Apa Itu Ruu Pekerja Gig Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu


Apa Itu RUU Pekerja Gig? Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu
Dalam era ekonomi digital masa kini, sektor pekerjaan gig semakin berkembang pesat di Malaysia dengan kemunculan pelbagai platform dalam talian seperti e-hailing, penghantaran makanan dan perkhidmatan bebas (freelance).
Pekerjaan gig memberi peluang kepada ramai individu menjana pendapatan secara fleksibel tanpa terikat dengan kontrak pekerjaan tradisional.
Namun begitu, isu berkaitan perlindungan sosial, keselamatan pekerjaan, kadar upah yang adil serta hak pekerja gig sering menjadi perdebatan.
Sehingga kini, majoriti pekerja gig tidak menikmati perlindungan penuh di bawah undang-undang buruh sedia ada kerana mereka dianggap sebagai kontraktor bebas dan bukannya pekerja bergaji tetap.
Sebagai langkah menangani isu ini, kerajaan Malaysia telah mengemukakan satu Rang Undang-Undang (RUU) khusus untuk pekerja gig bagi memastikan hak dan kepentingan mereka lebih terjamin.
Apa itu Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig? Malaysia menjadi antara negara terawal di dunia yang mempunyai perundangan khas bagi sektor ekonomi gig selepas Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig 2025 diluluskan Dewan Rakyat hari ini.
Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig diperkenalkan sebagai langkah kerajaan untuk mengiktiraf, mengawal selia dan melindungi kepentingan golongan pekerja ini.
Selain itu, ia turut memastikan keseimbangan antara majikan, platform digital dan pekerja.
RUU yang dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim telah menekankan beberapa aspek penting bagi membuka lembaran baharu buat golongan pekerja gig.
Difahamkan, undang-undang ini dilaksanakan bagi bertujuan membela nasib 1.2 juta pekerja gig di negara ini yang mempunyai empat komponen asas melibatkan definisi pekerja gig, mekanisme kilanan, isu kadar bayaran dan keselamatan sosial.
RUU Pekerja Gig memelihara keunikan sektor  RUU itu turut memastikan pekerja gig dilindungi daripada tindakan penamatan, penggantungan atau penyahaktifan sewenang-wenangnya oleh entiti kontrak seperti syarikat penyedia platform.
Dalam pada itu, RUU Pekerja Gig 2025 dijangka mewajibkan penyedia platform membuat potongan caruman PERKESO daripada setiap transaksi pendapatan pekerja gig, selain menetapkan terma dan syarat yang jelas dalam perjanjian perkhidmatan bagi melindungi hak pekerja.
Sebelum ini, SK melaporkan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap RUU Pekerja Gig oleh pihak majikan atau platform, mereka bakal berdepan denda yang berat iaitu denda sehingga RM50,000, penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Justeru, RUU Pekerja Gig ini bukan sahaja mengiktiraf pekerja gig, tetapi juga memelihara keunikan sektor dalam pelbagai aspek.
BACA: Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu Sumber: Bernama
The post Apa Itu RUU Pekerja Gig? Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/28/apa-itu-ruu-pekerja-gig-fakta-ringkas-yang-perlu-anda-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Pekerja Gig 2025 Objektif Kandungan Utama

Ruu Pekerja Gig 2025 Objektif Kandungan Utama

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2721 hits
RUU Pekerja Gig atau Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Ogos 2025 Ini menandakan tonggak baharu dalam perlindungan dan pengiktirafan rasmi kepada sektor gig negara Ia merupakan satu detik bersejarah...
Profima Harap Ruu Pekerja Gig 2025 Direalisasikan

Profima Harap Ruu Pekerja Gig 2025 Direalisasikan

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 8576 hits
Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia berharap Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 akan menerima sokongan majoriti daripada seluruh ahli Dewan Rakyat supaya ia dapat direalisasikan demi masa depan pekerja gig negara Presidennya Khali...
Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat

Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2203 hits
Rang Undang undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat KUALA LUMPUR 25 Ogos Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 bagi membela nasib 1 2 juta pekerja gig di negara ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di ...
Dua Pekerja Maut Dilanggar Kereta Api Ketika Periksa Struktur Landasan

Dua Pekerja Maut Dilanggar Kereta Api Ketika Periksa Struktur Landasan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 870 hits
BERNAMA YONHAPCheongdo Korea Selatan Dua pekerja maut manakala empat lagi cedera parah pada Selasa selepas dilanggar sebuah kereta api penumpang di Bandar Cheongdo tenggara Korea Selatan lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan peg...
Sabah Bantu Pekerja E Panggilan Buka Akaun Kwsp Peruntuk Hampir Rm600 000

Sabah Bantu Pekerja E Panggilan Buka Akaun Kwsp Peruntuk Hampir Rm600 000

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 482 hits
Sebanyak 11 109 permohonan diterima untuk membuat caruman kata Ketua Menteri Hajiji Noor Kerajaan Sabah peruntuk wang untuk bantu pekerja e panggilan yang belum buka akaun KWSP KOTA KINABALU Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM600 000 ba...
Over Half Of Asean Jobs Will Be Affected By Ai Says Non Profit Body

Over Half Of Asean Jobs Will Be Affected By Ai Says Non Profit Body

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2759 hits
AI Asia Pacific Institute chairman and vice president Peter Brimble says research shows two thirds of Gen Z workers will see their jobs changing within a year A study by the AI Asia Pacific Institute found that AI adoption could widen exist...
Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Media Council Concerned Over Excessive Fines On Sin Chew Sinar

Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Thailand Kemboja Kembali Tegang Anwar Seru Isu Dibawa Ke Meja Rundingan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kehilangan Dua Orang Dalam Sebulan Hanya Doa Mengiringi

Sambutan Maulidurrasul 1447h Peringkat Pasir Gudang Johor

Hantu Cinta Kamu

Bila Kebaikan Jadi Luka

Mysubsidi Kpdn Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi

Sarapan Di Johor Makan Petang Di Melaka