Politik Matang Rakyat Menilai Isu Keselamatan Dan Ekonomi




Kehangatan berkempen di Pilihan Raya kecil Tanjung Piai (PRK P165) semakin terasa. Pelbagai isu dan permasalahan yang membelenggu dan menimpa rakyat dan pengundi dikupas dan diperjelaskan oleh penceramah Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN). Di luar jangkaan apabila ribuan rakyat hadir ke Ceramah Perdana, di bilik gerakan BN Dun Kukup pada 6 November 2019. Adakah ini manifestasi ketidakpuasan hati rakyat dan pengundi kepada kerajaan?
Kehadiran Presiden UMNO, PAS, MCA dan Timbalan Presiden MIC membuktikan kita bermuafakat dan bekerjasama bagi merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai. Sokongan dan seruan Presiden PAS dalam ucapannya supaya menyokong calon MCA membuktikan bahawa Muafakat Nasional berada pada landasannya yang mempromosikan suara kewarasan (the voice of reason) untuk melawan suara emosi melampau (the voice of emotion).
Kenyataan oleh seorang menteri di perjumpaan tertutup di SJKC Pei Chio Kukup Laut, bahawa negara akan menjadi huru-hara jika Barisan Nasional kembali berkuasa kerana berkawan dengan PAS, inilah contoh tuduhan yang tidak berasas. Sekadar mahu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan hari ini dan bagi menimbulkan kesangsian masyarakat Cina kepada Muafakat Nasional. Adakah selama 62 tahun Barisan Nasional memerintah berlakunya huru-hara, rakyat kebanyakan hidup susah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, derita dan sengsara?
Kedaulatan undang-undang, keselamatan negara dan pertumbuhan ekonomi menjadi tiga keutamaan kerajaan terdahulu bagi memelihara keharmonian rakyat dan negara. Tiada kompromi apabila melibatkan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara. Akhir-akhir ini timbul kesangsian di kalangan rakyat apabila beberapa keputusan dan tindakan yang dibuat oleh peguam negara menyalahi prinsip ‘Rule of Law’. Seperti penarikan balik pertuduhan ke atas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang dikaitkan dengan LTTE oleh peguam negara tanpa dikemukakan sebarang sebab di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Betul, hak peguam negara untuk menarik balik atau meneruskan pendakwaan tetapi rakyat perlu tahu kenapa dan mengapa tuduhan ditarik balik. Isu LTTE ini sangat serius yang mengancam keselamatan negara.
Tahniah kepada Bahagian Counter Terrorism (E8) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerja keras menangani keganasan dan kegiatan militan. Telah terbukti hasil usaha berterusan E8 sejak 1990an lagi beberapa kumpulan dan sel pengganas dari Al-Qaeda, Jemaah Islamiyah (JI) kepada Kumpulan Mujahideen Malaysia serta terkini, Daulah Islam (Daesh) telah dilumpuhkan. Sebagai contoh, sejak tahun 2009, E8 telah berjaya menahan 284 suspek yang terbabit dengan JI, 512 orang suspek Daesh, mematahkan 25 rancangan serangan pengganas di negara ini sejak 2013, antaranya serangan berskala besar ke atas tempat ibadat Kristian, Hindu dan Buddha serta pusat hiburan di sekitar Lembah Klang dan banyak lagi pencapaian E8 dan PDRM dalam menjaga keselamatan negara. Jangan dicalarkan segala usaha dan penat-lelah E8 dan PDRM dengan keputusan ‘luar jangka’ dalam isu LTTE.
Saya berkeyakinan kebenaran akan menjelma di sebalik keperitan E8 dan PDRM menangani isu ini sepertimana yang diungkapkan oleh George Washington “Truth will ultimately prevail where there is pains to bring it to light”. Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan memandang serius isu ini dan jangan dikompromi serta digadaikan keselamatan negara demi politik dan kuasa.
Analisis tekstual membuktikan bahawa skim ransangan pertumbuhan ekonomi khususnya kepada rakyat kebanyakan menjadi faktor kejayaan dan kestabilan ekonomi era pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz seperti skim galakan pertumbuhan ekonomi, pemantapan dana sektor perniagaan dan transformasi untuk sektor pertanian. Ibnu Abdil Hakam dalam kitabnya sirah Umar bin Abdul Aziz meriwayatkan, Yahya bin Said, seorang petugas zakat masa itu berkata,”Saya telah diutus oleh Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya ingin mengagihkannya kepada orang-orang miskin. Namun saya tidak menjumpai seorang pun orang miskin yang memerlukannya….” (Al-Qaradhawi, 1995).
Sebaliknya Era Malaysia baharu telah menjadikan kehidupan rakyat khususnya B40 dan M40 di luar bandar dan pinggir bandar mahupun di bandar semakin terhimpit. Petani, nelayan, pekebun dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memerlukan skim yang meransang pertumbuhan ekonomi mereka. Tidak memadai sekadar peruntukan “kebetulan”. Peruntukan RM3 juta Menteri Perumahan, RM4 juta Menteri Belia dan Sukan, RM3 juta Menteri Pertanian dan peruntukan “kebetulan” lain yang diumumkan sempena PRK Tanjung Piai boleh disifatkan sebagai gula-gula pilihan raya walaupun ada pihak yang menafikannya.
Rakyat perlukan solusi ekonomi bagi mensejahterakan kehidupan mereka. Peruntukan mengurus untuk sektor ekonomi telah dikurangkan daripada RM20 bilion pada zaman BN kepada RM17 billion dalam Bajet 2020. Mereka yang paling terkesan dengan pengurangan ini adalah para petani, nelayan dan usahawan-usahawan desa. Kerajaan terdahulu memberikan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan, kini ini dipotong 16% kepada RM250. Dahulu Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat RM350 sebulan, kini dipotong 14% kepada RM300. Dahulu seramai 7 juta penerima BR1M, kini hanya 3.9 juta sahaja dapat Bantuan Sara Hidup (BSH).
Apa yang merisaukan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup rakyat semakin tertekan dan menderita. Apakah nasib penoreh getah terbela dengan penurunan harga getah? Begitu juga nasib peneroka kelapa sawit, apakah kemerosotan harga kelapa sawit boleh ditangani dengan kempen minum sesudu minyak sawit setiap hari? Apakah memadai bersyukur dengan harga sawit RM270 bagi setiap satu tan, tanpa ikhtiar dan mencari solusi terbaik? Sepertimana yang disarankan oleh calon Pakatan Harapan PRK Tanjung Piai “Kita RM270 tu patut syukur sangat sebenarnya. (Harga) RM270 tu banyak, bukan sikit… banyak sebenarnya”.
Muafakat Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang atau melakukan sesuatu yang pelik bagi menarik pengundi sepertimana kata pepatah arab “Bul ala ZamZam, fatu’raf” (Kencinglah di Telaga Zam-Zam, pasti kamu akan terkenal). Kita akan terus memperjuangkan isu keselamatan, ekonomi dan pembelaan kepada B40 dan M40, inilah agenda utama bagi menarik pengundi di Tanjung Piai kembali memberikan kepercayaan kepada calon Barisan Nasional. Saya yakin dengan kematangan politik (political maturity) pengundi di Tanjung Piai, Insya-Allah kemenangan milik Barisan Nasional dan Muafakat Nasional.
AHMAD ZAHID HAMIDI
#muafakatnasional
#demiummah
#akhiratdidepan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/08/politik-matang-rakyat-menilai-isu-keselamatan-dan-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Harus Bebas Dari Isu Sara Arahkan Ke Toleransi Terima Perbedaan

