P Pinang Sedia Ke Mahkamah Halang Kedah Kawal Bekalan Air


BAGAIMANA JIKA PENANG
1. MENGGUNAKAN KELEBIHAN PELABUHANNYA.
2. MENGGUNAKAN KELEBIHAN LAPANGAN TERBANGNYA
3. PENGANGKUTAN KERETAPINYA DAN PELABUHANNYA.

FMT Reporters -March 25, 2021 Pulau Pinang mengambil air mentah dari Sungai Muda di Lahar Tiang, Kepala Batas.GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kedah bagi menghalang negeri jirannya itu daripada melaksanakan projek takungan air di sepanjang Sungai Muda yang akan mengancam 80% keperluan air Pulau Pinang.
Dalam kenyataan, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, negeri itu juga mungkin menyaman Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sekiranya projek itu menimbulkan masalah kepada Pulau Pinang.
“Sekiranya projeknya menimbulkan penderitaan bagi penduduk Pulau Pinang dan kerugian kepada perniagaan yang beroperasi di negeri ini, kita mungkin akan saman beliau atas kos dan kerosakan,” kata Chow.
Semalam, Sanusi mengejutkan Pulau Pinang dengan mengumumkan bahawa Kedah berhasrat membina 14 tangki air sepanjang Sungai Muda untuk menjimatkan air bagi pengairan padi dan memastikan bekalan air mencukupi sepanjang musim kemarau.
Beliau juga mahu Pulau Pinang membayar caj air mentah sekiranya ingin mengambil air dari Sungai Muda untuk mengelakkan daripada “minum air selut”.
“Bukan tak mau bagi (air), nak bagi, tapi kena bayarlah sebab kita ada (kos) penyelenggaraan untuk kawasan tadahan,” kata Sanusi.
Kenyataan itu secara umum dilihat sebagai ugutan untuk melambatkan aliran air dari hulu sungai dan disifatkan oleh beberapa pemimpin politik sebagai “tindakan perang” terhadap Pulau Pinang.
Pandangan udara Sungai Muda, berlatarbelakangkan muka sauk air mentah utama Pulau Pinang di Lahar Tiang.Pulau Pinang bergantung kepada Sungai Muda bagi 80% keperluan airnya dan negeri itu memproses air mentah di Butterworth.
Chow berkata, Sanusi silap sekiranya berpendapat beliau secara sewenang-wenang boleh melaksanakan projek itu di Kedah kerana sebarang projek mesti mendapat kelulusan dan dana daripada kerajaan persekutuan.
“Mana-mana projek ‘baharu’ Sungai Muda di Kedah di hulu muka sauk Lahar Tiang Pulau Pinang mesti mematuhi semua undang-undang yang berkaitan,” kata Chow.
“Secara ringkasnya, Kedah tidak boleh menjalankan projek yang melibatkan Ulu Muda yang tidak sah atau tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan.”
Beliau berkata, selain perintah injunksi, antara pilihan lain yang dipertimbangkan adalah mengemukakan bantahan rasmi terhadap projek Kedah itu kepada kerajaan persekutuan dan membangkitkan isu itu di Parlimen.
Beliau berkata, Pulau Pinang tetap dengan pendirian untuk tidak membuat apa-apa bayaran kepada Kedah bagi mendapatkan air dari dari Sungai Muda yang mengalir melalui negeri itu.
Sementara itu, Chow berkata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang akan mengkaji semula rancangan masa depannya untuk memastikan keselamatan bekalan air, termasuk loji penyahgaraman dan saluran pemindahan air mentah dari Sungai Perak.
“Kita sekarang akan berusaha untuk melaksanakan lebih banyak projek strategik untuk mengurangkan risiko kemungkinan ‘perkara tidak diingini’ yang melibatkan Sungai Muda yang boleh mempengaruhi perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang pada masa akan datang,” katanya.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/p-pinang-sedia-ke-mahkamah-halang-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rancangan Kedah Kawal Bekalan Air P Pinang Ibarat Isytihar Perang Kata Pemimpin

Rancangan Kedah Kawal Bekalan Air P Pinang Ibarat Isytihar Perang Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 345 hits
Lim Guan Eng marah dengan rancangan takungan air Muhammad Sanusi Md Nor sementara Charles Santiago menyifatkannya sebagai pengisytiharan perang terhadap Pulau Pinang GEORGE TOWN Rancangan kerajaan Kedah mengurangkan bekalan air ke Pulau Pin...
Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar

Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 483 hits
Punca Pulau Pinang Tidak Membayar Air Mentah Ke Kedah Tersebar Ketua Menteri Pulau Pinang memberi amaran mengambil tindakan undang undang dan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan pusat bagi menyelesaikan kemelut air mentahnya dengan ...
Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 403 hits
Pulau Pinang boleh guna air selut kata SanusiMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini k...
Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 359 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 304 hits
Isu kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang membayangkan penduduk Pulau Pinang akan menggunakan air selut sekiranya Kerajaan Negeri itu gagal membayar caj air mentah masih diperkatakan Bagi Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azm...
Amaran Mb Kedah Pulau Pinang Mungkin Akan Pam Air Selut Dari Sungai Muda

Amaran Mb Kedah Pulau Pinang Mungkin Akan Pam Air Selut Dari Sungai Muda

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 314 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air selut dari Sungai Muda pada masa akan datang sekiranya masih bertegas enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada negeri Kedah Itu amaran keras Menteri Besar Kedah Muhammad S...
Air Mentah Kedah Pulau Pinang Perlu Cari Kesepakatan

Air Mentah Kedah Pulau Pinang Perlu Cari Kesepakatan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 315 hits
BH ONLINE Kedah dan Pulau Pinang bergantung sumber air mentah dari Sungai Muda yang mengalir dari hutan simpan Ulu Muda KUALA LUMPUR Kerajaan Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air men...
Bukan Saja Hospital Sekolah Juga Berlaku Gangguan Bekalan Air Di Kelantan

Bukan Saja Hospital Sekolah Juga Berlaku Gangguan Bekalan Air Di Kelantan

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 334 hits
INI PUN SALAH SATU NAMA TUNGGANG AGAMA JUGA NAMA LA NEGERI ISLAM SERAMBI MEKAH NAMA ISLAMIK HAMPEH NI LA SALAH SATU JENAMA TUNGGANG AGAMA MALU JA KE CINA DAP SANA ZAMAN NI PATUT ASAS AIR NI DAH TAK SEBUT DAH BERKURUN LAMA DAH March 25 2021 ...
Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 403 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked