Fitnah Jual Tanah Dbkl Annuar Musa Saman Ketua Dap Kl


 

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah bertindak menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tegasnya, sepanjang memegang jawatan menteri dalam tempoh lapan bulan sejak Mac lalu, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual mana-mana aset mereka.
Katanya, tindakan Tan yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan itu sangat berbaur fitnah, menjejaskan reputasinya dan DBKL.
“Ia satu tuduhan berat dan sangat serius,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Dakwaan Tan itu dilaporkan sebuah portal berita dalam talian semalam yang mendakwa sepanjang tempoh Annuar memegang jawatan itu, banyak tanah milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan melibatkan projek perumahan dan campuran komersial.
Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata Tan sepatutnya membangkitkan perkara itu dalam Dewan Rakyat supaya beliau boleh memberikan jawapan, bukannya di luar dewan.
“Tindakan di luar Parlimen tertakluk undang-undang tertentu, justeru saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan undang-undang terhadap beliau mengikut jalur dan proses sedia ada kerana saya memandang serius terhadap tuduhan seperti ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Annuar yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), berkata tidak timbul persoalan menteri daripada parti mana yang memegang sesuatu portfolio dalam Kabinet kerana keputusan kerajaan dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri berdasarkan prinsip  ‘tanggungjawab bersama’. 
“Menteri pegang portfolio mana pun semua penting. 
“Tidak ada satu menteri yang tidak penting, ini tidak timbul sebagai contoh Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin)...memang betul kalah pada saya (dalam pilihan raya) tetapi dia sudah dilantik sebagai Senator dan mencukupi syarat untuk dilantik sebagai anggota jemaah menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang berpendapat parti itu sepatutnya memegang lebih banyak jawatan menteri atau portfolio utama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/fitnah-jual-tanah-dbkl-annuar-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beware Dap S Trojan Horse Strategy Says Annuar Musa

Beware Dap S Trojan Horse Strategy Says Annuar Musa

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 266 hits
BN secretary general Annuar Musa says there are moves to break up Perikatan Nasional PETALING JAYA Barisan Nasional secretary general Annuar Musa sounding a warning against the Trojan horse strategy of the DAP has urged political parties in...
Annuar Musa Says Will Take Legal Action Against Cheras Mp Who Accused Him Of Selling 42 Dbkl Land Plots

Annuar Musa Says Will Take Legal Action Against Cheras Mp Who Accused Him Of Selling 42 Dbkl Land Plots

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 273 hits
Federal Territories Minister Tan Sri Annuar Musa asserted that he has never received any application to sell the land since being appointed to the post eight months ago and promised legal action against Cheras MP Tan Kok Wai for alleging so...
Annuar Saman Mp Dap Tan Kok Wai Tuntut Permohonan Maaf Ganti Rugi

Annuar Saman Mp Dap Tan Kok Wai Tuntut Permohonan Maaf Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 233 hits
PETALING JAYA Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menyerahkan notis guaman menuntut ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai menarik balik membuat permohonan maaf dan ganti rugi berhubung kenyataan fitnah mengaitkannya dengan penjualan tanah De...
Keputusan Dbkl Larang Kedai Runcit Jual Arak Muktamad Bantahan Dap Tidak Dilayan

Keputusan Dbkl Larang Kedai Runcit Jual Arak Muktamad Bantahan Dap Tidak Dilayan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 323 hits
Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 adalah muktamad Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter Kelmarin DBKL me...
Dr Kamarul Zaman Yusoff Menang Saman Fitnah Rm8 Juta Saman 5 Lagi Ahli Parlimen Dap

Dr Kamarul Zaman Yusoff Menang Saman Fitnah Rm8 Juta Saman 5 Lagi Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 320 hits
Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menang saman terhadap Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa dan individu terbabit diarah membayar ganti rugi RM8 juta atas kenyataan fitnah dibuatnya sebelum ini Kamarul dalam kenyataan ...
Tahniah Dbkl Annuar Musa Dan Zahid

Tahniah Dbkl Annuar Musa Dan Zahid

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 251 hits
Isu arak jangan pula selepas ni jadi macam pemimpin PAS minta maaf Jangan ditarik balik untuk dapat sokongan undi kelak Tak perlu jadi pemimpin PAS untuk melaksanakan sesuatu yg lebih baik nilainya Pemimpin Melayu PH takkan mampu lakukannya...
Annuar Musa Dbkl S New Guidelines On Liquor Licence Not About Religion Or Race

Annuar Musa Dbkl S New Guidelines On Liquor Licence Not About Religion Or Race

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 276 hits
Federal Territories Minister Tan Sri Annuar Musa speaks during a press conference at Menara Seri Wilayah in Putrajaya October 1 2020 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Nov 21 There is nothing unusual about the guidelines for liquor licenc...
Kedai Runcit Serbaneka Ubat Tradisional Cina Dilarang Jual Arak Mulai Oktober 2021 Tetapi Dap Bantah Keputusan Dbkl

Kedai Runcit Serbaneka Ubat Tradisional Cina Dilarang Jual Arak Mulai Oktober 2021 Tetapi Dap Bantah Keputusan Dbkl

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 470 hits
15 November 2020 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras berkuatkuasa serta merta di mana pihaknya menetapkan kedai runcit kedai serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina tidak dib...
Mati Dalam Beriman Lebih Penting Sindir Annuar Musa

Mati Dalam Beriman Lebih Penting Sindir Annuar Musa

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 213 hits
By 21 November 2020Tan Sri Annuar MusaKUALA LUMPUR Jurucakap Bersatu dan sudah mati dalam UMNO adalah antara tohmahan yang dilemparkan terhadap Tan Sri Annuar Musa kerana dilihat lantang mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding pa...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia