Dewan Rakyat Kecoh Dengan Isu Komunis Ltte


Haspaizi Zain    Isu komunis menghangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat sehingga menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan anggota parlimen pembangkang dan Pakatan Harapan (PH)

Perkara itu tercetus apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) menuduh Umno sebagai parti yang membawa perjuangan komunis dan bukannya DAP.

Ia merujuk kepada beberapa program yang diwakili pemimpin Umno anjuran parti komunis berpangkalan di China.

"(Bekas) Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor hadir ke kongres Komunis.

"Parti yang mendukung perjuangan komunis bukan DAP, tapi Umno," katanya ketika sesi perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Rayer dalam ucapannya juga turut meminta kerajaan menghantar pulang pendakwah bebas Zakir Naik ke India sekiranya dapat memulihkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara itu.

Tidak berakhir di situ, ketika Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) sedang berbahas, Shahidan Kassim (BN-Arau) mohon untuk mencelah.
Ketika mencelah Shahidan menyanggah tuduhan Rayer dengan membawa masuk buku yang mengaitkan DAP dengan pengganas komunis.

Tindakan Shahidan mengakibatkan pertikaman lidah antara pemimpin Umno dengan wakil rakyat DAP.

Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon meminta supaya anggota parlimen bertenang dan duduk serta menghentikan pertelingkahan tersebut.

Pembangkang pula kaitkan DAP dengan LTTE

Kekecohan sekali lagi tercetus apabila Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) menyentuh tentang isu LTTE.

Beliau mendakwa dua Adun DAP yang dikaitkan dengan LTTE memberi imej buruk kepada negara.

Baca: LTTE: AG jelaskan sebab 2 pertuduhan baru pada Adun DAP dibatal
"Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) berperanan sebagai pusat pencegahan keganasan serantau dengan kerjasama kerajaan dan pertubuhan antarabangsa. SEARCCT juga turut ketengahkan perspektif Malaysia dalam menangani keganasan
"Mohon yang berhormat menteri nyatakan tahap kesiapan SEARCCT ketika pengganas LTTE di kalangan pemimpin parti politik boleh membolosi sistem negara," dakwanya.

Kenyataan Mastura itu mendapat bantahan wakil rakyat DAP yang menyifatkan ia menghina mahkamah

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof yang mengambil alih tugas timbalannya kemudian meminta Mastura supaya tidak membangkitkan perkara yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah.

Sekali lagi ia menimbulkan kemarahan wakil rakyat pembangkang yang meminta Mohamad Ariff berlaku adil terhadap kekecohan yang berlaku disebabkan tindakan Rayer mengaitkan Umno dengan perjuangan komunis.

Mohamad Ariff berkata, beliau tidak mengendalikan dewan ketika Rayer berkata demikian dan meminta Anggota Parlimen Jelutong itu menarik balik tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Rayer menarik balik kenyataan berkenaan akibat bunyi bising dari kalangan anggota parlimen pada ketika itu




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/dewan-rakyat-kecoh-dengan-isu-komunis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Ltte Beri Ruang Pihak Berkuasa Tangani Keganasan Anwar

Isu Ltte Beri Ruang Pihak Berkuasa Tangani Keganasan Anwar

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 238 hits
Diterbitkan Hari ini 11 39 tengahariPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau memahami isu yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini terutamanya berhubung penahanan mereka yang didakwa terlibat dengan pergerakan Harimau Pembebasan T...
Isu Ltte Adun Gadek G Saminathan Direhatkan

Isu Ltte Adun Gadek G Saminathan Direhatkan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 319 hits
Ayer Keroh Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek G Saminathan direhatkan daripada menghadiri Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Ke 14 18 November ini Keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri melalui Ketua Menteri Adly...
Politik Matang Rakyat Menilai Isu Keselamatan Dan Ekonomi

Politik Matang Rakyat Menilai Isu Keselamatan Dan Ekonomi

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 304 hits
Kehangatan berkempen di Pilihan Raya kecil Tanjung Piai semakin terasa Pelbagai isu dan permasalahan yang membelenggu dan menimpa rakyat dan pengundi dikupas dan diperjelaskan oleh penceramah Barisan Nasional dan Muafakat Nasional Di luar j...
Azeez Rahim Digantung 2 Hari Kenyataan Berat Sebelah Terhadap Dipertua Dewan Rakyat

Azeez Rahim Digantung 2 Hari Kenyataan Berat Sebelah Terhadap Dipertua Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 292 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Food Panda Kecoh Lagi Isu Sampah

Food Panda Kecoh Lagi Isu Sampah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 450 hits
Portal Malaysiakini hari ini melaporkan penemuan sampah Food Panda di Gombak Sebelum ini kecoh isu elaun penghantar makanan Food Panda awal Oktober lalu sehingga menyebabkan ramai telah berhenti menjadi sebahagian komuniti Food Delivery set...
Prktgpiai Penerimaan Rakyat Di Tg Piai Tolak Isu Rasis Perkauman Annuar

Prktgpiai Penerimaan Rakyat Di Tg Piai Tolak Isu Rasis Perkauman Annuar

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 463 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa penerimaan baik masyarakat terhadap calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jack Seng membuktikan bahawa tiada lagi isu rasis atau perk...
Sir Lindsay Hoyle Dipilih Speaker Baharu Dewan Rakyat Uk

Sir Lindsay Hoyle Dipilih Speaker Baharu Dewan Rakyat Uk

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 245 hits
Sir Lindsay Hoyle dipilih speaker baharu Dewan Rakyat UK Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 Nov 2019 11 30PM
Ltte Mahkamah Tinggi Akan Putuskan Isu Jaminan Dua Adun 10 Lelaki

Ltte Mahkamah Tinggi Akan Putuskan Isu Jaminan Dua Adun 10 Lelaki

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 317 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Sama ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan 10 lelaki yang berdepan pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya ianya akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ini berikut...
Calon Bn Fokus Kempen Isu Hidup Harian Rakyat Di Tg Piai

Calon Bn Fokus Kempen Isu Hidup Harian Rakyat Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 502 hits
Calon BN MCA bagi PRK Tanjung Piai Wee Jeck Seng PONTIAN Calon BN MCA bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai Wee Jeck Seng berkata beliau akan memberi tumpuan kepada kempen berkaitan isu kehidupan harian rakyat yang menjadi kebimbangan pendud...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Kedai Serbaneka Thailand Terbesar Di Kuala Lumpur Thai Street Mart

Urban Renewal Not A Dirty Term

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening