Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar


Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar | Meriah sungguh hujung minggu kami semeriah kisah viral siakap Langkawi jugak tapi meriah kami rasa puashati berpihak pada saya. Eh, rasanya tak habis lagi orang bercakap selepas kes viral ikan siakap di Langkawi minggu sudah ke sudah sunyi?. Ternampak juga orang selit kisah siakap tu bila jengah ke Facebook mahupun Twitter penuh la orang dok bercerita pasal pengunjung kena caj RM1196.80 untuk seekor ikan siakap show seberat 7kg lebih hingga jadi viral tu. 
Selepas tu ramai pula pengunjung yang berkunjung ke Kilim Geopark 'terkena' makan di restoran terapung tu tampil tunjuk bil makan di restoran yang sama di caj sebanyak RM846.40 untuk ikan siakap seberat 5.29 kg,  Puan Rohani pula membayar RM896.40 untuk siakap seberat 4.980kg dan ada yang tunjuk bil untuk 1kg siput di caj RM100. Fuhhh..saya tak nak komen banyak cuma nak tanya, apa rasa ikan yang gila berat tu? Ikan yang terlalu besar, rasa isinya liat dan tak manis. 

Apa pun kesemua pihak pasti nak membela diri dan kita yang tak berada di tempat sebagai pembeli mahupun peniaga tu biarlah komen berilmiah dan tak perlu nak menambah dan berbaur negatif. Baca dan hadam dan ambil iktibar.
Secara jujurnya saya pernah menyukai siakap, tersangat suka terutama buat Siakap Kengsom,  Siakap Masak Kuah Lemak Nenas, Siakap Masak Masam Manis, Siakap Goreng buat cicah dengan cili kicap dan banyak lagi resepi ikan siakap ni. Tadi tu dulu, waktu beli ikan siakap dan bila di masak rasanya sedap dan segar. Tapi sekarang siakap yang dibeli kebanyakannya siakap sangkar atau siakap bela, yang bila dimasak akan berbau selut terutama dibahagian bawah perut. Jadi cara paling selamat masak ikan siakap ni ialah dengan menggoreng garing dan letak sambal atau curah sos cili thai tu.


Nota kaki : alah membeli menang memakai


Hujung minggu kami cukup meriah bila hari Jumaat lepas, adik ipar yang bermastautin di Penang turun KL untuk menjemput putri tunggalnya yang dah 3 minggu ada dirumah. Rancangan asal tu nak bercuti bersama-sama tapi jenuh kami cari area Selangor semua homestay penuh untuk tarikh yang kami nak tu. Cameron Highlands pulak en suami tak nak sebab sesak dan memang kami tak berhasrat nak bercuti jauh dari Selangor sebab cuti ramai orang sambung cuti Diwali kan jadinya sesak tu pasti. 
Pagi Sabtu tu en suami ajak Mak Teh (panggilan manja adik bongsu dia yang sebaya saya) dan suaminya ikut ke Pasar Datuk Keramat dan kami singgah breakfast capati kat One Chopati di Keramat Mall.
Lepas breakfast, masuk ke pasar untuk menu tengahhari dan Mak Teh nak tunaikan permintaan KC Iman yang nak makan laksa.


Udang masak lemak cili api dengan keladi lambuk, nak tahu resepi boleh klik SINI. Ikutkan udang besar ni sedap buat goreng kunyit tapi kalau tak de lauk berkuah, pasti kurang umphh kan,

Bila tengok ikan terubuk ni memang teringat pada Allahyarhamah ibu mertua yang suka buat terubuk bakar waktu bulan Ramadan. Kalau kat Kedah memang murah ikan terubuk ni tapi bila ditanya harganya 1kg RM75.00, biasanya seekor dalam RM45 / RM50 je dan bila ditimbang harganya RM88.00 Gila mahal tapi mujur puashati ikan terubuk yang kami bakar ni rasanya sedap dan manis. Kata peniaga tu ikan ni ikan perairan Malaysia dan memang tak nampak keras beku seperti yang kami selalu nampak. Mahal tapi berbaloi la jugak rasanya, nak-nak pulak orang belanja kan


Mak Teh ni pemintat laksa, jadi bila anak buah minta buat laksa memang dia seronok dan saya pun seronok la sebagai peminat laksa juga kan.
Kemeriahan ada tetamu ni bila en suami seronok buat planning untuk bercuti dan jala-jalan. Jadinya kami atur program jalan-jalan di Kuala Lumpur tapi hari Sabtu sebelah malam pulak en suami ada shooting, so membeku la kami kat dalam rumah. Saya ok sebab sejak dah tak bekerja ni memang malas nak keluar rumah dan lebih rasa selesa membaca, menulis dan menonton. Nak ajak berborak, tak ada banyak benda yang nak diborakkan sebab kalau berborak lama nanti pastinya nanti terbercerita perihal sipolan tu dan sipolan ni.
Hari Ahad pulak kami pun buat rancangan nak ke Nilai 3, jadi lepas subuh tu terus buat nasi lemak supaya perut tu kenyang. Kena la bagi kenyang sebab nak jalan jauh tu. Nak tahu apa yang saya beli kat Nilai 3, boleh je jengah kat youtube dan unboxing kat IG dan Tiktok nanti.

Ya, memang rambang mata dengan pelbagai pinggan mangkuk kat Madam King Nilai 3 ni, pelbagai pinggan mangkuk Nordic buat rasa nak borong jer tapi en suami dah pesan, jangan berbelanja lebih-lebih sebab kat mana nak letak dan kata pada hati, sila berjimat, sila berhemat, sila beringat heee.
Nak tengok gambar pinggan mangkuk yang menarik boleh jengah kat page saya, boleh sama-sama rasa rambang mata.
Selepas Nilai 3 tu kami singgah rumah Akmar (anak bongsu abang sulung en suami) di Cheras yang sesampai tu dah terhidang mee goreng dan kudapan.  Perut pun dan terisi dan penat pun dah hilang, jadi kami ajak Akmar dan suami ikut kami ke rumah Nuriza (anak saudara sepupu) di Kajang. Dah jadi macam ziarah raya pun ada walau tiada hidangan ketupat, rendang atau lemang tapi seronok dan perut memang penuh dengan pelbagai juadah spagetti, kuih putu ayu, kuih lopes dan rojak. Tak cukup dengan tu Nuriza ni bekalkan kek pisang yang hot from the oven, asam gelugur buatan sendiri dan kuih badak frozen. Meriah sungguh dia raikan ayah dan ibu saudara dia ni sampai rasa sendat dah seluar yang kami pakai.
Dari Kajang, destinasi seterusnya ni untuk dinner walau en suami macam tak nak pergi sebab masih kekenyangan tapi suami Mak Teh beria nak dinner so kami ikut jer sebab selepas tu Mak Teh akan teruskan perjalanan balik.
Kalau ikut rancangan asal en suami juga nak bawa Mak Teh ke River of Life tapi adik ipar dia cakap tak balik lewat sebab nak hantar si Umairah (cucu saudara) ke Sungai Petani jadi plan tu untuk next visit depa. 
Tapi dinner kat Restoran Salai-Salai pun cancel bila adik ipar call en suami yang perut masih kenyang so kami just stop over kat tepi jalan untuk bersalam dan teruskan perjalanan balik. Memang rugi kalau singgah makan sebab masing-masing kekenyangan sangat dan boleh balik rehat sebab esokya Cik Meya kena kerja.
Gitulah weekend kami tapi rasanya saya nak ke Nilai 3 lagi kot sebab nak shopping pinggan mangkuk lagi tapi memang kena fikir nak cari ruangan penyimpanan dulu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/11/ambil-iktibar-kisah-siakap-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Bahan Simple Tapi Rasa Kayangan Sedap Sungguh

Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Bahan Simple Tapi Rasa Kayangan Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 445 hits
Menu ikan siakap selalu jadi pilihan kita setiap kali makan di luar Bukan tidak gemar masak sendiri tetapi ikan siakap seakan istimewa untuk sajian keluarga Sesekali apa kata kita cuba sendiri menu dari ikan popular ini Bosan dengan tiga ra...
Hiburan Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular Ds Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

Hiburan Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular Ds Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 302 hits
Belum tamat nampaknya cerita mengenai pelanggan pelanggan sebuah kedai makanan hasil laut di Langkawi yang khabarnya teraniaya gara gara harga juadah yang tidak masuk dek akal ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTular di media sosial kisah kisah...
Memang Berbaloi Rasa Sedap Bukan Cekik Darah Dsv Terjah Restoran Siakap Seribu Di Langkawi

Memang Berbaloi Rasa Sedap Bukan Cekik Darah Dsv Terjah Restoran Siakap Seribu Di Langkawi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 411 hits
Sejak minggu lalu tular mengenai kontroversi siakap harga kayangan di media sosial Isu tersebut turut mendapat perhatian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida yang menerjah restoran berkenaan di Pulau Langkawi Kebetulan berada di Langkawi Vida m...
Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 387 hits
Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni Bahan bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah Rasanya juga pasti sangat enak...
Ikan Siakap Panggang Dengan Pes Homemade Sedap Hingga Menjilat Jari

Ikan Siakap Panggang Dengan Pes Homemade Sedap Hingga Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 317 hits
Ada yang berhajat pergi berkelah hujung minggu nanti Menu ikan panggang memang lazat jika dihidangkan Tambah pula berkelah di tepi sungai Ikan panggang ni makan dengan nasi panas panas memang tak menoleh kiri dan kanan Ikan siakap panggangB...
Cara Masak Ikan Siakap Sos Thai Serius Sedap Campak Campak Je Jadi

Cara Masak Ikan Siakap Sos Thai Serius Sedap Campak Campak Je Jadi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 364 hits
Tumpang lalu Nah Ikan Siakap Sos Thai Sempoi sangat Bahan pun simple dan mudah je Hanya susah bila banyak cipta asalan Eh alasan Bahan dan cara masak ada pada caption setiap gambar ya Moga bermanfaat buat anak tekak kita Cara Penyediaan1 Ma...
Bagi Sebab Kenapa Ikan Siakap Awak Mahal Kalau Tak Kpdnhep Tuntut Penjelasan Dari Owner Restoran Viral Langkawi

Bagi Sebab Kenapa Ikan Siakap Awak Mahal Kalau Tak Kpdnhep Tuntut Penjelasan Dari Owner Restoran Viral Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 809 hits
Bagi sebab kenapa ikan siakap awak mahal kalau tak KPDNHEP tuntut penjelasan dari owner restoran viral LangkawiSusulan tular harga ikan Siakap mencecah empat angka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah memberi te...
Ramai Yang Viral Harga Ikan Siakap Langkawi Mahal

Ramai Yang Viral Harga Ikan Siakap Langkawi Mahal

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 623 hits
Sejak dua menjak ni nama Pulau Langkawi kembali jadi viral Kali ini bukan kerana destinasi menarik yang baru tetapi kecoh pasal isu harga makanan di restoran terapung di sana Di media sosial ramai yang viral tentang harga Ikan Siakap Langka...
Ikan Siakap 3 Rasa Langkawi Harga Mahal

Ikan Siakap 3 Rasa Langkawi Harga Mahal

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 491 hits
Tak taulah mana yg betul mangsa dan peniaga ada penjelasan masing2 Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1 196 seekor Dulu pernah tular ikan patin harga beratus ratus ringgit Tapi bila dah makan kena la bayar kan PETALING JAYA Secara kebia...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar