Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung


AGAK-AGAKNYA faham tak anda semua maksud peribahasa Melayu pada tajuk di atas?

Saya sebut ‘agak-agaknya’ sebab kalau diamati, peribahasa tidak lagi dijadikan amalan untuk diselitkan semasa berinteraksi sesama kita.

Apa lagi di laman-laman sosial. Sebahagian besarnya pakai tujah, terjah sahaja. Keindahan bahasa dan pekerti yang baik dalam berkomunikasi lenyap sudah.

Maksud peribahasa tadi lebih kurang begini - Hendaklah mengikut aturan dan adat yang
diamalkan di tempat yang kita berada. Cara kehidupan perlu disesuaikan dengan tempat dan keadaan.

Beberapa peribahasa seerti antaranya, di mana ranting dipatah, di situ air disauk, masuk di dalam kawanan gajah berdering atau masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Kalau peribahasa Inggerisnya - When in Rome, do as the Romans do.

Menghairankan saya, mereka yang lakukan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial bukannya baru habis sekolah pun. Sudah besar panjang dan pastinya telah melewati pembelajaran subjek Sejarah semasa di sekolah.

Eric Liew Chee Ling, Nur Alia Astaman dan beberapa lagi yang ‘tangannya gatal’ atau kata rakan seperjuangan saya, Ku Seman Ku Hussain, ‘macam kera dapat bunga’ ini bekerja di tempat-tempat yang dikelilingi orang yang baik-baik dan cerdik belaka - syarikat Cisco ASEAN, TNB atau berurusan dengan pembeli kereta mewah seperti Honda. Tapi mengapa, lagak dan fiil begitu sekali?

Bukan sahaja Yang di-Pertuan Agong ‘dibahannya’, anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut dipalitkan oleh mereka yang saya fikir sakit mental agaknya. Ya lah, berperilaku sedemikian, ada yang ahli majlis daerah, tapi perangai masya-Allah.

Dalam bab ini, saya kena pujilah juga respons pihak-pihak swasta ini yang bertindak pantas dan tampak patriotik berbanding sebuah parti politik itu yang tiba-tiba membantah pula tangkapan dua tiga individu yang menghina Agong kita. Bukan waktu ini anda harus berlagak hero ya.

Sebenarnya peribahasa, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung tidak sesuai untuk saya ibaratkan pada si pelaku-pelaku menghina Agong ini sebab mereka ini warganegara Malaysia.

Lebih sesuai bidalan ini ditujukan kepada orang asing. Namun kerana celuparnya mereka di alam siber, elok juga mereka ini dikategorikan sebagai ‘warga asing’ yang hakikatnya warga asing sebenar pun tidak sebusuk hati pelaku-pelaku ini.

Pelaku-pelaku hina Agong ini sebenarnya bernasib baik kerana kesalahan itu tidak dilakukan di negara tetangga kita, Thailand. Di sana penghina raja dan kerabatnya ada yang dipenjarakan hingga 30 tahun. Undang-undang ketat Lese-majeste yang dipraktikkan itu berdasarkan Kanun Jenayah yang melarang perbuatan menghina atau mengancam raja, permaisuri, bakal raja atau pemangku raja.

Mahkamah Thailand juga pernah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun setengah ke atas seorang wanita buta kerana menghina anggota diraja negara.

Eh! Si buta pun kena? Nurhayati Masoh, 23, didapati bersalah selepas berkongsi artikel yang menghina anggota diraja Thai di akaun Facebooknya. Artikel itu bukannya Nurhayati empunya. Tetapi ditulis oleh Giles Ungpakorn, seorang ahli akademik keturunan Thai-Britain dan penentang keras keluarga diraja Thai yang melarikan diri dari Thailand selepas dituduh di bawah undang-undang Lese-majeste pada 2009. Nurhayati dikatakan menggunakan aplikasi komputer yang membantu golongan buta memuat naik catatan di media sosial.

Hai macam-macam hal dunia. Undang-undang tetap undang-undang. Malah, sejak kemangkatan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober 2016, pihak berkuasa telah menutup beratus-ratus laman web yang menghina atau mengkritik kerabat diraja.

Di negara ini, tidak kiralah orang Melayu, Cina, India dan semua etnik, realitinya kerajaan Malaysia masih memiliki toleransi dan tolak ansur yang tinggi terhadap rakyatnya.

Contoh paling tepat, kontrak sosial dengan jus soli nya lahir daripada hasil toleransi.

Tanpa kontrak sosial, mungkin negara ini gagal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana penjajah British ketika itu menjadikan pemuafakatan kaum sebagai prasyarat untuk membolehkan Malaya diiktiraf sebagai negara merdeka.

Kontrak ini harus difahami berkisar Perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara.

Jangan sesekali mempertikaikan kontrak sosial dengan membuat andaian negatif kononnya ia hanya untuk kepentingan Melayu dan tidak adil kepada kaum lain.

Semoga syak wasangka ini tidak bersarang di laman-laman sosial Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp sekali gus menyebabkan anda terperuk dalam sel besi sehingga terpaksa berpisah sementara meninggalkan insan-insan tersayang.

Oleh : Zulkifli Jalil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/01/di-mana-bumi-dipijak-di-situ-langit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 913 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
Gempa Bumi Lemah Di Ranau Hari Ini

Gempa Bumi Lemah Di Ranau Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 203 hits
KOTA KINABALU Gempa bumi lemah berukuran 3 3 pada skala Richter melanda Ranau jam 2 15 petang tadi Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di facebook mengesahkan berlaku gempa bumi lemah di Kundasang pada kedalaman 1 kilometer Ge...
Nasa Beri Amaran 3 Asteroid Melalui Hampir Dengan Bumi

Nasa Beri Amaran 3 Asteroid Melalui Hampir Dengan Bumi

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dunia di luar planet bumi Masih banyak yang kita belum ketahui dan terokai Selain matahari bulan bintang serta planet lain ada juga asteroid Kehadiran tiga asteroid yang bergerak laju telah mendorong NASA...
Thalhah Bin Ubaidillah Syahid Yang Berjalan Di Atas Bumi

Thalhah Bin Ubaidillah Syahid Yang Berjalan Di Atas Bumi

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 246 hits
Sabda Rasulullah S A W Siapakah yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi setelah mengalami kematiannya maka lihatlah Thalhah Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar maka beliau selalu menyahut Perang ha...
Sebanyak 78 216 Rumah Akan Menikmati Gas Bumi Di 2019

Sebanyak 78 216 Rumah Akan Menikmati Gas Bumi Di 2019

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 225 hits
Direktur Jenderal Minyak dan Gas Bumi Kementerian Energi Sumber Daya Mineral Djoko Siswanto mengatakan tahun ini akan dilakukan pembangunan 78 216 sambungan rumah tangga jaringan gas di 17 Kabupaten dan Kota dengan anggaran sebesar Rp 799 9...
Begini Kira Kira Kondisi Bumi Kalau Matahari Bersin Kita Perlu Siap Siap Nih

Begini Kira Kira Kondisi Bumi Kalau Matahari Bersin Kita Perlu Siap Siap Nih

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 210 hits
Fenomena bersinnya matahari ini kini sedang giat dipelajari Soalnya efeknya katanya bisa fatal kalau sampai bumi
Batuan Angkasa Bersaiz Piramid Giza Lintasi Bumi

Batuan Angkasa Bersaiz Piramid Giza Lintasi Bumi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 238 hits
Batuan angkasa bersaiz Piramid Giza lintasi bumi Ancaman asteroid sememangnya menakutkan Malah impak hentamannya juga pasti membawa kesan kemusnahan yang teruk Jika baru baru ini gempar mengenai batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7 kali i...
Jdt Sedia Bawa Pulang Syazwan Andik Ke Bumi Johor

Jdt Sedia Bawa Pulang Syazwan Andik Ke Bumi Johor

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 509 hits
nbsp Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta zim menyuarakan hasrat ingin mendapatkan khidmat bek kiri kebangsaan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak nbsp Pengarah Sukan JDT Martin Prest berkata mereka sedia berunding dengan pemain k
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu