Dia Memang Anak Yang Baik Dan Rajin Ke Sekolah Cuma Kanak Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Kontena


“Dia Memang Anak Yang Baik dan rajin ke sekolah… cuma ..” Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam kebakaran Kontena. Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kontena menyimpan barangan lama dalam kebakaran di padang permainan Kampung Jawa, Bayan Lepas dekat sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru Mohd Tarmizi Abdul Salam berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.15 tengah hari dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak.
“Pihak bomba dimaklumkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam kontena berkenaan dan mayat Muhammad Saifuddin Ali Subahan Senni, 8, ditemui rentung 100 peratus selepas kami berjaya memadam kebakaran itu,” katanya kepada sumber di tempat kejadian, hari ini.
Kontena Itu Tidak Berkunci
Mohd Tarmizi berkata menurut orang awam kontena itu tidak berkunci dan kerap dijadikan tempat kanak-kanak di kawasan berkenaan bermain di situ.
Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak bomba berjaya mengawal serta memadamkan api pada 12.40 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata berdasarkan siasatan dan keterangan awal rakan kanak-kanak itu yang bermain dengannya dalam kontena berkenaan, mangsa bermain pemetik api sebelum api menyambar barangan yang terdapat di dalamnya termasuk sebuah sofa.
Katanya rakannya itu yang juga seorang kanak-kanak lelaki terbakar di bahagian tepi rambut namun dia berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tidak sempat berikutan api marak dengan cepat.
“Kontena tersebut terbakar kira-kira 80 peratus manakala mayat murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Bayan Baru itu ditemui dalam keadaan duduk di bahagian sudut tepi kontena bahagian dalam serta rentung,” katanya.
Tiada unsur Jenayah
Katanya siasatan setakat ini tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan lanjut masih dijalankan. Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Sementara itu ayah kanak-kanak berkenaan, Subahan Senni Santar Abdullah 37, berkata anak ketiga daripada empat beradik tersebut keluar ke kedai nenek mereka bersama dua abangnya untuk bersarapan kira-kira 10 pagi tadi, sebelum beliau dimaklumkan anaknya terlibat dalam kebakaran.
“Saya ada di rumah masa kejadian dan tiba-tiba isteri saya yang dalam pantang anak bongsu kami berusia sebulan bagi tahu Ali terbakar. Saya ingat dia terbakar sikit sahaja dan terus ke lokasi kontena berkenaan.
“Sebaik sampai api sedang marak dan penduduk di sini membantu memadamkan kebakaran…mereka juga bagi tahu anak saya ada dalam kontena manakala seorang rakannya yang bermain dalam kontena itu sempat menyelamatkan diri semasa kejadian,” katanya di sini dan menambah beliau kehilangan kata-kata serta tidak mampu berbuat apa-apa hanya mampu berdoa agar anaknya selamat.
Subahan Senni bagaimanapun pasrah dengan khabar bahawa Muhammad Saifuddin Ali sudah meninggal dunia kerana beliau langsung tidak mendengar suara anaknya itu menjerit atau menangis meminta tolong.
Tidak Sangka Adik Bermain Disana
Bercerita lanjut, Subahan Senni berkata dua abang Muhammad Saifuddin Ali tidak menyangka adik mereka bermain dalam kontena berkenaan kerana tidak pernah bermain di situ malah, nenek mereka juga menyangka mangsa telah balik ke rumah selepas selesai bersarapan.
“Pagi tadi dia tengok televisyen cerita kartun dengan saya sebelum saya bagi duit RM2 untuk pergi bersarapan dengan abang-abangnya di kedai nenek mereka yang tidak jauh dari kontena berkenaan…arwah tidak tunjuk sebarang perubahan dan dalam keadaan baik serta senyum ke arah saya seperti selalu sebelum keluar rumah.
“Arwah memang anak yang baik dan rajin ke sekolah…cuma baru-baru ini dia minta kereta mainan dan saya janji akan beli tapi nampaknya saya tidak sempat membelinya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian menimpa anak saya,” katanya yang mempunyai empat anak lelaki berusia 11 tahun hingga sebulan.
Sumber : Bernama
The post “Dia Memang Anak Yang Baik dan rajin ke sekolah… cuma ..” Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam kebakaran Kontena appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/dia-memang-anak-yang-baik-dan-rajin-ke-sekolah-cuma-kanak-kanak-lelaki-rentung-dalam-kebakaran-kontena/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Benda Baik Memang Susah Ds Shahida Akui Dulu Tak Sedia Ambil Anak Susuan Kini Harap Anak Berjaya

Buat Benda Baik Memang Susah Ds Shahida Akui Dulu Tak Sedia Ambil Anak Susuan Kini Harap Anak Berjaya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 292 hits
Datin Sri Nurshahida ibu yang penyayang kini dua anak angkatnya telah pun menjadi anak susuan Kalau dulu tidak bersedia tapi hasil dorongan suami kini dia ibu yang sangat menyayangi malah berharap anak anaknya berjaya dunia akhirat Usahawan...
Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 710 hits
Hi Anak baru masuk sekolah rendah memang macam macam perangai Ada yang tak nak sekolah ada juga yang tak nak balik sekolah Memang menghiburkan betul video video yang saya tonton tentang anak anak yang baru masuk ke alam persekolah Sekolah d...
Punya Anak Seperti Dapat Lesen Jadi Seperti Kanak Kanak Kembali Manisnya Dirasa Ibu Ini Setelah 11 Tahun Menanti

Punya Anak Seperti Dapat Lesen Jadi Seperti Kanak Kanak Kembali Manisnya Dirasa Ibu Ini Setelah 11 Tahun Menanti

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 529 hits
Benar bila ada anak kecil ibu bapa juga seperti menjadi anak anak kembali Kemanisan menjadi ibu akhirnya menjadi milik wanita ini yang sudi berkongsi kisahnya dengan Pa Ma 11 tahun bukanlah tempoh yang singkat Dan hanya setelah 11 tahun ber...
Beza Setahun Seorang Ibarat Kawan Baik Irma Hasmie Macam Tak Percaya Anak Dah Besar

Beza Setahun Seorang Ibarat Kawan Baik Irma Hasmie Macam Tak Percaya Anak Dah Besar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1023 hits
Irma Hasmie yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie seolah olah macam tak percaya anak anaknya begitu cepat membesar Bagi Irma walaupun jarak kedua duanya hanya beza setahun je bila anak dah meningkat...
8 Idea Bekal Untuk Anak Anak Semangat Ke Sekolah

8 Idea Bekal Untuk Anak Anak Semangat Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 611 hits
Kredit nbcnews com Salam tahun baru semua Marilah kita sama sama buang yang keruh dan ambil yang jernih Lupakan segala memori pahit tahun lalu dan sediakan diri untuk lalui tahun baru ini dengan tubuh yang sihat dan minda yang positif dalam...
Galakkan Anak Rajin Ke Dapur

Galakkan Anak Rajin Ke Dapur

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 703 hits
hai assalammualaikumGalakkan Anak Rajin Ke Dapur Ada sesetengah mak tak bagi anaknya ke dapur sebab takut bersepah atau lambat memasak dah jadi banyak kerja Nad pun fikir macam tu sebenarnya tapi taknak anak malas ke dapur atau malas tolong...
Selagi Divorced Parents Boleh Jaga Hubungan Baik Anak Boleh Hidup Bahagia Farah Lee Nasihatkan Netizen

Selagi Divorced Parents Boleh Jaga Hubungan Baik Anak Boleh Hidup Bahagia Farah Lee Nasihatkan Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 431 hits
Farah Lee Insta famous dan Blogger yang terkenal telah memuatnaik gambar anaknya Maream Esable ketika berada di Portugal Menerusi posting tersebut beliau telah menjelaskan berkenaan anaknya Maream apabila hubungannya bersama bekas suami All...
Anak Anak Siapkan Kerja Sekolah Mewarna Teknik Kolaj

Anak Anak Siapkan Kerja Sekolah Mewarna Teknik Kolaj

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1525 hits
ANAK ANAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH MEWARNA TEKNIK KOLAJ Anak anak dah mula ada home work Dah minggu kedua sekolah anak anak pun dah mula belajar Especially sensory play rangsangan tangan anak anak Bab belajar menulis mewarna ni Untuk Dhia mumm...
Hari Hari Bertarung Nyawa Kanak Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam Jam Nak Ke Sekolah

Hari Hari Bertarung Nyawa Kanak Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam Jam Nak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 378 hits
Hari Hari Bertarung Nyawa Kanak Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam Jam Nak Ke Sekolah Terdapat sebuah kampung terpencil terletak di kawasan pergunungan Sinchuan dengan altitud 1 400 meter di paras laut Satu satunya cara penduduk ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul