8 Idea Bekal Untuk Anak Anak Semangat Ke Sekolah


Kredit: nbcnews.com Salam tahun baru semua! Marilah kita sama-sama buang yang keruh dan ambil yang jernih. Lupakan segala memori pahit tahun lalu dan sediakan diri untuk lalui tahun baru ini dengan tubuh yang sihat dan minda yang positif dalam persekitaran penuh dengan kasih sayang.
Namun begitu, keterujaan menyambut tahun baru tidak kekal lama. Anda perlu kembali ke pejabat dan anak-anak anda perlu mulakan persekolahan mereka semula.
 
Tahun Baru, Semangat Baru Bagi anda, mungkin rasa sendu tahun baru itu cepat hilang kerana tanggungjawab yang dipikul memaksa anda untuk menerima nasib anda. Tetapi anak-anak pula, pasti berasa sukar untuk kembali ke rutin  bangun pagi dan ke sekolah setelah berbulan-bulan bercuti.
Cara untuk naikkan semangat anak-anak mudah sahaja. Anda perlu cari jalan lain untuk pastikan anak kekal fokus dan bersemangat setiap kali hendak ke sekolah. Caranya, semestilah menerusi makanan!
 
Menarik, Segar Bertenaga Anak-anak yang bersekolah memerlukan makanan yang memberikan tenaga dan merangsangkan otak. Oleh itu, makanan segera dan makanan sejuk beku perlu dielakkan.
Kami faham, bukan semua daripada anda ialah suri rumah tangga. Oleh itu, bekal makanan yang mahu disiapkan untuk anak-anak mestilah cepat dan ringkas. 8 idea bekal kami ini pasti memenuhi kesemua kriteria yang disenaraikan di atas.
Bukan sahaja anak-anak suka, malah bapa-bapa juga seronok apabila diberi bekal sebegini.
 
1. Makaroni Goreng dan Sayur Hijau Rebus Kredit: eatingwell.com Budak-budak mana yang tidak sukakan makaroni goreng? Makaroni goreng ialah sajian yang sentiasa menjadi pilihan mak-mak yang sibuk mengejar masa. Memang penyelamat betul!
Perkara yang menarik tentang makaroni ialah anda boleh masak dengan apa jua bahan yang anda mahu, seringkas atau serumit mana yang anda mahu.
Tambahan pula, tempoh penyediaan untuk sajian ini tidak mengambil masa yang lama langsung. Memang sesuai untuk dijadikan sebagai idea bakal anda sediakan pada hari pertama persekolahan anak anda. Anggap sahaja sebagai sajian latihan untuk anda biasakan diri.
Dalam banyak-banyak resepi makaroni yang ada di luar sana, resepi yang dikongsi di laman Butterkicap adalah yang paling sedap dan mudah untuk disediakan. Tak percaya? Cubalah!
 
2. Daging Cincang dalam Roti Pita dan Salad Couscous
Idea bekal seterusnya pasti akan membuatkan anak-anak anda tak sabar nak ke sekolah!
Daging cincang merupakan satu hidangan yang jamin habis dimakan oleh anak anda. Hanya memerlukan setengah jam untuk disediakan dan dimasak, daging cincang merupakan sajian yang versatil kerana boleh dihidang bersama nasi, bubur, atau kentang lecek bermentega. Namun begitu, untuk idea bekal, kami cadangkan anda untuk hidangkan sajian ini bersama roti pita.
Jika anda merasakan daging cincang bukanlah hidang sihat yang ideal untuk anak anda, jangan risau! Tambahkan sahaja sayur hijau seperti kacang panjang, kacang pis mahupun brokoli dan lihatlah, anak anda akan terpedaya ataupun sediakan salad couscous ringkas dengan sedikit salad, tomato ceri dan couscous bercili!
Untuk dapatkan resepi daging cincang terbaik, cuba sahaja resepi versi Butterkicap ini.
 
3. Roti Jala Teh Hijau dan Kastard Gula Melaka
Siapa kata,  idea bekal untuk anak-anak mestilah makanan savouri atau berat? Kadang kala, anak-anak perlukan sedikit manisan untuk berikan letusan tenaga yang diperlukan khususnya jika ada aktiviti bersukan yang dijadualkan.
Idea bekal ketiga yang kami ketengahkan dalam artikel ini ialah resepi roti jala teh hijau dan sos karamel yang cukup menyelerakan ini.
Anda mungkin merasakan teh hijau bukanlah perisa kegemaran kanak-kanak tetapi apabila digabung bersama sos kastard istimewa ini, memang sedap hingga menjilat jari.
Tak perlu sediakan banyak-banyak kerana takut anak anda menjadi terlebih hiper pula!
 
