Ikan Haruan Tumbuk Baik Untuk Ibu Berpantang Membantu Menyembuhkan Luka
Para ibu pernah dengar tak ikan haruan tumbuk bersama cekur? Hidangan ni sedap tau kalau dimakan dengan nasi panas. Mudah pun mudah hidangan ni untuk dibuat. Para suami pun boleh bantu isteri untuk sediakan hidangan ini. Bukan sahaja mudah, tapi berkhasiat dan bagus untuk ibu berpantang juga.
Ikan haruan sangat bagus untuk ibu yang habis berpantang. Albumin yang terdapat dalam ikan haruan bagus membaiki tisu dan sel yang rosak yang disebabkan oleh pembedahan.
Albumin yang terdapat dalam ikan haruan juga merupakan protein yang sangat penting untuk mengelakkan daripada pembengkakkan berlaku yang disebabkan oleh sesuatu kecederaan. Pembengkakkan berlaku kerana sel darah merah mula hilang terbentuk.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/fresh-raw-crucian-wooden-with-herbs_6963638.htm#query=ikan%20haruan&position=0&from_view=search&track=ais
Hormon, protein dan mineral akan disimpan di dalam albumin untuk disebarkan ke keseluruhan tubuh badan. Jadi, kekurangan albumin ini pasti akan mengakibatkan gangguan dalam sistem peredaran tubuh badan kita. Jom lihat resipi ikan haruan tumbuk bersama cekur yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh hafiza_aini di akaun Instagram beliau.
RESEPI IKAN HARUAN TUMBUK BERSAMA CEKUR/ ENCUR
Sumber foto: Instagram hafiza_aini
RESEPI PANTANG
Bahan- bahan:
– Ikan haruan seekor
– Cekur 3 ketul (ikut suka banyak mana, kalau saya masuk sekali daun pucuk dia)
– Bawang merah dan bawang putih 1 ketul (kalau resipi tak pantang boleh tambah cilia api)
– Garam
– Gula
– Limau kasturi/ lemon
Cara- cara:
1. Ikan haruan dibalut daun pisang (optional), bawang potong besar- besar, cekur, dibakar/ dipanggang… (guna kuali nonstick/ pemanggang ajaib, kalau tak pantang boleh goreng dengan minyakje semua)
2. Pastu masukkan ke dalam batu lesung, (ikan diambil isi je) tumbuk semua sekali… tak perlu hancur sangat.
3. Akhir sekali, masuk garam dan gula secukup rasa… perahkan sedikit limau/ lemon (ada orang suka manis- manis sikit) – okay siap… serius sedap tak tipu langsung tak bau… dihidang dengan nasi panas… pergh pasti tambah nasi… hahaha
Silakan share.
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan
Resipi Bubur Oat Sihat, Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best!
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. tidak perlu amabil masa yang lama untuk sediakan. Para ibu boleh mencuba hidangan ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
The post Ikan Haruan Tumbuk, Baik Untuk Ibu Berpantang. Membantu Menyembuhkan Luka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ikan-haruan-tumbuk-baik-untuk-ibu-berpantang-membantu-menyembuhkan-luka/