Kerajaan Lulus Rm34 81 Juta Untuk Baiki 137 Pondok Tahfiz Seluruh Negara Anwar


Kerajaan Lulus RM34.81 Juta Untuk Baiki 137 Pondok, Tahfiz Seluruh Negara – Anwar
IPOH, 11 Okt (Bernama) — Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM34.81 juta bagi melaksanakan 137 projek pembaikan kecil pondok dan sekolah tahfiz di seluruh negara termasuk lapan di Perak sebagai usaha mengintegrasikan aspek kerohanian serta akhlak dalam sistem pendidikan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikan segera kemudahan asas seperti bumbung, tandas dan bilik darjah bagi memastikan keselesaan pelajar di institusi pondok dan tahfiz yang telah lama menjadi benteng kekuatan ilmu serta akhlak umat.
“Beberapa sekolah pondok, kita lihat keadaan itu sangat daif, jadi kita ada urutan beberapa pondok yang kita senaraikan sekarang, ada 137 pondok termasuk lapan pondok di Perak.
“Ini yang kita bagi keutamaan dulu dan saya sedang merencanakan selepas mengumumkan Belanjawan 2026 semalam, bagaimana boleh kita tambah supaya semua kemudahan itu sampai ke sekolah,” katanya ketika berucap pada Kenduri Rakyat Bersama Warga Institut Pendidikan Islam (Tahfiz/Pondok) Negeri Perak di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Beliau berkata keutamaan itu diberikan kerana kerajaan tidak hanya fokus kepada soal kemajuan, tetapi turut memberikan perhatian terhadap pembangunan rohani dan pendidikan anak-anak sejajar aspirasi pembangunan modal insan MADANI.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah tersebut merupakan sebahagian dasar Kerajaan MADANI bagi memulihkan semula bantuan kepada sekolah agama rakyat yang pernah dihentikan sejak 2003.
BACA: Dua Maut, Tiga Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Kota Tinggi “Maka sejak 2022, saya ambil alih dengan kerjasama kawan-kawan dalam Kerajaan Perpaduan ini, saya sudah kembalikan balik peruntukan kepada sekolah-sekolah agama rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar menyeru institusi pondok dan tahfiz di negara ini agar melakukan penyesuaian dengan perkembangan semasa dengan menguasai teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan global.
Katanya penguasaan teknologi baharu itu penting bagi memastikan institusi pondok kekal relevan sebagai benteng akidah, akhlak dan pemikiran Islam serta tidak terpinggir dalam gelombang penjajahan bentuk baharu melalui teknologi.
“Pihak pondok dan pesantren harus terima kenyataan bahawa beberapa perubahan harus dilakukan tanpa mengganggu pengajaran tradisional, jadi saya hendak cadangkan supaya ditambah mengenai digital dan AI.
“Kalau pondok tidak menguasai digital teknologi, AI, orang yang menguasai AI itu akan tenggelamkan pondok sehingga penjajahan baharu kerana AI sudah menjadi satu kenyataan di dunia dan kalau kita biar orang luar menguasai, dia tidak jajah seperti dulu tetapi jajah pemikiran serta teknologi kita,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak berhasrat mengubah sistem pengajian tradisional pondok, sebaliknya menekankan penambahbaikan terhadap kemudahan asas, perpustakaan dan makmal sains agar pelajar pondok turut mendapat pendedahan kepada bidang moden.
Beliau juga memaklumkan kerajaan memperkukuh syiar Islam secara menyeluruh menerusi peruntukan RM2.6 bilion dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkannya semalam bagi memartabatkan institusi pendidikan Islam, memperkasakan masjid serta memperluas kefahaman Islam berteraskan prinsip MADANI.
Ia merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan syiar Islam terus tertegak dan dimartabatkan dalam pembangunan negara.
Sumber: BERNAMA
The post Kerajaan Lulus RM34.81 Juta Untuk Baiki 137 Pondok, Tahfiz Seluruh Negara – Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/11/kerajaan-lulus-rm34-81-juta-untuk-baiki-137-pondok-tahfiz-seluruh-negara-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali

Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 187 hits
BENTONG Polis Diraja Malaysia menjangkakan kira kira 2 1 juta kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negara bermula 18 Oktober ini sempena cuti perayaan Deepavali Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Ser...
Sebanyak Lebih 20 Juta Benih Ikan Telah Dilepaskan Ke Perairan Umum Di Seluruh Pahang Sejak 2010

Sebanyak Lebih 20 Juta Benih Ikan Telah Dilepaskan Ke Perairan Umum Di Seluruh Pahang Sejak 2010

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 179 hits
PEKAN Sebanyak 20 65 jta ekor benih ikan telah dilepaskan ke perairan umum di seluruh Pahang sejak tahun 2010 hingga Ogos tahun ini Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Adnan Hussain berkata bagi bulan Ogos sahaja sebanyak 2 3 juta ekor ...
Sekolah Pondok Runtuh 38 Orang Termasuk Pelajar Tahfiz Dilapor Masih Tertimbus

Sekolah Pondok Runtuh 38 Orang Termasuk Pelajar Tahfiz Dilapor Masih Tertimbus

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 344 hits
Sekolah Pondok Runtuh 38 Orang Termasuk Pelajar Tahfiz Dilapor Masih Tertimbus Pasukan penyelamat Indonesia giat mencari sekurang kurangnya 38 individu yang masih dipercayai terperangkap selepas sebuah bangunan sekolah agama Islam runtuh di...
Anwar Tawar Pas Sertai Kerajaan Perpaduan Khianat Bersatu Muhyiddin

Anwar Tawar Pas Sertai Kerajaan Perpaduan Khianat Bersatu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1581 hits
Bantu solihin shabudin tak skip iklan 1 atau dua atau tiga support solihin shabuddin solihin menghargai anda semua para para penonton like dan subscribe join membership hadiahkan super thanks Besan abdul hadi awang bergaduh dengan pemimpin ...
Ds Anwar Balun Kerajaan Sakau Ada Kuasa Tapi Langsung Tak Buat Apa

Ds Anwar Balun Kerajaan Sakau Ada Kuasa Tapi Langsung Tak Buat Apa

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 932 hits
jelajah Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Merotai Tawau Sebagai pemimpin kita wajib menjaga kepentingan rakyat dengan memegang amanah sebaik baiknya Dasar dan polisi mesti jelas demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa m...
Zahid Tolak Tindakan Hidang Alkohol Di Majlis Rasmi Kerajaan Malaysia Adalah Negara Islam

Zahid Tolak Tindakan Hidang Alkohol Di Majlis Rasmi Kerajaan Malaysia Adalah Negara Islam

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 178 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti itu yang menolak sekeras kerasnya tindakan hidang minuman beralkohol dalam mana mana majlis rasmi kerajaan Tindakan hidang alkohol tak wajar Memetil laporan daripada ...
Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 178 hits
GSF Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan setiap ahli keluarga aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi kemanu...
Tiada Cabar Prosiding Wang Tunai Lebih Rm169 Juta Milik Ismail Sabri Jadi Hak Kerajaan

Tiada Cabar Prosiding Wang Tunai Lebih Rm169 Juta Milik Ismail Sabri Jadi Hak Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 297 hits
Sejumlah wang tunai lebih RM169 juta dalam pelbagai mata wang asing yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini secara rasmi dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia Menurut laporan Berita Harian hakim Su...
Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 207 hits
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terus komited menyokong peluasan jenama tempatan dari Sabah dan Sarawak ke seluruh negara sebagai usaha memperkasa usahawan dan ekosistem francais tempatan Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata...
Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Pondering Over Education


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers

Kelantan Lelaki Rohingya Didakwa Noda Kekasih Usia 14 Tahun

Indira Gandhi To Lead Justice March On Nov 22 Hand Over Abducted Daughter S Teddy Bear To Igp