4. Nasi Butter dan Siakap Kicap
Untuk waktu anda sibuk dan perlukan idea bekal yang pantas dan ringkas, simpanlah hidangan ini sebagai menu kecemasan anda.
Bagi kebanyakan ibu bapa, mereka menganggap mentega tidak baik untuk kesihatan anak-anak. Sebenarnya, mentega ada banyak kebaikan dan manfaat kesihatan yang boleh diperoleh khususnya dalam menajamkan otak dan mengurangkan kekaburan.
Kalau anda nak nikmati manfaat ini dalam meningkatkan prestasi kerja anda, masukkan sahaja ke dalam cawan kopi’o anda. Untuk anak-anak pula, sediakan nasi mentega dan sedikit siakap masak kicap. Mudah sahaja kan!
 
5. Nasi, Ayam Goreng Rempah dan Brokoli Miso Panggang
Makanan berkuah memang melecehkan, khususnya jika anda sediakan makanan bekal untuk anak-anak. Memang tidak ideal kerana terdapat kemungkinan berlaku kebocoran atau tertumpah. Biasalah, kanak-kanak.
Namun begitu, anda tidak akan dapat lari daripada rasa terkilan apabila makanan yang anda sediakan tertumpah ke lantai dan tidak dapat dimakan. Cara terbaik untuk elakkan masalah berlaku, sediakan makanan kering. Janganlah terlalu kering, nanti tercekik pula anak anda!
Idea bekal terbaik yang menepati kriteria ini semestinya nasi putih, ayam goreng dan brokoli panggang. Memang ringkas, sedap dan kering atau tidak, pasti habis licin!
 
6. Nasi, Ikan Assam dan Jelatah
Jika anda ada sedikit masa terluang atau tidak begitu sibuk atau terlebih rajin, bolehlah anda sediakan sesuatu yang lebih kompleks. Tunjuklah sedikit taring, betul tak?
Tak perlu sediakan stik panggang atau makanan mewah bertaraf restoran mahal. Budak-budak kalau diberi sumber protein, pasti dimakan. Paling penting cukup rasa dan tak terlalu berat.
Oleh itu, kami merasakan idea bekal cukup ringkas dan rumit pada masa yang sama untuk anda pamerkan skil memasak anda tetapi tidak membebankan anda. Suami anda pun dapat tumpang bawa bekal ke pejabat. Tambahan pula, siapa tak sukakan ikan asam?
7. Nasi, Sotong Hitam dan Brokoli, Cendawan & Fucuk Nasi lagi? Ya, sebab kalau dah perut Malaysia, makan nasi barulah rasa kenyang. Idea bekal ketujuh dalam senarai ini memaparkan sajian yang cukup sesuai untuk dijadikan sebagai bekal untuk seisi keluarga. Senang sikit untuk anda.
Sotong hitam mungkin bukanlah pilihan utama anda untuk dijadikan sebagai bekal anak anda kerana sajian ini boleh dikatakan sebagai hidangan yang dewasa. Tetapi, rasanya cukup untuk membuatkan anak anda bertambah makan berkali-kali!
Tak percaya? Cubalah buat sekali dan lihatlah anak anda akan minta lagi nanti. Tambahan pula, anda boleh masak lebih untuk makan malam juga. Tak perlu sakit kepala fikir nak masak apa lepas penat seharian bekerja, betul tak?
 
8. Mee Siam dan Kek Teh Tarik
Bagi anak-anak yang tak menggemari nasi, idea bekal terakhir ini memang sesuai untuk mereka. Resepi Mee Siam ini cukup ringkas dan menyelerakan untuk mengalas perut anak anda khususnya pada hari persekolahan yang singkat seperti Hari Jumaat.
Tambahan pula, anda boleh memilih untuk menyediakan pencuci mulut mudah seperti kek teh tarik dalam cawan untuk membuatkan mereka lebih teruja untuk ke sekolah sebelum hujung minggu tiba. Itupun kalau anda bersemangat nak buatlah.
 
Jom Buat Bekal Bagaimana dengan idea bekal yang kami cadangkan? Mungkin tidak begitu kebudak-budakan dan kreatif seperti idea bekal lain yang dicadangkan dalam laman web lain.
Tetapi, perkara yang membuatkan idea bekal kami lain daripada yang lain ialah sajian-sajian inilah yang sering disediakan oleh ibu bapa kita dahulu untuk dijadikan bekal ke sekolah. Memang membuatkan anda mengimbau kembali zaman sekolah anda, bukan?
Kriteria paling penting dalam penyediaan makanan bekal adalah mengenyangkan. Jika anda berikan snek ringan, mungkin anak anda tidak dapat fokus kerana lapar pula. Anda pernah lalui proses tumbesaran, jadi pasti anda faham.
 
