilai semula kes secara keseluruhan. Dari awal balik.
Kenapa?
Kerana pada peringkat awal, walaupun lawyer ada kata hal-hal yang menyokong OKT, ada kalanya ia tak kuat. Mahkamah nak dengar dari saksi.
Bila saksi dah dipanggil, dan kenyataan tu menyokong dan membuktikan kenyataan OKT, mahkamah perlu bebaskan OKT.
Kalau tak, maknanya kes Prima Facie pendakwaan tu kekal la. Bila kekal, baru mahkamah boleh sabitkan. Baru boleh jatuh hukum.
Malah, mahkamah boleh buat pindaan kepada pertuduhan. Adakah pembuktian Prima Facie ni dah menang kes?
Tak juga. Tapi ia dah lebih dari 50% nak menang dah. Bergantung kepada pembelaan yang digunakan. Dan jangan lupa, ada pula proses rayuan, yang dah kami terangkan sebelum ni.
Jadi dalam kes yang viral harini, kita baru dengar dari sebelah pihak. Sekarang kita perlu mendengar dari pihak satu lagi. Baru adil.
Alaa.. masa kau kecik-kecik dulu, bila bergaduh adik-beradik, tiba-tiba kau kena sebat sebab kau abang, mesti kau tak puas hati kan. Tak dapat bela diri tapi kena hukum, padahal adik kau yang buat hal.
Sama la konsep dia. Kena dengar dua-dua pihak. Kena nilai pula kenyataan kedua-dua pihak. Baru buat keputusan.
Sumber: The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad
The post Diarah Bela Diri Adakah Bermaksud Bersalah? Ini Penjelasan Peguam appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/diarah-bela-diri-adakah-bermaksud-bersalah-ini-penjelasan-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib 19 Penuntut Upnm Sama Ada Perlu Bela Diri Atau Dibebaskan Akan Ditentukan Hari Ini

Nasib 19 Penuntut Upnm Sama Ada Perlu Bela Diri Atau Dibebaskan Akan Ditentukan Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 466 hits
Nasib 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sama ada perlu membela diri atau dibebaskan akan diketahui hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah dijangka akan membuat keputusan itu selepas selesai menden...
18 Penuntut Upnm Diperintah Bela Diri Seorang Dibebaskan

18 Penuntut Upnm Diperintah Bela Diri Seorang Dibebaskan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 436 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah memerintah 18 penuntut UPNM membela diri dalam kes kematian Zulfarhan Osman dua tahun lalu Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir ke...
Video Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

Video Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 570 hits
Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur Hari yang dinanti nantikan bagi pembelaan arwah Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain telah tiba Menerusi Harian Metro Hakim...
Ayah Zulfarhan Sujud Syukur Mahkamah Arahkan 18 Suspek Bela Diri

Ayah Zulfarhan Sujud Syukur Mahkamah Arahkan 18 Suspek Bela Diri

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 348 hits
Hari ini merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh semua masyarakat di Malaysia di mana pada tarikh 31 Julai 2019 perbicaraan tentang kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tahun 2017 lalu Lebih memilukan mangsa...
Mahkamah Arah 18 Pelajar Upnm Bela Diri

Mahkamah Arah 18 Pelajar Upnm Bela Diri

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 334 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini meerintah 18 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk membela diri atas pertuduhan membunuh dan bersubahat untuk membunuh pegawai kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain Hakim Az...
Peguam Kanan Berundur Dari Bela Najib

Peguam Kanan Berundur Dari Bela Najib

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 277 hits
Peguam kanan berundur dari bela Najib Oleh August 08 2019Menjadi tanda tanya beberapa peguam kanan yang membela Najib Razak tidak muncul di mahkamah dalam minggu ini dalam kes SRC International Sdn Bhd Terdapat spekulasi bahawa mereka telah...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 532 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Penjelasan Kpk Soal Kemungkinan Hukuman Mati Bupati Kudus M Tamzil

Penjelasan Kpk Soal Kemungkinan Hukuman Mati Bupati Kudus M Tamzil

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 249 hits
Sementara untuk hukuman mati tertuang dalam Pasal 2 ayat 2 Berbunyi Dalam hal tindak pidana korupsi sebagaimana dimaksud dalam ayat dilakukan dalam keadaan tertentu pidana mati dapat dijatuhkan
Betul Ke Makan Sayur Sejuk Ketika Pantang Memudaratkan Ini Penjelasan Pakar

Betul Ke Makan Sayur Sejuk Ketika Pantang Memudaratkan Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 305 hits
Kita selalu dengar senarai makanan dalam pantang ini ada pelbagai Kalau nak diseraikan mungkin terlalu panjang Tapi sejauh mana pantang larang orang tua tua dahulu diguna pakai diterapkan dalam kehidupan harian ibu berpantang Pantang larang...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong