Anak Anak Siapkan Kerja Sekolah Mewarna Teknik Kolaj
ANAK-ANAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH MEWARNA TEKNIK KOLAJ - Anak-anak dah mula ada home work. Dah minggu kedua sekolah, anak-anak pun dah mula belajar . Especially sensory play, rangsangan tangan anak-anak. Bab belajar, menulis, mewarna ni. Untuk Dhia... mummy tak risau sangat. Risau dengan Dzal Aidi Fiqry je lah ! Suara pandai buat suara manja, mendayu-dayu. Drama banyak tu, dahlah kaki games ! Memang licik lah, orang kata.
ANAK-ANAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH MEWARNA TEKNIK KOLAJ
Sebelum mummy cerita tentang kolaj ni. Korang tahu ke tentang kolaj? Apa itu kolaj? Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya cebisan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca.
Kali ini kami gunakan teknik kolaj hanya menggunakan kertas. Kolaj ini memerlukan teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.
Proses menyiapkan kerja sekolah mewarna menggunakan teknik kolaj. Untuk Dhia, ada sesi menebuk, menggunting, menampal. Sebab Dhia dah 6 tahun, kan sesuai untuk proses ni. Bab menggunting tu memang kesukaan Dhia tu huhu. Untuk pemilihan kertas warna, mummy pakai mana ada kat rumah je, A4 warna warni. Ada lebih masa beli kat kedai RM2 (kedai Eco). Murah jugalah ada 40 helai yang mengandungi 8 warna tak silapnya. Boleh pakai sampai tahun depan kot hehehe.
Dzal Aidi pulak, mewarna teknik kolaj dengan menggunakan cara koyak dan tampal. Dzal ini, 1st time sekolah dan pertama kali buat aktiviti macam ni. So, kena latih dari bawah dulu dengan gunakan pergerakan otot tangan semasa sesi mengoyak kertas dan tampal.
Alhmdulillah, anak-anak bersemangat buat kerja sekolah. Siap dengan jayanya.
Pepagi, muka happy memasing tak sabar nak hantar keje sekolah pada cikgu !
Good job anak-anak, moga terus konsisten ya !
Hahaha..baru nak puji tetiba ada budak tu nangis kat sekolah. Cikgu wasap mummy sebab terkejut ada budak nangis. Tengok-tengok Dzal nangis.
Sebab apa? Tangan penat , tak boleh mewarna hahaha
Dzal ni, memang drama sketlah orangnya. Bila suruh tulis, suruh mewarna. Tangan penat. Aiyooooo mummy pun pelik. Something wrong dengan tangannya ke? Tak boleh pegang satu benda lelama ke?
Main PUBG boleh je sampai bateri phone habis. Boleh pulak ! Memang dasar drama tau !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/01/anak-anak-siapkan-kerja-sekolah-mewarna-teknik-kolaj.html