Politik Harus Bebas Dari Isu Sara Arahkan Ke Toleransi Terima Perbedaan

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 306 hits
Suku agama ras dan antar golongan jika ditarik ke ranah politik ditakutkan akan menimbulkan perpecahan Seharusnya perbedaan dikelola untuk menguatkan persatuan
Wapres Ma Ruf Ingin Peran Mk Diperkuat Dalam Beri Jaminan Hak Sosial Ekonomi Rakyat

Wapres Ma Ruf Ingin Peran Mk Diperkuat Dalam Beri Jaminan Hak Sosial Ekonomi Rakyat

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 138 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin berpesan agar Mahkamah Konstitusi tidak hanya menjadi pengawal konstitusi tapi juga memberi jaminan atas hak sosial dan ekonomi warga negara Indonesia
Dewan Rakyat Kecoh Dengan Isu Komunis Ltte

Dewan Rakyat Kecoh Dengan Isu Komunis Ltte

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 443 hits
Isu komunis menghangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat sehingga menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan anggota parlimen pembangkang dan Pakatan Harapan Perkara itu tercetus apabila RSN Rayer menuduh Umno sebagai parti yang membawa perjua...
Prktgpiai Penerimaan Rakyat Di Tg Piai Tolak Isu Rasis Perkauman Annuar

Prktgpiai Penerimaan Rakyat Di Tg Piai Tolak Isu Rasis Perkauman Annuar

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 393 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa penerimaan baik masyarakat terhadap calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jack Seng membuktikan bahawa tiada lagi isu rasis atau perk...
Calon Bn Fokus Kempen Isu Hidup Harian Rakyat Di Tg Piai

Calon Bn Fokus Kempen Isu Hidup Harian Rakyat Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 470 hits
Calon BN MCA bagi PRK Tanjung Piai Wee Jeck Seng PONTIAN Calon BN MCA bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai Wee Jeck Seng berkata beliau akan memberi tumpuan kepada kempen berkaitan isu kehidupan harian rakyat yang menjadi kebimbangan pendud...
Zuraida Tiada Lagi Isu Pm Ke 8 Tiada Lagi Isu Pengkhianatan

Zuraida Tiada Lagi Isu Pm Ke 8 Tiada Lagi Isu Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 286 hits
Kita kena move on dan mula buat kerja dan fokus kepada ekonomi dan beri perkhidmatan kepada rakyat
Menjelang 2021 Semua Isu Besar Selesai Grand Master Design

Menjelang 2021 Semua Isu Besar Selesai Grand Master Design

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 246 hits
Kes 1MDB selesai Halatuju Najib Zahid dikenalpasti mahkamah tentukan Tiada tangan ghaib atau sailang Peralihan kuasa PM Ekonomi kembali memacu Menjelang 2021 juga 1001 kemungkin juga akan berlaku
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes