Thalhah Bin Ubaidillah Syahid Yang Berjalan Di Atas Bumi



Sabda Rasulullah S.A.W;
“Siapakah yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi setelah mengalami kematiannya, maka lihatlah Thalhah”
Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar, maka beliau selalu menyahut,
“Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya. Hingga akhir hayatnya, perjuangan sahabat mulia itu tak kenal henti. Sebuah sejarah besar diukir, sejarah itu bernama Thalhah bin Ubaidillah.”
Thalhah Seorang Saudagar
Nama lengkapnya adalah Thalhah bin Ubaidillah bin Utsman bin Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai. Ibunya bernama Ash-Sha’bah binti Abdullah bin Abbad bin Malik, saudara perempuan Al-‘Ala’ binti Al-Hadrami.
Thalhah seorang pemuda Quraisy yang merupakan seorang saudagar. Meski masih muda, Thalhah mempunyai kemahiran dalam perniagaan.
Kepakarannya dalam bidang perniagaan sehingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua.
Islamnya Thalhah Bin Ubaidilah
Thalhah bin Ubaidillah bercerita tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Abu Bakar As Siddiq tercengang lalu Abu Bakar As Siddiq mengajak Thalhah bin Ubaidillah untuk menemui Nabi Muhammad S.A.W.
Thalhah telah menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah S.A.W, Thalhah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Diseksa Kerana Islam
Bagi keluarganya, keislaman Thalhah bin Ubaidillah bagaikan sesuatu yang amat mengejutkan.
Keluarganya dan suku kaumnya berusaha mengeluarkannya dari Islam. Thalhah dipujuk rayu, namun kerana pendirian Thalhah sangat teguh mereka akhirnya bertindak kasar.
Seksaan demi seksaan mulai mendera tubuh anak muda yang santun ini. Sekelompok pemuda menggiringnya dengan tangan terbelenggu di lehernya, memukuli kepalanya, dan ada seorang wanita tua yang terus berteriak mencaci maki Thalhah.
Wanita itu ialah ibunya, Sha’bah binti Hadramy, saudara dari seorang sahabat Rasulullah S.A.W, Ala’ bin Hadramy. Walau disakiti dan dimalukan oleh orang yang sangat dicintai dan dihormatinya.
Namun, Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W lebih dicintainya daripada ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Setelah keislamannya diketahui oleh orang-orang Quraisy, Nufail bin Khuwailid, salah seorang pembesar yang terkenal dengan sebutan ‘Singa Quraisy’ mencari dirinya.
Mereka bertemu Thalhah sedang berjalan dengan Abu Bakar dan kedua-duanya ditangkap dan diseksa. Mereka berdua diikat dengan satu tambang kemudian diancam.
Tetapi mereka tidak berani bertindak terlalu keras dan kejam kerana khawatir dengan pembalasan dari kabilah Abu Bakar dan Thalhah.
Setelah pelbagai ancaman dilakukan namun tidak juga berhasil, akhirnya mereka melepaskannya kembali. Daripada peristiwa ini, Abu Bakar dan Thalhah disebut sebagai ‘Al Qarinain’, artinya dua setangkai.
Thalhah bin Ubaidillah termasuk dalam as sabiqunal awwalin (golongan yang terawal memeluk Islam), Thalhah juga salah satu daripada 10 orang sahabat yang memperoleh berita gembira iaitu golongan masuk ke syurga.
Sembilan lainnya adalah empat Khulafa Rasyidin, Abdurrahman bin Auf, Sa’d bin Abi Waqqash, Sa’id bin Zaid, Zubair bin Awwam dan Abu Ubaidah bin Jarrah.
Gelaran Thalhah Dalam Perang Uhud
Julukan Assyahidul Hayy atau syahid yang hidup diperoleh Thalhah dalam peperangan Uhud. Saat itu barisan kaum Muslimin terpecah belah dari sisi Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda;
“Siapakah berani melawan mereka, dia akan menjadi temanku kelak di syurga,”
Talhah bin Ubaidillah segera menyahut;
“Aku wahai Rasulullah,”
Rasulullah berkata;
“Tidak, jangan engkau, kau harus berada di tempatmu.”
Berkata seorang tentera Ansar;
“Aku wahai Rasulullah”
Rasulullah S.A.W menjawab;
“Ya, majulah”
Lalu tentera Ansar itu maju melawan tentera musyrikin. Rasulullah S.A.W kembali meminta para sahabat untuk melawan orang-orang kafir dan Thalhah bin Ubaidillah sentiasa mengajukan diri pertama kali.
Namun, sentiasa ditahan oleh Rasulullah dan diperintahkan untuk tetap ditempat sehingga 11 tentera Ansar gugur menemui syahid dan tinggallah Thalhah Bin Ubaidillah sendirian bersama Rasulullah S.A.W. Saat itu Rasulullah S.A.W berkata kepada Thalhah;
”Sekarang engkau, wahai Thalhah.”
Thalhah dengan semangat jihad yang berkobar-kobar menghadapi musuh dan menghalang agar jangan menghampiri Rasulullah.
Lalu Thalhah berusaha membawa Rasulullah sendiri ke bukit, kemudian kembali menyerang hingga ramai tentera musyrikin yang tewas.
Saat itu Abu Bakar dan Abu Ubaidah bin Jarrah yang berada agak jauh dari Rasulullah telah mendekati Rasulullah. Baginda menyeru;
“Tinggalkan aku, bantulah Thalhah, sahabat kalian”
Keduanya bergegas mencari Thalhah bin Ubaidillah. Ketika ditemukan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri, tubuhnya berlumuran darah.
Tidak kurang 79 luka bekas tebasan pedang, tusukan lembing dan lemparan panah memenuhi tubuhnya dan jari tangannya putus.
Mereka beranggapan bahawa Thalhah sudah gugur, ternyata sebenarnya Thalhah masih hidup. Oleh sebab itulah gelaran syahid yang hidup diberikan oleh Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W;
“Siapa yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi setelah mengalami kematiannya, maka lihatlah Thalhah”
Sejak itu apabila orang membicarakan mengenai peperangan Uhud di hadapan Abu Bakar As Siddiq, maka beliau selalu menyahut;
“Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya hingga akhir hayatnya.”
Subhanallah!
 
Sumber: tzkrh.com
The post Thalhah Bin Ubaidillah : Syahid Yang Berjalan Di Atas Bumi appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/thalhah-bin-ubaidillah-syahid-yang-berjalan-di-atas-bumi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasto Soal Pengelolaan Isu Jokowi Menang Telak 5 0 Atas Prabowo

Hasto Soal Pengelolaan Isu Jokowi Menang Telak 5 0 Atas Prabowo

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 247 hits
Sekretaris Jenderal PDI Perjuangan menjelaskan skor lima ini hanya menghitung isu yang terjadi di awal tahun Tidak termasuk masalah hoaks bekas Jurkam Prabowo Sandiaga Ratna Sarumpaet di awal masa kampanye
Adun S Gor Tuntut Keadilan Atas Kematian Aktivis Parti

Adun S Gor Tuntut Keadilan Atas Kematian Aktivis Parti

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 238 hits
KEADILAN DAILY Anggota Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi menggesa pihak berkuasa menjejak segera penjenayah yang mengakibatkan kematian bekas calon Angkatan Muda KEADILAN Shah Alam Thiyahu Marimuthoo Najwan yang mengenali Thiyah...
Sprm Tahan Seorang Datuk Berhubung Siasatan Ke Atas Tourism Malaysia

Sprm Tahan Seorang Datuk Berhubung Siasatan Ke Atas Tourism Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 258 hits
NOR IDAYU BOSRO 08 Januari 2019 10 41 PM PUTRAJAYA Dua individu termasuk seorang bergelar datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini bagi
Kami Sekeluarga Akan Tidur Di Atas Tong Kosong Supaya Bila Air Laut Masuk Rumah Kami Tidak Ditenggelami Air Laut

Kami Sekeluarga Akan Tidur Di Atas Tong Kosong Supaya Bila Air Laut Masuk Rumah Kami Tidak Ditenggelami Air Laut

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 372 hits
Kami Sekeluarga Akan Tidur Di Atas Tong Kosong Supaya Bila Air Laut Masuk Rumah Kami tidak ditenggelami air laut Ketika dia sarat mengandung suami pula terlantar di hospital kerana serangan jantung Itu nasib menimpa Lizawati Hashim 36 yang ...
Agong Letak Jawatan Atas Budi Bicara Sendiri

Agong Letak Jawatan Atas Budi Bicara Sendiri

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 382 hits
SHAH ALAM Dalam isu yang membabitkan Yang di Pertuan Agong hanya Majlis Raja raja yang boleh membuat keputusan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin berkata dakwaan yang menyatakan kononya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad...
Survei Terbaru Lsi Denny Ja Sebut Pdip Menang Pemilu Jauh Di Atas Gerindra

Survei Terbaru Lsi Denny Ja Sebut Pdip Menang Pemilu Jauh Di Atas Gerindra

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 201 hits
Sejak tiga bulan terakhir selisih elektabilitas atau tingkat keterpilihan antara PDIP Gerindra dan Golkar tak terlalu berbeda jauh dengan lima survei sebelumnya Selisih angka di kisaran 10 persen
Kecemas4n Sekalipun Tak Payahlah Bagi Dia Kencing Atas Meja Restoran Ibu Kena Kecam Guna Cawan Tadah Air Kencing Anak

Kecemas4n Sekalipun Tak Payahlah Bagi Dia Kencing Atas Meja Restoran Ibu Kena Kecam Guna Cawan Tadah Air Kencing Anak

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 362 hits
Rakaman video menunjukkan 2 orang wanita memangku anaknya yang sedang membuang air kecil diatas meja makan memualkan orang ramai disekelilingnya ketika itu Kejadian yang berlaku di Chunshuitang China itu dirakam pengunjung kedai makan itu a...
Bersatu Perlis Gugur Wan Saiful Atas Alasan Sibuk Isu Ptptn

Bersatu Perlis Gugur Wan Saiful Atas Alasan Sibuk Isu Ptptn

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 365 hits
Bersatu Perlis mengambil keputusan untuk menggugurkan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan daripada jawatan setiausaha parti negeri itu Pengerusinya Ameir Hassan berkata keputusan itu diambil setelah men...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp