Isu Ltte Beri Ruang Pihak Berkuasa Tangani Keganasan Anwar


Naimmullah JayaDiterbitkan Hari ini 11:39 tengahari

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata beliau memahami isu yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini terutamanya berhubung penahanan mereka yang didakwa terlibat dengan pergerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.

Beliau yang berucap di majlis penutup Deepavali Carnival ke 18 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi berkata semua pihak bagaimanapun perlu menyokong segala usaha yang dilakukan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan dan keamanan di negara ini.

“Saya tahu ada masalah yang dibangkitkan tentang penahanan rakan-rakan kita (tahanan berkait LTTE),

“Tetapi saya ingin merayu kepada saudara terutama dalam soal jenayah dan keganasan, ia harus ditangani pihak polis dan kita mesti memberi ruang dan sokongan kepada mereka,” katanya.

Pihak polis sebelum ini menahan 12 individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Empat daripada mereka yang ditahan juga merupakan ahli DAP termasuk dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) - G Saminathan (Gadek, Melaka) dan P Gunasekaran (Seremban Jaya, Negeri Sembilan).

Dalam ucapan yang sama, Anwar turut menyatakan sokongan supaya mereka yang ditahan dapat dibicarakan dengan adil dan proses pendakwaan perlu dilakukan dengan kadar segera di mahkamah.

“Jika ada bukti terhadap mereka, maka perkara yang betul adalah untuk mendakwa mereka, jika tidak mereka perlu dibenarkan untuk menyertai keluarga mereka (meraikan Deepavali)," katanya lagi.

Bagaimanapun, Anwar turut berkata beberapa peruntukan Sosma dianggap tidak sesuai untuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Jelasnya, pendirian mengenai penggunaan akta tersebut bukanlah sesuatu yang baru dan sudah berulang kali disuarakan PH.

Menurut MP Port Dickson itu malahan perkara tersebut sudahpun disampaikan kepada beberapa pemimpin PH termasuk Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

“Sikap kita dalam PH dan saya dari PKR memang mempertikai beberapa peruntukan undang-undang dalam Sosma.

“Kerana undang-undang itu menyekat beberapa peraturan yang kami anggap tidak sesuai bagi sesebuah negara merdeka, berdaulat dan matang,” katanya.

Kaji semula Sosma

Anwar berkata pihak berkuasa perlu berhati-hati dengan penggunaan sesetengah undang-undang keselamatan pada hari ini kerana ianya kadang kala bersifat draconian (zalim) dan tidak berlandaskan piawaian tertinggi hak asasi manusia dan proses yang adil.

Menjelaskan lanjut, presiden PKR berkata pendirian itu bukan bertujuan mempertikai tindakan pihak polis kerana beliau sangat memahami tugas pihak berkuasa untuk mengawal keselamatan negara daripada anasir-anasir yang ingin mencetuskan huru-hara.

“Cuma segerakan tindakan, segerakan untuk mereka dihadapkan ke mahkamah.

“Dan cuba sebagai kerajaan mengkaji semula beberapa peruntukan Sosma yang kami tafsirkan kurang wajar,” katanya.

Terdahalu, wakil rakyat DAP Kasthuri Patto menggesa pihak polis sama ada mendakwa atau membebaskan tahanan yang dikaitkan dengan LTTE.

Katanya, pendekatan "tahan dulu, siasat kemudian" yang digunakan sekarang adalah sama dengan apa yang pernah diamalkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum akta itu dihapuskan pada 2012.

“[...] Ada undang-undang jenayah dan akta yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka. Tapi untuk gunakan Sosma ke atas mereka, itu tak dapat diterima, ia melanggar hak asasi dan kebebasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada semalam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/isu-ltte-beri-ruang-pihak-berkuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ltte Beri Ruang Kepada Polis Kata Anwar

Ltte Beri Ruang Kepada Polis Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 354 hits
Pendapat peribadi saya tidak perlu begitu kita harus beri ruang kepada polis Polis tidak harus rasa tertekan dengan terlalu banyak gangguan sebab itu saya dalam kes penahanan ini serah kepada budi bicara polis dan tentunya KDN untuk menanga...
Pelik Reaksi Dap Dalam Isu Ltte Belum Apa Apa Dah Melompat Murugiah

Pelik Reaksi Dap Dalam Isu Ltte Belum Apa Apa Dah Melompat Murugiah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 655 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah terkejut kerana belum apa apa DAP sudah terlebih dahulu mengeluarkan pelbagai kenyataan menjurus kepada seolah olah ianya salah polis melakukan tangkapan berkait Harimau Pembebasan Tamil Eelam...
Pas Gesa K Jaan Bentang Kertas Putih Isu Ltte Di Parlimen

Pas Gesa K Jaan Bentang Kertas Putih Isu Ltte Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 414 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 45 malamPAS menggesa kerajaan membentangkan Kertas Putih mengenai Harimau Pembebasan Tamil Eelam di Malaysia susulan penangkapan beberapa individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan itu Antara yang ditahan te...
Bukti Kukuh Kata Muhyiddin Pertahan Polis Dalam Isu Ltte

Bukti Kukuh Kata Muhyiddin Pertahan Polis Dalam Isu Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 399 hits
Polis mempunyai bukti dan asas kukuh bagi menjalankan siasatan terhadap gerakan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam berdasarkan risikan yang dilakukan dalam jangka masa panjang sebelum ini Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin...
Belanjawan Tangani Isu Mendesak Kri

Belanjawan Tangani Isu Mendesak Kri

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 344 hits
Belanjawan tangani isu mendesak KRIOleh October 14 2019Sekali lagi pembentangan Belanjawan 2020 oleh Kerajaan Pakatan Harapan mendapat pujian INSTITUT Penyelidikan Khazanah menyifatkan Belanjawan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu seb...
Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 435 hits
Presiden Putra Ibrahim AliPETALING JAYA Presiden Putra Ibrahim Ali mendakwa penahanan 12 orang termasuk dua Adun DAP berhubung isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam kemungkinan ada kaitan dengan usaha menarik sokongan pengundi Melayu dalam pil...
Tangani Isu Utama Sebelum Umum Harga Turun

Tangani Isu Utama Sebelum Umum Harga Turun

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 260 hits
Ketua Pemuda UMNO Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor bagaimanapun segera menafikan kenyataan Datuk Seri Salahuddin Ayub Baginya Program Bazar Peduli Rakyat yang dilancarkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu hanya menyentuh isu sekunder sem...
Isu Ltte Ada Ke Tak Prk Gadek Serta Seremban

Isu Ltte Ada Ke Tak Prk Gadek Serta Seremban

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 407 hits
Negara di kejutkan apabila dua pemimpin yang DAP di tangkap berhubung isu LTTE di mana seorang dari melaka dan seorang dari seremban Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas d...
Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 575 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Menteri Kewangan itu berkata tindakan itu dirasakan lebih wajar da...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno

Salmon And Ikura Dashi Chazuke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat