Desakan Pru15 Segera Sudah Tidak Bermakna


 
Sama ada wujud atau tidak ugutan dan kata dua kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat Biro Politik UMNO dua hari lalu, ia tidak mengubah hakikat bahawa parti itu memang mahu PRU15 disegerakan.
Untuk itu, tak perlulah sebenarnya pihak ibu pejabat UMNO atau pemimpin yang diketahui rapat dengan Zahid Hamidi beria-ia membuat penafian atau mahu menyaman portal berita yang menyiarkan spekulasi itu.
Kalau tak ada angin, mana mungkin pokok tiba-tiba bergoyang?
Lagi pun, dalam banyak medan perbualan dengan orang UMNO di pelbagai medium sejak semalam lagi, itulah perkara yang sedang hangat diperbualkan.
Jadi, takkan tiada sedikit kebenaran dalam laporan yang disiarkan itu?
Yang disiar dan terdedah mungkin tak sepenuhnya benar, tapi isu pentingnya ialah keinginan mahu kepada PRU15 segera tetap ada di kepala Presideen UMNO dan ia adalah fakta yang tidak boleh disembunyikan lagi.
Pokoknya, kenapa tak habis-habis mahu PRU segera?
Apakah PRU15 segera kerana mahu membela nasib Najib Razak atau demi kepentingan mereka yang sedang berdepan perbicaraan?
Dalam hal berkaitan, tidak bolehkah diberi kebebasan dan ruang secukupnya kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri menentu dan memilih waktu yang sesuai untuk menghadap Agong bagi pembubaran Parlimen?
Kenapa perlu beliau ditekan, diasak dan didesak sepanjang masa?
Sebenarnya, dalam keadaan Najib sudah ada di penjara sekarang ini, sudah tidak relevan lagi untuk Zahid Hamidi dan UMNO terus menuntut atau bercakap tentang PRU segera.
Ia sudah tidak sesuai lagi kerana lihat saja di dada pelbagai medium media sosial ketika ini, rata-rata warga maya sedang merai dan memanjat kesyukuran atas perginya Najib ke penjara, sesuai dengan fakta kesalahan yang telah dilakukannya.
Tidak ternampak ada simpati yang melimpah kepada Najib dan UMNO berikutan apa yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri itu.
Dengan demikian, jika PRU disegerakan, ditambah kalau Zahid Hamidi masih bertanding lagi, apa jaminan rakyat akan memberi sokongan kepada BN?
Di ketika ini, apa yang perlu Zahid Hamidi lakukan, khususnya setelah episod Najib telah menemui titik klimaksnya, ialah segera berhenti daripada terus bercakap atau mendesak Perdana Menteri agar membubarkan Parlimen.
Tak perlulah asyik panggil Ketua UMNO Bahagian, adakan perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya tanpa henti seolah-olah tiada kerja lain yang lebih mustahak yang boleh dilakukan.
Dalam keadaan rakyat tengah susah dan sedang berdepan pelbagai masalah, yang mereka mahukan bukanlah diajak ke pusat pengundian, tapi jaminan makanan atau pekerjaan.
Kalau benar UMNO merupakan sebuah parti perjuangan yang faham erti kesusahan, waktu inilah Zahid Hamidi harus berhenti bercakap soal pilihan raya atau kuasa, sebaliknya membawa parti sepenuhnya bersama-sama dengan kerajaan menumpu perhatian menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dalam kehidupan.
PRU segera atau dicepatkan, pada tanggapan ramai orang, tidak lain hanyalah untuk menyelamatkan tengkuk dan mengelak nasib Najib daripada menimpa diri sendiri.
Tak usahlah berpura-pura lagi, tengok perjalanan kes yang sedang berjalan saja dengan mudah semua orang dapat memahaminya. – ShahbudinHusin 26/08/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/desakan-pru15-segera-sudah-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 341 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Pru15 Segera Bukan Kerana Takut Hukuman Mahkamah Zahid Hamidi

Pru15 Segera Bukan Kerana Takut Hukuman Mahkamah Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 239 hits
Kalau kita menang saya berjanji lagi banyak yayasan yg akan kita tubuhkan
Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 212 hits
Pertemuan mengejut melibatkan Ketua Ketua UMNO Bahagian di WTCKL semalam yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan untuk terus memaksa PRU15 diadakan segera akhirnya tidak dihadiri oleh Ismail Sabri Yaakob Ini bermakna Perdana Men...
Tariklah Sokongan Jika Mahu Pru Segera Sindir Ketua Pemuda Pn

Tariklah Sokongan Jika Mahu Pru Segera Sindir Ketua Pemuda Pn

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 187 hits
agendaily com30 08 2022Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli ShaariMana mana pihak yang mahu Parlimen dibubar lebih awal daripada yang dikehendaki oleh Perdana Menteri boleh menarik sokongan terhadap...
Segera Jadi Orang Tua Intip Momen Tasyakuran 4 Bulan Kehamilan Canti Tachril

Segera Jadi Orang Tua Intip Momen Tasyakuran 4 Bulan Kehamilan Canti Tachril

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 280 hits
Kebahagiaan kini tengah dirasakan oleh pasangan selebritas Adipati Dolken dan Canti Tachril Pasalnya keduanya kini tengah menyambut kelahiran anak pertama mereka Belum lama ini Adipati dan Canti menggelar syukuran empat bulan kehamilan Cant...
Mgnews Yang Kita Makan Ini Bangkai Ngo Mahu Jakim Respon Segera Malaysia Gazette Tv 25 08 2022

Mgnews Yang Kita Makan Ini Bangkai Ngo Mahu Jakim Respon Segera Malaysia Gazette Tv 25 08 2022

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 329 hits
Sumber Malaysia Gazette TV MGNEWS YANG KITA MAKAN INI BANGKAI NGO MAHU JAKIM RESPON SEGERA
Teka Teki Bajet 2023 Dan Pru15

Teka Teki Bajet 2023 Dan Pru15

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 139 hits
Dulu ia dipanggil belanjawan Sejak beberapa tahun lalu namanya ditukar kepada bajet yang diambil daripada perkataan bahasa Inggeris budget Itu langkah kerajaan sebelum ini Istilah bajet digunakan juga oleh kerajaan sekarang pimpinan Ismail ...
Luhut Minta Pemda Segera Implementasikan Kkp Domestik

Luhut Minta Pemda Segera Implementasikan Kkp Domestik

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 133 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan mengatakan Kartu Kredit Pemerintah Domestik akan memfasilitasi pembelian barang dan jasa pemerintah baik pusat maupun daerah dengan skema pembayaran kartu kredit pe...
Kapolri Minta Berkas Kasus Brigadir J Disempurnakan Untuk Segera Disidangkan

Kapolri Minta Berkas Kasus Brigadir J Disempurnakan Untuk Segera Disidangkan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 133 hits
Dedi mengatakan pihaknya akan berupaya semaksimal mungkin untuk dapat melengkapi empat berkas perkara tersangka Ferdy Sambo Bharada Richard Eliezer alias Bharada E Bripka Ricky Rizal dan Kuat Ma ruf sesuai dengan arahan Kapolri
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights