K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai


Geraldine Tong
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid-19 tidak memuaskan menjelang Julai, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
"Kita harus menilai semula tahap pendaftaran (vaksin) pada bulan Julai. Saya katakan Julai kerana, pada masa ini, permintaan lebih daripada bekalan.
“Jadual bekalan masih beransur-ansur sekarang. Penghantaramn (vaksin) akan meningkat pada bulan Julai.
"Sekiranya kita melihat bekalan mengatasi permintaan, dan itu akan bermula sekitar bulan Julai dan Ogos apabila kita mempunyai berjuta-juta dos masuk setiap bulan, maka kita akan mempertimbangkan beberapa pilihan lebih lanjut untuk meningkatkan pendaftaran," kata Khairy dalam sidang media hari ini.
Dia bercakap pada sidang media bersama dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, yang diadakan di Putrajaya dan disiarkan dalam talian melalui persidangan video.
Khairy menjawab pertanyaan apakah kerajaan akan mengubah dasar pendaftaran vaksin yang ketika ini atas dasar sukarela menjadi vwajib bagi kelompok berisiko tinggi tertentu, jika kadar pendaftaran masih tidak memuaskan untuk mencapai imuniti kelompok.
Selain itu, kata Khairy, ada juga persepsi bahawa kadar vaksinasi di negara ini perlahan kerana ia bergantung kepada jadual penghantaran vaksin.
"Tetapi kadar vaksinasi kita didasarkan pada jadual penghantaran yang diberikan oleh pembekal vaksin.
"Pada bulan Julai, akan ada kenaikan bekalan dos dari Pfizer," katanya.
Khairy mengulangi bahawa Fasa 2 program vaksinasi akan bermula pada 19 April. Tarikh janji temu untuk penerima Fasa 2 akan dihantar mulai hari ini melalui aplikasi MySejahtera.
Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada vaksinasi warga emas berusia 60 tahun ke atas, individu yang mempunyai penyakit serta individu kurang upaya.
Khairy berkata pemberitahuan untuk tarikh janji temu akan dihantar kepada individu yang memenuhi syarat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum janji temu diadakan.
Katanya, pengguna juga akan menerima peringatan yang dihantar tiga hari dan sehari sebelum tarikh janji temu melalui pesanan teks dan panggilan, katanya.
Dia juga menjelaskan bahawa mereka akan menerima pilihan sama ada untuk hadir atau tidak ketika tarikh janji temu diberikan kepada mereka.
Ini untuk memastikan bahawa orang ramai tidak terlepas janji temu vaksin mereka kerana itu akan menyebabkan dos vaksin dibazirkan.
"Sekiranya mereka menjawab bahawa mereka akan hadir, maka saya harap mereka akan benar-benar hadir.
"Jika tidak, vaksin akan dibazirkan kerana apabila vaksin dikeluarkan dari tempat penyimpanan sejuk, ia tidak dapat dimasukkan kembali," katanya.
Untuk memastikan orang akan menghadiri janji temu vaksinasi mereka, Khairy mengatakan dia juga akan bertemu dengan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan majikan tidak menghalang pekerja mereka untuk hadir mendapatkan vaksin.
Keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan kemudian, katanya, tetapi ia akan menjadi sebagai nasihat atau arahan wajib bagi majikan untuk memberi cuti kepada pekerja yang perlu mengambil vaksin.
Khairy juga akan mengesyorkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar ahli keluarga yang perlu mengambil tanggungan mereka untuk janji temu vaksin di negeri lain diizinkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kjaan-pertimbang-semula-dasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Vaksin 1 Dos Kepada Penduduk Di Pedalaman

Kerajaan Pertimbang Vaksin 1 Dos Kepada Penduduk Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 279 hits
Fahami kesukaran mereka datang dapatkan suntikan kedua BAGAN SERAI 13 Syaaban 1442H Sabtu Kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan vaksin satu dos seperti CanSino dari China untuk penduduk di kawasan pedalaman kerana kesukaran untuk mere...
Peniaga Iks Guna E Wallet Masih Rendah

Peniaga Iks Guna E Wallet Masih Rendah

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 300 hits
Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL RODZIAH Ismail beramah mesra dengan pemandu teksi ketika menyerahkan sumbangan food basket kepada pemandu teksi dan bas sekolah pada program Bingkisan Mesra Selangor di Dataran Bandar Baru Salak Tinggi Walk Sepang S...
Rega Ikan Melambung Tapi Di Utara Penang Masih Ok

Rega Ikan Melambung Tapi Di Utara Penang Masih Ok

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 279 hits
Hamdan TahaHarga barang sedang menaik gila bahan mentah dan ayam juga ikan naik begitu ketara sekaliNak jual makanan bermasak di bulan ramadan macam mana lah nak letak hargaIkan kembung sejuk beku pun dah ke harga 15 ringgit sekilo kita nak...
Corak Head Shoulders Pada Pasangan Mata Wang Aud Usd Masih Aktif

Corak Head Shoulders Pada Pasangan Mata Wang Aud Usd Masih Aktif

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 298 hits
Pasangan mata wang AUD USD ini melantun dalam jangka pendek kerana USDX merosot lebih rendah menjejaskan dolar AS Kecenderungan pasaran kekal melemah walaupun berlakunya lantunan harga semasa Harga cenderung untuk menguji dan menguji semula...
Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum Dibenarkan April 2021

Perjalanan Rentas Sempadan Masih Belum Dibenarkan April 2021

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 429 hits
Sudah seminggu selepas pengumuman tentang status perjalanan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dan seminggu ja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bul...
Masih Tak Lekat Lekat Lagi Rupanya Suami Punca Sebab Hisap Rokok

Masih Tak Lekat Lekat Lagi Rupanya Suami Punca Sebab Hisap Rokok

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 260 hits
Dikatakan individu wanita yang menjadi perokok pasif dikelilingi pasangan keluarga atau rakan sekerja yang merokok boleh menjadi punca sukar hamil adakah ia benar Perokok pasif dan kesannya Individu yang merokok dianggap perokok aktif Manak...
Hiburan Kesian Aisha Masih Kecil Peminat Minta Beranak Lagi Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun

Hiburan Kesian Aisha Masih Kecil Peminat Minta Beranak Lagi Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 289 hits
Pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz memang diketahui ramai sering memuat naik gambar keluarga dan sudah tentu keletah anak ketiga kepada pasangan ini iaitu Aisha Amaira sering sahaja mencuri perhatian peminat kerana aksinya yang comel dan m...
Masih Ingat Lagi Pelakon Pangako Sa Yo Kristine Hermosa Ini Dia Sekarang

Masih Ingat Lagi Pelakon Pangako Sa Yo Kristine Hermosa Ini Dia Sekarang

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 1066 hits
Sebelum kedatangan drama Korea rakyat Malaysia gilakan drama kelahiran negara Filipina Mula Sa Puso Pangako Sa Yo Sanay Wala Nang Wakas Marimar antara yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia Kali ini Wanista nak bercerita sedikit tenta...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak