Di Pedalaman Kedah Air Bersih Masih Lagi Impian Penduduk Kampung


Fadila Awaludin 
Orang kampung terpaksa habiskan wang untuk buat sistem paip sendiri demi mendapatkan bekalan air dari sungai.

Seorang penduduk di Kampung Bukit Sebelah terpaksa cuci baju di sungai. Rata-rata penduduk di daerah Baling kecewa dengan pengurusan air di negeri tersebut. Walaupun sudah lebih 60 tahun Malaysia merdeka, namun masih wujud rakyat di negara ini yang masih sukar mendapatkan keperluan asas seperti bekalan air bersih di rumah mereka.
Di Kampung Iboi, sebuah kawasan pedalaman di Baling, Kedah. Air yang dicatu adalah hakikat kehidupan harian mereka.
Tidak seperti di kebanyakan tempat di negara ini, penduduk Kampung Iboi hanya mendapat akses kepada bekalan air dari 12 tengah malam hingga pukul 2 petang dari Syarikat Air Darul Aman (Sada).
Walaupun sudah lama menyuarakan permasalahan tersebut Sada memberitahu penduduk kampung masalah tekanan air rendah di rumah pam sebagai punca kepada masalah ini.
Seorang peniaga membasuh cawan dengan keadaan air yang kecil di Kampung Iboi, Kupang, bekalan air akan putus setiap hari pada jam dua petang sehingga 12 tengah malam.Pengerusi Bekalan Air Masyarakat Kampung Iboi Malik Arshad berkata keadaan rumah pam Sada untuk menyalurkan air kepada penduduk di Kampung Iboi berada pada tahap empat yang diklasifikasikan sebagai merbahaya.
“Sebelum ini pegawai daerah Baling pernah bertemu dengan Sada bagi membincangkan keadaan rumah pam ekoran kerap berlaku masalah air,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.
“Apabila ditanya bagaimana cara untuk menaiktaraf rumah pam terbabit, wakil Sada mengatakan perkara itu perlu ditanya kepada pihak kerajaan negeri.”
Tidak dapat bergantung dengan bekalan air dari Sada, penduduk kampung cuba selesaikan masalah itu sendiri.
Di Kampung Iboi, setiap rumah memiliki dua paip air. Satu dari Sada, dan satu lagi dari jawatankuasa yang menguruskan bekalan air alternatif kepada penduduk kampung.
“Kami mendapat kebenaran daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menggunakan rumah pam hidraulik untuk disalurkan kepada penduduk.
Pengerusi Bekalan Air Masyarakat Kampung Iboi, Malik Arshad berkata sesuatu kepada MalaysiaNow.Namun, bekalan air alternatif ini juga mempunyai masalahnya yang tersendiri.
Aktiviti pembalakan dan penanaman durian musang king menyebabkan pencemaran sungai di kawasan tersebut.
“Disebabkan itu sukar untuk kami dapatkan bekalan air bersih tambahan daripada Sada dalam tempoh masa 24 jam,” kata Malik.
Mengharapkan bekalan air bersih
Seorang peniaga, Zaini Harun terpaksa menyediakan beberapa bekas simpanan air sebagai persediaan sekiranya ketiadaan bekalan air bagi memudahkan urusan di gerainya.
“Sumber utama air masyarakat ialah sungai yang kemudiannya dipam untuk disalurkan ke rumah-rumah dan fungsinya sama seperti perkhidmatan air biasa namun membezakannya ialah setiap urusan dilakukan oleh penduduk setempat.
Namun, ketika musim hujan lebat air akan menjadi keruh sehingga menyukarkan penduduk kampung.
Empangan hidraulik TNB yang diguna oleh masyarakat kampung itu bagi mendapatkan sumber air sungai untuk kegunaan harian.“Saya sedang basuh pakaian, tak sedar air lumpur berwarna merah memenuhi mesin basuh sehingga merosakkan pakaian.
“Ketika itu air Sada tiada, jadi kami guna air masyarakat namun sekiranya berlumpur kami tiada bekalan air bersih,” katanya kepada MalaysiaNow.
Perkara sama turut berlaku kepada penduduk di Kampung Bukit Sebelah di Baling yang diibaratkan sudah sebati menggunakan air sungai bagi memenuhi keperluan harian.
Sebagai individu yang sudah tiga dekad menetap di kampung tersebut, Neng Sahad berkata, penduduk menerima bekalan air Sada tetapi melalui lori tangki air sebanyak dua kali seminggu yang masih tidak mampu menyelesaikan masalah mereka.
“Pelbagai pihak datang melawat ke Kampung Bukit Sebelah tetapi hasilnya tetap sama dan kami tetap tidak mendapatkan air serta perlu bergantung kepada air sungai.
“Kami perlu mengeluarkan modal sendiri untuk membeli peralatan mengepam air dari sungai kemudian disalurkan ke dalam rumah,” katanya.
Penduduk kampung Rahimah Yaakub pula mengharapkan bantuan anak dan cucu untuk mengepam air sungai.
“Saya sudah tua tidak mampu lagi untuk turun ke sungai kemudian naik beberapa anak tangga sambil membawa baldi air untuk dimasukkan ke dalam tiub saluran pengepaman,” kata wanita berusia 70 tahun itu.
Bukan sahaja penduduk di Kampung Bukit Sebelah yang terpaksa melakukan segala persediaan pengepaman air sendiri bahkan perkara sama turut dihadapi oleh Mokhtar Mohd Piah di Kampung Iboi.
Mokhtar membelanjakan sekitar RM2,000 untuk membeli mesin pam air fertigasi, paip dan tangki bagi memudahkan kegunaan harian.
“Saya tinggal bersama 10 ahli keluarga lain jadi bekalan air yang banyak itu penting untuk memasak atau mencuci.
“Saya juga perlu berbelanja sekitar RM100 sebulan untuk tujuan penyelenggaraan peralatan dan paip sekiranya berlaku kerosakan atau kebocoran.
Ibu pejabat Syarikat Air Darul Aman yang terletak di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.Jurucakap Sada Anas Aidi Md Rozai menafikan dakwaan wujud catuan air di beberapa kawasan memandangkan pihak Sada tidak pernah mengambil tindakan sedemikian.
“Sada hanya menjalankan perkhidmatan kepada penduduk dan sekiranya melibatkan naik taraf rumah pam perkara itu perlu dirujuk kepada pihak negeri,” katanya kepada MalaysiaNow.
Beliau juga mengesahkan telah menerima aduan akan permasalahan yang dihadapi penduduk, namun beliau berkata, solusi buat masa ini ialah dengan penyediaan lori tangki air di kawasan yang terjejas.
Orang kampung terpaksa habiskan wang untuk buat sistem paip sendiri demi mendapatkan bekalan air dari sungai.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/di-pedalaman-kedah-air-bersih-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 234 hits
Isu kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang membayangkan penduduk Pulau Pinang akan menggunakan air selut sekiranya Kerajaan Negeri itu gagal membayar caj air mentah masih diperkatakan Bagi Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azm...
P Pinang Sedia Ke Mahkamah Halang Kedah Kawal Bekalan Air

P Pinang Sedia Ke Mahkamah Halang Kedah Kawal Bekalan Air

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 240 hits
BAGAIMANA JIKA PENANG1 MENGGUNAKAN KELEBIHAN PELABUHANNYA 2 MENGGUNAKAN KELEBIHAN LAPANGAN TERBANGNYA3 PENGANGKUTAN KERETAPINYA DAN PELABUHANNYA March 25 2021 Pulau Pinang mengambil air mentah dari Sungai Muda di Lahar Tiang Kepala Batas GE...
Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar

Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 384 hits
Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar Ketua Menteri Pulau Pinang memberi amaran mengambil tindakan undang undang dan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan pusat bagi menyelesaikan kemelut air mentahnya dengan ...
Ak 27 Pas Kelantan Gagal Urus Bekalan Air Bersih

Ak 27 Pas Kelantan Gagal Urus Bekalan Air Bersih

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 370 hits
Sehari dua ini geger riuh di Kelantan isu air Iya air adalah perkara asas yang sensitif Tak ada air payah nak buat semua benda Rakyat Kelantan menanggung sudah lama masalah berkaitan air Kerajaan Kelantan paling gagal dalam pengurusan air b...
Bekalan Air Di Kl Gombak Masih Belum Pulih

Bekalan Air Di Kl Gombak Masih Belum Pulih

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 220 hits
Air Selangor berkata sehingga pukul 6 00 pagi ini pihaknya masih berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air KUALA LUMPUR Gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak yang terganggu berikutan kerja penggantian...
Air Mentah Kedah Pulau Pinang Perlu Cari Kesepakatan

Air Mentah Kedah Pulau Pinang Perlu Cari Kesepakatan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 226 hits
BH ONLINE Kedah dan Pulau Pinang bergantung sumber air mentah dari Sungai Muda yang mengalir dari hutan simpan Ulu Muda KUALA LUMPUR Kerajaan Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air men...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 366 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 279 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menyediakan peruntukan maksimum RM200 000 bagi membaiki sistem saluran paip dari kolam tadahan air bukit di setiap kampung yang mempunyai kemudahan tersebut di daerah Sik dan Baling Menteri Besar Muhammad Sanusi M...
Kisah Seram Hantu Raya Mengganggu Penduduk Kampung Sebelum Bulan Puasa

Kisah Seram Hantu Raya Mengganggu Penduduk Kampung Sebelum Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 1075 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan semua Alhamdulillah kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Episod kali ini adalah perkongsian tentang sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah neg...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran