Sarapan Pagi Di Meal Station Kl Sentral
Hi korang..
Sarapan sememangnya penting untuk SA...last week SA sempat sarapan di Meal Station KL Sentral...kalau tak salah hari Rabu..SA manage sampai awal kat KL Sentral dari Sungai Buloh so SA singgah sarapan...SA kalau tak sarapan memang huru hara jadinya dunia SA. Sebab tu dalam diet seharian SA..SA memang pentingkan sarapan.
Tahukah anda bahawa pengambilan sarapan pagi adalah lebih penting daripada makan tengahari? Diet pemakanan kita tidak akan lengkap sarapan setiap pagi diabaikan. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita
1. Membantu anda mengambil diet pemakanan yang baik
Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur
2. Beri tenaga
Sarapan pagi amatlah penting dalam memberikan anda tenaga untuk anda memulakan kerja atau aktiviti anda sepanjang hari. Skip hidangan pagi hanya akan membuat anda rasa lemah dan lesu
3. Lebih konsentrasi
Pada waktu pagi, selepas berpuasa dari pengambilan makanan ketika tidur malam, badan memerlukan makanan untuk boost up konsentrasi sewaktu kerja dan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong buatkan kita lapar dan hilang fokus
4. Penyerapan nutrien lebih berkesan
Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Mengabaikan sarapan pagi hanya akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi
5. Baik untuk kesihatan jantung
Orang dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat kolesterol dalam darah yang lebih tinggi di mana ia adalah salah satu risiko besar untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang fit dan sihat
Ini sering terjadi di tempat kerja: Bila tengah hari, semua akan mengalihkan pandangan daripada kerja dan bertanya, “Nak makan apa?” Makan malam pun memang dinanti, selalunya dinikmati bersama teman di untuk menikmati hidangan yang enak
Tapi, sarapan pagi jarang sekali mengujakan. Mungkin kerana faktor luaran – badan kita baru terjaga, kita terlalu sibuk dengan urusan awal pagi, atau kita terganggu dengan cabaran kerja yang mendatang. Ini bermakna kita tiada masa untuk fikir tentang makanan di waktu pagi.Tapi, faktor-faktor ini juga adalah sebab utama kena kita perlu mementingkan waktu sarapan
Info diatas SA share adalah sebab mengapa sarapan pagi yang sihat mampu membantu anda menjadi lebih cergas dan memanfaatkan hari anda. So tolong lah jangan skip pengambilan sarapan pagi. Even Dania pun SA selalu tegur, apa-apa kena sarapan pagi. Tak boleh skip.Secara umumnya, makanlah sarapan dalam 2 jam selepas bangun, atau sebelum 10 pagi. Tip ini penting khususnya jika anda sering bersenam pada awal pagi. Alaskan perut atau ambil bar tenaga sebelum senaman pagi, untuk mengelak daripada merasa tidak bermaya atau pening ketika bersenam
Get it
Thanks for reading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/10/sarapan-pagi-di-meal-station-kl-sentral.html