Air Mentah Kedah Pulau Pinang Perlu Cari Kesepakatan


BH ONLINE Kedah dan Pulau Pinang bergantung sumber air mentah dari Sungai Muda yang mengalir dari hutan simpan Ulu Muda. KUALA LUMPUR: Kerajaan Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air mentah yang berlarutan sejak 2010, demi kepentingan rakyat di kedua-dua negeri, dengan Kerajaan Persekutuan berperanan sebagai orang tengah penyelesaian isu berkenaan.
Kerajaan Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun, berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah. Kerajaan Pulau Pinang pula dilihat tidak mahu melayan tuntutan itu.
Isu itu dilihat agak kompleks dengan kedua-dua pihak mempunyai pandangan masing-masing, namun situasi menang-menang boleh dicapai sekiranya kebajikan rakyat menjadi keutamaan.
Bagi Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohd Yusrizal Yusoff, beliau sangat berharap Kerajaan Persekutuan campur tangan dalam isu itu, bagi mencapai kata putus yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Mengharapkan kedua-dua kerajaan negeri dapat mencapai kesepakatan kerana dalam soal ini kami di CAKE, tidak boleh bercakap untuk manfaat pengguna di Kedah sahaja," katanya kepada Bernama. Mohd Yusrizal berkata ada kewajaran bagi Kedah untuk menuntut bayaran itu, kerana kawasan tadahan air Ulu Muda berada di dalam Kedah dan dijaga dengan baik sehingga bekalan air dapat dinikmati Pulau Pinang menerusi Sungai Muda.
Namun, katanya ada sesetengah kawasan di Kedah penduduknya tidak mendapat bekalan air yang baik, kemungkinan disebabkan kemudahan infrastruktur berkaitan bekalan air yang tidak memuaskan.
"Sekiranya Kerajaan Kedah berjaya mendapatkan bayaran air mentah daripada Pulau Pinang, ia mungkin boleh digunakan untuk membaik pulih infrastruktur bekalan air untuk kepentingan rakyat di negeri ini (Kedah)," katanya.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Water Watch Penang (WWP), turut mencadangkan campur tangan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat di dua negeri berkenaan dan bukan dengan melakukan tindakan dengan cara konfrontasi yang tidak menyelesaikan masalah.
Presidennya Prof Dr Chan Ngai Weng berpendapat, masalah air antara Kedah dan Pulau Pinang ini harus diselesaikan di peringkat Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Satu lagi langkah penyelesaian ialah, dengan pembentukan Majlis Lembangan Sungai Muda bagi meredakan isu itu. Sebenarnya Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow), perlu duduk berbincang bersama-sama dan bukannya mengeluarkan kenyataan melalui media. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan," katanya.
Baru-baru ini, Muhammad Sanusi mengumumkan bahawa Kedah berhasrat membina 14 tangki air sepanjang Sungai Muda, untuk menjimatkan air bagi pengairan padi dan memastikan bekalan air mencukupi sepanjang musim kemarau.
Ekoran itu, Kon Yeow memaklumkan Kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Kedah sekiranya melaksanakan projek itu, yang boleh mengancam bekalan air di Pulau Pinang.
Sementara itu, Kon Yeow berkata cadangan Kerajaan Kedah untuk membina 14 tangki air di sepanjang Sungai Muda, adalah membahayakan ekonomi serta mata pencarian penduduk Pulau Pinang.
Katanya walaupun rancangan Kerajaan Kedah dapat menjamin keselamatan air kepada penduduk Kedah dan petani di sana, namun tidak dapat dinafikan bahawa tindakan itu akan mengurangkan bekalan air ke Pulau Pinang secara drastik.
"Ini kerana kuantiti dan kualiti air yang mengalir ke Pulau Pinang di Sungai Muda akan berkurangan dengan ketara. WWP melihat pertikaian membabitkan isu air antara Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang ketika ini semakin tegang dan bahaya," katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi yang dihubungi Bernama tidak menafikan hak Pulau Pinang mendapatkan bekalan air daripada Sungai Muda, namun mahu kerajaan negeri itu membuat bayaran kepada Kedah, supaya Sungai Muda dapat terus dipelihara.
"Itulah kepentingan untuk mereka membayar harga air mentah kepada Kedah, supaya kita dapat membuat pertimbangan untuk kepentingan mereka, yang turut membayar bagi aliran air dari Ulu Muda ke Sungai Muda," katanya.
Katanya pihaknya tidak akan berhenti menyuarakan tuntutan itu kepada Pulau Pinang, yang menurutnya mengekstrak sebahagian besar air daripada Sungai Muda walaupun kawasan tadahan air dipelihara oleh Kedah.
Menurutnya, bekalan air Sungai Muda sepatutnya dinikmati lebih oleh Kedah bukan hanya untuk kegunaan domestik, tetapi dalam sektor pertanian terutama tanaman padi yang mana Kedah mengeluarkan 43 peratus bekalan beras negara. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/air-mentah-kedah-pulau-pinang-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar

Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 355 hits
Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar Ketua Menteri Pulau Pinang memberi amaran mengambil tindakan undang undang dan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan pusat bagi menyelesaikan kemelut air mentahnya dengan ...
Amaran Mb Kedah Pulau Pinang Mungkin Akan Pam Air Selut Dari Sungai Muda

Amaran Mb Kedah Pulau Pinang Mungkin Akan Pam Air Selut Dari Sungai Muda

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 182 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air selut dari Sungai Muda pada masa akan datang sekiranya masih bertegas enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada negeri Kedah Itu amaran keras Menteri Besar Kedah Muhammad S...
Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 266 hits
Pulau Pinang boleh guna air selut kata SanusiMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini k...
Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 209 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Sekat Air Kerajaan Negeri Pulau Pinang Harus Utamakan Rakyat Negeri Sendiri Dalam Semua Sektor

Sekat Air Kerajaan Negeri Pulau Pinang Harus Utamakan Rakyat Negeri Sendiri Dalam Semua Sektor

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 237 hits
Sedut air selut bukan ugutan cuma amaran awal kata MB Kedah kepada Pulau PinangAbd Hadi Che AwangMac 24 2021 02 09 MYTMuhammad Sanusi berkata kerajaan negeri Kedah tidak pernah sesekali menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu ...
Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 222 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 198 hits
Isu kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang membayangkan penduduk Pulau Pinang akan menggunakan air selut sekiranya Kerajaan Negeri itu gagal membayar caj air mentah masih diperkatakan Bagi Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azm...
Kedah Tuntut Bayaran Air Mentah Sampai Kiamat

Kedah Tuntut Bayaran Air Mentah Sampai Kiamat

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 258 hits
Sumber Sinar Harian Alor Setar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd diingatkan agar tidak terus mencampuri urusan kerajaan negeri dalam menguruskan kawasan Ulu Muda Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini kerana Kedah adalah...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat