Di Dakwa Terbit Artikel Berunsur Fitnah Mat Sabu Saman Akhbar Rasmi Milik Pas Harakah


 


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap seorang kolumnis dan Ketua Pengarang Harakah serta satu pihak lagi berhubung dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah di laman sesawang Harakahdaily, September lepas.
Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners pada 28 Okt lepas di Mahkamah Tinggi, dengan menamakan kolumnis Roslan Shahir Mohd Shahir, Ketua Pengarang Wan Nordin Wan Yaacob, dan penerbit laman sesawang itu yang juga akhbar cetak Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Kes ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof pada 7 Jan depan.
Dalam penyataan tuntutannya, Mohamad, yang juga Presiden Amanah, mendakwa pada 14 September, semua defendan bersama dan berasingan menjatuhkan maruah, mengaibkan atau memfitnahnya dengan menulis serta menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sesawang Harakahdaily, menerusi artikel bertajuk “Husam: PAN Parti Diktator”.
Ahli Parlimen Kota Raja itu mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang diktator, menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai seorang Presiden parti, selain mendakwa plaintif seorang Presiden yang hanya mengikut arahan dan telunjuk DAP.
Plaintif mendakwa kata-kata fitnah yang ditulis oleh defendan pertama (Roslan Shahir) menjadi sumber kepada defendan kedua (Wan Nordin) untuk melaporkan dan membenarkan artikel berkenaan diterbitkan di laman sesawang Harakahdaily.
Mohamad mendakwa kata-kata fitnah itu hanya tuduhan melulu yang berniat jahat (mala fide) terhadapnya bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah serta kredibiliti plaintif yang mempunyai imej, reputasi, dan integriti yang baik.
“Laman sesawang Harakahdaily adalah laman potral media yang cenderung kepada parti PAS iaitu parti yang menjadi salah satu tunjang utama kepada pemerintahan di negara ini. Oleh itu, defendan-defendan mempunyai potensi untuk mendatangkan keuntungan politik kepada PAS sekaligus membawa orang ramai membenci plaintif sebagai seorang pemimpin parti Amanah,” katanya dalam penyataan tuntutan.
Plaintif berkata pada 24 Sept, satu notis dihantar kepada semua defendan supaya menarik balik tuduhan fitnah dan seterusnya meminta maaf kepadanya, namun semua defendan gagal berbuat demikian.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, satu perintah mengarahkan defendan-defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah berkenaan, serta satu injunksi untuk menahan semua defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan semula kata-kata fitnah serupa atau seakan sama terhadap plaintif secara lisan atau di media cetak. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/di-dakwa-terbit-artikel-berunsur-fitnah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Pun Kaki Fitnah Pas Makin Maju

Ustaz Pun Kaki Fitnah Pas Makin Maju

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 328 hits
http kedahlaniie blogspot com 2020 11 jawapan mantan su kfa berkaitan isu html Ustaz pun dah terajang konsep tabayyun Jangan malukan janggut
Fitnah Jual Tanah Dbkl Annuar Musa Saman Ketua Dap Kl

Fitnah Jual Tanah Dbkl Annuar Musa Saman Ketua Dap Kl

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 338 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah bertindak menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tegasnya sepanjang...
Dr Kamarul Zaman Yusoff Menang Saman Fitnah Rm8 Juta Saman 5 Lagi Ahli Parlimen Dap

Dr Kamarul Zaman Yusoff Menang Saman Fitnah Rm8 Juta Saman 5 Lagi Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 387 hits
Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menang saman terhadap Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa dan individu terbabit diarah membayar ganti rugi RM8 juta atas kenyataan fitnah dibuatnya sebelum ini Kamarul dalam kenyataan ...
Terbaca Artikel Siri Pengkhinatan Melayu Sebaran Umno Membuktikan Bahawa Umno Nak Pas Bila Mereka Tersempit Sahaja

Terbaca Artikel Siri Pengkhinatan Melayu Sebaran Umno Membuktikan Bahawa Umno Nak Pas Bila Mereka Tersempit Sahaja

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 249 hits
Ayat artikel sebaran itu bermula Rakyat mengkaji dan melihat sejarah silam sebagai pengajaran sejarah keangkuhan keegoan dan lupa diri dikalangan pemimpin politik dalam negara ini Baru baru ini kita dikejutkan dengan undi percaya yang diusu...
Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Jamal Batal Saman Fitnah Teresa Kok

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Jamal Batal Saman Fitnah Teresa Kok

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 264 hits
365 total views 365 views today PUTRAJAYA 27 Nov Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok terhadapnya...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm