Cara Urus Harta Pusaka Selepas Kematian Ibu Bapa
Bapa/Ibu Meninggal dunia, tinggalkan pusaka hartanah. Apa waris² perlu buat
Kredit : Fadzli Rozali
Sebarang urusan pindahmilik hartanah atau masukkan nama waris baru dalam geran tidak boleh dibuat oleh kerana penama(bapa/ibu) telah meninggal dunia.
Jadi waris² kena mulakan dengan buat permohonan tuntut pusaka di Pejabat Pesaka Kecil, di Pejabat Tanah & Galian (jika harta kurang RM 2 juta) . Selagi tidak selesai proses tuntutan pusaka , tiada apa yang boleh dibuat ke atas harta² si mati.
Pertama sekali , Waris² kumpulkan semua senarai harta-harta Si Mati . Ini termasuk ;
- Tanah - Rumah taman- Harta alih (akaun bank, TH, ASB, Barang Kemas)- Harta Kenderaan
Kemudian siapkan dokumen-dokumen utk permohonan pusaka arwah ayah/ibu; 1. Sijil Mati 2. ic pasangan (jika hidup) , sijil mati pasangan jika sudah meninggal 3. Salinan kad pengenalan ibu & ayah si mati JIKA masih hidup. Jika sudah meninggal tak perlu sijil mati . 4. Salinan Kad Pengenalan depan belakang semua waris faraid yang masih hidup. 5. Untuk harta melibatkan Tanah @ rumah , kena beli satu Dokumen Carian Rasmi hartanah tersebut di pejabat tanah. Pejabat tanah akan keluarkan dokumen Carian Rasmi tersebut utk urusan tuntut pusaka.
Bila semua dokumen² diatas dah siap, baru lah didaftarkan Permohonan Urus Harta pusaka kecil.
Permohonan Guna Borang A dan dibuat secara online. Selepas permohonan online yang lengkap dibuat , barulah nanti Pejabat Pusaka Kecil akan process dan keluarkan tarikh utk bicara serah surat kuasa kepada salah seorang pentadbir yang dilantik dikalangan waris² nanti .
Pentadbir akan guna surat kuasa yang diberi untuk agihan harta pada waris² faraid dan turun nama waris² baru kedalam geran tanah.
Jika Tuan/Puan nak minta saya buat kan permohonan tuntut pusaka pun boleh juga. Tuan/Puan boleh hubungi saya.
Saya hanya perlukan semua dokumen² yang disebut di atas .
KLIK UTK INFO LANJUT
www.wasap.my/60103379012/urushartapusaka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2023/05/cara-urus-harta-pusaka-ibu-bapa.html