 
The post 8 Idea Bekal untuk Anak-Anak Semangat Ke Sekolah appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/8-idea-bekal-untuk-anak-anak-semangat-ke-sekolah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Ke Sekolah Hanya Bekal Nasi Laukkan Sayur Ubi Kayu Dan Budu Tiada Wang Saku

Anak Anak Ke Sekolah Hanya Bekal Nasi Laukkan Sayur Ubi Kayu Dan Budu Tiada Wang Saku

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 386 hits
Anak anak ke sekolah hanya bekal nasi laukkan sayur ubi kayu dan budu tiada wang saku Berat mata memandang berat lagi bahu memikul begitulah nasib keluarga daif sembilan beranak di Kampung Bukit Pauh Gual Ipoh di sini yang hidup dalam serba...
Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen

Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 519 hits
Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian NetizenKagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen
Selebriti Kongsi Gelagat Hari Pertama Anak Ke Sekolah Last Sekali Yang Paling Win

Selebriti Kongsi Gelagat Hari Pertama Anak Ke Sekolah Last Sekali Yang Paling Win

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 404 hits
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2019 dan sepastinya ramai ibu bapa turut memuatnaik foto dan video di media sosial reaksi anak mereka pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah Tidak terlepas juga ruang media sosi...
Gelagat Nenek Semangat Teman Cucu Ke Sekolah Tarik Perhatian

Gelagat Nenek Semangat Teman Cucu Ke Sekolah Tarik Perhatian

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 297 hits
Sesi persekolahan yang bermula hari ini di seluruh negara menyaksikan pelbagai gelagat murid darjah satu di seluruh negara Melalui laman instagram antara reaksi yang mencuri tumpuan di Sekolah Islah Islamic Primary School adalah gelagat seo...
Anak Pergi Sekolah Pun Sedih

Anak Pergi Sekolah Pun Sedih

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 325 hits
Alaaa sekejap je pun adik pergi sekolah Nanti tengahari sayang jumpa semula dengan adik Yang nak sedih sedih sangat tu dah kenapa Abang tak tau apa perasaan sayang Emmm bila isteri dah jawab macam tu aku malas lah nak tanya lebih lebih lagi...
Hiba Hati Ibu Lihat Kelengkapan Sekolah Tiga Anak Semuanya Tinggal Kenangan

Hiba Hati Ibu Lihat Kelengkapan Sekolah Tiga Anak Semuanya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 451 hits
Hiba Hati Ibu Lihat Kelengkapan Sekolah Tiga Anak Semuanya Tinggal Kenangan Hiba Hati Ibu Lihat Kelengkapan Sekolah Tiga Anak Semuanya Tinggal Kenangan
Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

Pesanan Untuk Ibu Bapa Yang Anak Baru Masuk Sekolah Jaga Hubungan Baik Dengan Guru Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 716 hits
Hi Anak baru masuk sekolah rendah memang macam macam perangai Ada yang tak nak sekolah ada juga yang tak nak balik sekolah Memang menghiburkan betul video video yang saya tonton tentang anak anak yang baru masuk ke alam persekolah Sekolah d...
Pertama Kali Anak Nak Ke Sekolah Trik Mudah Ajar Anak Bangun Pagi

Pertama Kali Anak Nak Ke Sekolah Trik Mudah Ajar Anak Bangun Pagi

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 557 hits
Musim awal persekolahan hanya tinggal beberapa hari saja lagi Pastinya mama makin berdebar untuk menghantar anak anak ke tadika atau pra sekolah kan Pastinya pelbagai ragam anak yang merunsingkan mama Salah satunya pasti masalah untuk kejut...
Buruknya Van Dia Terpantul Dari Mulut Anak Cara Ibunya Sekolah Kan Anak Tentang Kehidupan Sangat Menarik

Buruknya Van Dia Terpantul Dari Mulut Anak Cara Ibunya Sekolah Kan Anak Tentang Kehidupan Sangat Menarik

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 503 hits
Anak anak kecil ibarat kain putih ibu bapa la yang perlu mencorakkanya Tanpa didikan dan teguran yang betul maka rosak lah tingkah laku anak anak Kanak kanak sangat mudah terpengaruh dengan cara orang dewasa Apa yang menariknya Puan Insyira...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya