Di Suatu Pagi Yang Sejuk
Hari isnin dah ye...Morning! Pagi pagi dengar burung berkicauan macam ada kat kampung pula. Entah apa lah yang dibisingkan si burung tu agaknya. Cuaca masih mendung dan disuatu pagi yang sejuk ni rasa macam ada mood 'M' memanggil manggil.
Ohh fahamlah kenapa, sebab hari isnin. Orang putih sebut 'Monday Blues'. Duduk rumah pun ada monday blues juga. Semalam seharian hujan lebat turun. Adakah Seremban akan digenangi air lagi. Banjir kilat haritu dah cukup teruk juga.
Banyak rumah dinaiki air sampai tenggelam jugalah kereta kat car porch rumah mereka. Harap hujan lebat tak sampai banjir teruk. Semoga dipermudahkan urusan semua orang. Aaminnn
Di suatu pagi yang sejuk ni. Selain hidangan air panas, sarapan ringkas je lah. Semalam dah breakfast fitness cereal fruits. Ada empingan jagung dan buah-buahan kering. Senang tak perlu beli buah nak dicampurkan.
Curahkan susu segar dan makan! Senang tak payah fikir nak sediakan sarapan apa bila hujung minggu semalam.
Di suatu pagi yang sejuk harini pula sempatlah siapkan nasi goreng ayam KFC. Ada lebihan ayam KFC carik-carikan dan masuk dalam nasi goreng dengan tumisan cili api, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sikit. Sedap terasa dengan tambahan ayam KFC tu.
Makan habis sekali hadap untuk hidangan 2 orang. Harini husband setengah hari je. Jadinya tak payah siapkan bekal untuk husband. Masih berfikir, tengahari nanti nak masak apa. Masalah orang perempuan kat rumah macam ni lah. Pening fikir nak masak apa.
Di suatu pagi yang sejuk, rasa nak sambung tidur dan bermalasan je. Tapi apakan daya, kerja mana pernah habis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/11/di-suatu-pagi-yang-sejuk.html