Dewan Negara Lulus Ruu Pekerja Gig 2025


Dewan Negara Lulus RUU Pekerja Gig 2025: Perlindungan Buat 1.2 Juta Pekerja Gig Di Malaysia Kini Realiti
KUALA LUMPUR, 9 September 2025  — Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 telah diluluskan oleh Dewan Negara hari ini, melakar sejarah baharu dalam melindungi hampir 1.2 juta pekerja gig di Malaysia dan meletakkan noktah kepada era tiada perlindungan undang-undang terhadap golongan pekerja ini.
Sebelum ini, golongan pekerja gig sebagai salah satu teras penting ekonomi negara, tidak dapat mempertahankan hak dan kedudukan mereka disebabkan tiada perlindungan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tidak diiktiraf dalam mana-mana akta perburuhan yang berkuat kuasa.
RUU ini merupakan hasil mandat yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) pada Mac 2024 bagi merangka mekanisme khas untuk membela hak dan kepentingan pekerja gig di Malaysia.
Sejak itu, hampir 40 sesi libat urus melibatkan lebih 4,000 pemegang taruh dari seluruh negara telah dilaksanakan dengan lebih 500 maklum balas atas talian telah diterima. Libat urus ini turut melibatkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, syarikat platform, persatuan pekerja gig, kesatuan sekerja, akademik dan pertubuhan masyarakat.
Proses penggubalan turut diperkukuh dengan penanda aras antarabangsa dan pembentangan di Pertubuhan Buruh Antarbangsa (International  Labour Organization (ILO)) di Geneva, yang mengesahkan kesesuaiannya dengan piawaian global.
RUU Pekerja Gig 2025 merangkumi 112 fasal dalam 10 bahagian dan menekankan empat aspek utama, iaitu: 1. Pertama: Memuktamadkan definisi pekerja gig yang sebelum ini tidak dilindungi dalam mana-mana akta buruh, sambil mengekalkan status fleksibel sebagai freelancer atau bekerja sendiri.
2. Kedua: Mewujudkan Majlis Perundingan yang menghimpunkan wakil kerajaan, wakil pekerja gig serta wakil entiti kontrak untuk membincangkan isu kadar bayaran, kontrak standard dan isu-isu lain.
3. Ketiga: Menubuhkan Tribunal Pekerja Gig yang menyediakan saluran penyelesaian pertikaian yang mudah, cepat dan kos efektif
4. Keempat: Memperkukuh perlindungan keselamatan sosial melalui caruman PERKESO

RUU ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 28 Ogos 2025 dan diiktiraf sebagai satu proses yang telus dan inklusif, hasil penyertaan ribuan pihak berkepentingan malah dinilai oleh pakar pelbagai sektor, termasuk akademik, perundangan, ekonomi, dan wakil organisasi pekerja sebagai berpotensi menjadi penanda aras global dalam perundangan ekonomi gig.
Melalui kelulusan rasmi di Dewan Negara ini, RUU Pekerja Gig 2025 kini sebuah realiti yang membuktikan komitmen kerajaan dalam memperjuangkan kebajikan dan perlindungan sosial pekerja gig di negara ini.
Malaysia kini muncul sebagai negara rujukan (benchmarking) kepada rantau ASEAN dan dunia dalam melaksanakan undang-undang progresif bagi sektor ekonomi gig. Pekerja gig akhirnya akan menikmati perlindungan yang sewajarnya sejajar dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi gig negara.
Fokus KESUMA selepas ini adalah untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi tujuan pewartaan dan penguatkuasaan Akta tersebut. KESUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemegang taruh utama atas input, sokongan dan sumbangan mereka sepanjang proses penggubalan undang-undang ini selama dua tahun.
The post Dewan Negara Lulus RUU Pekerja Gig 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/09/dewan-negara-lulus-ruu-pekerja-gig-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Pekerja Gig 2025 Objektif Kandungan Utama

Ruu Pekerja Gig 2025 Objektif Kandungan Utama

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2974 hits
RUU Pekerja Gig atau Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Ogos 2025 Ini menandakan tonggak baharu dalam perlindungan dan pengiktirafan rasmi kepada sektor gig negara Ia merupakan satu detik bersejarah...
Apa Itu Ruu Pekerja Gig Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu

Apa Itu Ruu Pekerja Gig Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 3527 hits
Apa Itu RUU Pekerja Gig Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu Dalam era ekonomi digital masa kini sektor pekerjaan gig semakin berkembang pesat di Malaysia dengan kemunculan pelbagai platform dalam talian seperti e hailing penghantaran makanan...
Dewan Negara Passes Gig Workers Bill And 18 Others Adjourns Sine Die

Dewan Negara Passes Gig Workers Bill And 18 Others Adjourns Sine Die

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 758 hits
The Dewan Negara which had been in session for 10 days since Aug 25 was adjourned sine die today During the course of the sitting the Senate passed 19 bills including the Gig Workers Bill 2025 the Government Procurement Bill 2025 and the Of...
Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 8971 hits
Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan program Bicara Malaysiana Menjunjung Rukun Negara Memperkukuh Jati Diri Bangsa di Auditorium PNM Anjung Bestari bersempena sambutan Hari Malaysia 2025 Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajia...
Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 9034 hits
Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara Assalamualaikum semua Bila sebut bulan September memang tak dapat lari daripada semangat Hari Malaysia Tahun ni lebih istimewa sebab ...
Merdeka 2025 Maxim E Hailing Prihatin Terhadap Masyarakat Sambut Kemerdekaan Seluruh Negara

Merdeka 2025 Maxim E Hailing Prihatin Terhadap Masyarakat Sambut Kemerdekaan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2395 hits
Merdeka 2025 Maxim E hailing Prihatin Terhadap Masyarakat Sambut Kemerdekaan Seluruh Negara Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke 68 Maxim E hailing telah meluaskan inisiatif tahunan berfokuskan komuniti ke seluruh negara menandakan ...
Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4130 hits
PEKAN Penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos Singapura dan Indonesia membuktikan tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia Memasuki hari ketiga pada ...
Kejohanan Dunia 2025 Skuad Wushu Negara Bawa Pulang Lima Pingat Emas

Kejohanan Dunia 2025 Skuad Wushu Negara Bawa Pulang Lima Pingat Emas

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 4666 hits
Kejohanan Dunia 2025 Skuad Wushu Negara Bawa Pulang Lima Pingat Emas KUALA LUMPUR 8 Sept Skuad wushu negara terus menampilkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas kelima pada hari terakhir Kejohanan Dunia ke 17 yang berlangsung di Bras...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Pagi Yang Tak Disangka

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ngopi Kangar

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang