Teka Teki Bajet 2023 Dan Pru15


 

Dulu, ia dipanggil “belanjawan”. Sejak beberapa tahun lalu, namanya ditukar kepada “bajet” yang diambil daripada perkataan bahasa Inggeris “budget”. Itu langkah kerajaan sebelum ini.
Istilah “bajet” digunakan juga oleh kerajaan sekarang pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang bertekad mahu memperkasakan bahasa kebangsaan dengan mengarahkan penggunaan bahasa Melayu wajib, walaupun di pentas antarabangsa.
Mungkin “bajet” lebih mudah disebut dan tidak membelit lidah berbanding “belanjawan”. Tak apalah. Hakikatnya, “Bajet” diguna pakai secara rasmi dan diterima ramai.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Apabila sesebuah kerajaan di negara ini menghampiri tamatnya tempoh pemerintahannya, maka ura-ura pilihan raya akan timbul, seperti sekarang. Ramai yang tertanya-tanya bila pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan.
Dan antara petunjuknya (ada pihak kata indikator terbaik) ialah bajet negara yang dibentangkan kerajaan. Ini berdasarkan pengalaman atau penghayatan masa lalu tentang amalan bertahun-tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu. (Amalan Pakatan Harapan kita tidak tahu kerana ia ditumbangkan sebelum sempat berdepan situasi pilihan raya di peringkat kerajaan persekutuan).
Berdasarkan pengalaman yang disebut tadi, kerajaan akan menawarkan pelbagai insentif, kemudahan serta rancangan yang “sedap” kepada telinga rakyat. Bukan menuduh janji kosong ditaburkan, namun hakikatnya bajet digunakan untuk menarik minat (baca sokongan) rakyat kepada kerajaan. Pembentangan bajet oleh menteri kewangan “of the day” dilihat kempen awal kerajaan sebelum pilihan raya.
Lantas bermacam “gula-gula” ditawarkan. Lalu, timbullah istilah (atau dakwaan) “bajet pilihan raya”.
Ramai percaya itulah yang akan ditawarkan kerajaan apabila Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz membentangkan Bajet 2023. Dan ramai percaya pembentnagan akan dibuat awal, yakni lebih awal daripada yang dijadualkan bagi membolehkan Ismail menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15 diadakan pada kadar segera seperti yang dituntut partinya, terutama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Akan tetapi, 7 Ogos lalu, Zafrul menolak kemungkinan pembentangan Bajet 2023 akan dipercepatkan daripada jadual asal, berikutan kemelut politik yang dihadapi negara kini.
“Itu khabar angin saja. Pada pengetahuan saya, masih sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen,” kata beliau kepada media. Ertinya, Bajet 2023 akan beliau bentangkan pada 28 Okt ini, seperti yang dijadualkan. Itu kata Zafrul.
“Pada pengetahuan saya” adalah kata-kata kunci. Lagi pun di Malaysia, “khabar angin” kerap juga menjadi “khabar betul”. Oleh itu, semua boleh berlaku. Yang dijadualkan boleh bertukar atau ditukar. Tidak ada yang mustahil dalam politik dan apa yang kita bicara ini berkait rapat dengan politik.
Akan tetapi, andainya (saya ulangi “andainya”) Bajet 2023 dibentang lebih cepat daripada jadual, maka semua pihak, apatah lagi parti pembangkang, akan sedar pilihan raya hampir menjelma, lalu bersiap siaga. Hilanglah “element of surprise” milik kerajaan yang sememangnya “senjata” pemerintah.
Berdasarkan itu, Bajet 2023 tidak akan menemui kita awal. Ia akan dibentang ikut jadual pada 28 Okt, bak kata Zafrul. Setuju?
Bagaimanapun, Lokman Noor Adam, orang kuat Najib Razak yang tetap aktif dalam Umno yakin (berdasarkan kata-kata Zafrul) bahawa Ismail akan mengadakan PRU15 “hanya” pada tahun depan.
Ini kerana, katanya, jika Bajet 2023 dibentang pada 28 Okt, ia akan mengambil masa panjang untuk dibahas dan sebagainya sebelum diluluskan. Dan dibawa pula ke Dewan Negara untuk bahas dan diluluskan. Ertinya, sudah masuk November dan beliau mengingatkan kita bahawa November biasanya musim banjir. Dan kita tidak tahu bila keadaan akan pulih.
Oleh itu, kata Lokman, perdana menteri selaku naib presiden Umno akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada 23 Nov ini sebelum PRU diadakan.
Lokman percaya Ismail “akan dibalun perwakilan Umno kerana mungkir janji yang dibuatnya kepada Umno dan BN dalam beberapa mesyuarat dan pertemuan”. Berani ke perwakilan “menyerang” seorang perdana menteri secara terbuka?
Presiden Umno pula mengulangi apa yang beliau selalu kata sebelum ini, iaitu (Umno) BN bakal berdepan laluan lebih sukar, jika PRU15 diadakan tahun depan, “susulan faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat”. Oleh itu, kata Zahid, “tahun ini paling sesuai kita adakan PRU15”.
Ramalan Zahid agak berbeda dengan jangkaan Zafrul yang menegaskan, termasuk ketika diwawancara CNN tempoh hari, Malaysia berada di landasan betul, yakni akan mencatat pertumbuhan ekonomi positif dan “we have inflation under control”.
Apa pun, jika ramalan Zahid tepat, sememangnya mengadakan PRU15 tahun depan akan menyukarkan Umno/BN. Betul, ia tidak bagus untuk Umno/BN, bagaimana pula buat rakyat?
Sekarang pun, rakyat sedang dihimpit kesusahan akibat inflasi menggunung, harga barangan mahal serta kos sara hidup melambung. Pilihan raya tahun ini atau tahun depan, rakyat susah terus susah. Mungkin lebih susah tahun depan. Apa pun, PRU15 diadakan 2022 atau 2023, sama saja buat rakyat.
Bukan seperti kesannya terhadap BN yang dibimbangi Zahid.
Namun, jika PRU15 diadakan tahun ini, mungkin rakyat akan memilih parti atau gabungan yang mereka yakin boleh dan mampu mengatasi masalah ekonomi buruk seperti dikatakan Zahid. Adakah keyakinan itu terhadap BN? Atau gabungan lain?
Berbalik kepada tuduhan yang dilemparkan Lokman ke atas Ismail. Benarkah perdana menteri berjanji bermacam-macam dalam mesyuarat Umno, termasuk Majlis Kerja Tertinggi dan Biro Politik yang beliau akan mengadakan PRU15 segera? Adakah janji yang sama dibuat dalam mesyuarat pimpinan tertinggi BN?
Tidak dapat dipastikan. Tetapi, Ismail memberi isyarat berbeza-beza kepada khalayak secara terbuka. Maksudnya, semasa berucap dalam majlis terbuka.
Baru-baru ini, Ismail dilaporkan berkata, beliau akan membubarkan Parlimen untuk PRU15 diadakan, jika kajian yang dibuat Wanita BN menunjukkan sokongan pengundi memihak kepada BN.
Bukan saya memperkecilkan kemampuan Wanita BN, cuma Ismail selaku perdana menteri mempunyai akses kepada bermacam sumber untuk mendapatkan maklumat sepenting itu.
Beliau ada “intelligence report” yang boleh diperolehi daripada polis cawangan khas yang begitu mahir dan cekap. Begitu juga “military intel”. Ada juga pelbagai kumpulan pemikir, penasihat dan pasukan “risik” Umno serta BN. Macam-macam sumber ada.
“Bukan saya tak percaya orang lain, tapi laporan ‘survey’ (kaji selidik) sayap Wanita biasanya tepat. Jika saya dapat laporan mengenai sikap pengundi daripada Wanita BN bahawa BN akan menang PRU15, saya akan bubar Parlimen”, kata Ismail menurut laporan media.
Saya tidak tahu sama ada perlu atau tidak untuk memberitahu, (tetapi saya beritahu juga) beliau berkata demikian pada Konvensyen Wanita BN di Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu. Adakah beliau “was playing to the gallery”?
Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berjenaka, bergurau atau sememangnya serius apabila berkata demikian.
Tentunya “personal rating” Ismail dalam kalangan wanita meningkat. Tetapi, mungkin kumpulan yang tugasnya memberi informasi penting kepada perdana menteri tersinggung dan kecil hati.
Sementara itu, bila PRU15 akan diadakan terus ditanya-tanya. Teka-teki tetap teka-teki. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/teka-teki-bajet-2023-dan-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2023 Fokus Inisiatif Hadapi Cabaran Ekonomi Suram Kata Pm

Bajet 2023 Fokus Inisiatif Hadapi Cabaran Ekonomi Suram Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 251 hits
Bajet 2023 fokus inisiatif hadapi cabaran ekonomi suram kata PM Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Aug 2022 12
Pru 15 Dijangka Selepas Pembentangan Bajet 2023

Pru 15 Dijangka Selepas Pembentangan Bajet 2023

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 160 hits
Perdana Menteri dijangka hanya akan memohon pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 selepas pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 28 Oktober depan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan J...
Pas Yakin Potensi Tawan Pahang Pada Pru15

Pas Yakin Potensi Tawan Pahang Pada Pru15

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 167 hits
ismaweb netSetidaknya jadi pemegang syer paling besar bentuk kerajaan negeriBANGI 18 Muharam 1444H Selasa Ketua Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari yakin bahawa parti itu berpotensi menawan negeri Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Denga...
Pru15 Selepas Kes Najib Dan Zahid Selesai

Pru15 Selepas Kes Najib Dan Zahid Selesai

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 253 hits
Hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab persoalan tentang bila PRU15 akan diadakan Ia akan diadakan selepas kes Najib Razak dan Zahid Hamidi selesai
Tok Mat Bakal Jadi Pm Selepas Pru15

Tok Mat Bakal Jadi Pm Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 144 hits
Pilihan raya umum ke 15 menjadi peluang terakhir bagi Barisan Nasional kembali membentuk kerajaan persekutuan kata timbalan pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohamad Hasan Begitulah sebuah portal berita tempatan melaporkan Dalam perkembanga...
Menjelang Pru15 Wujudkan 27 Kerusi Mn Cadangan Baik Umno

Menjelang Pru15 Wujudkan 27 Kerusi Mn Cadangan Baik Umno

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 134 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik cadangan mewujudkan 27 kerusi Muafakat Nasional UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Mohamad berkata langkah berkenaan membuka peluang lebih cerah untuk kemenangan SU
Pemimpin Pas Jangka Ph Berpotensi Besar Menang Pru15

Pemimpin Pas Jangka Ph Berpotensi Besar Menang Pru15

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 169 hits
Malaysiakini Seorang pemimpin PAS hari ini mendakwa Pakatan Harapan berpotensi besar untuk memenangi pilihan raya umum akan datang Justeru kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marsuki parti itu perlu segera mencari jalan mewujudkan k...
Ph Diakui Kuat Dan Paling Mungkin Membentuk Kerajaan Selepas Pru15

Ph Diakui Kuat Dan Paling Mungkin Membentuk Kerajaan Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 147 hits
GTA SUDAH PASTI TOLAK BERGABUNG DENGAN UMNO Lebih baik kalah dalam perjuangan yang bermaruah SEKARANG INI RAKYAT SUDAH SEDAR UMNO LEBIH PEMBOHONG BESAR DARI PH DAN BANYAK SKANDAL JIKA TERUS DIBONGKAR PADA SETIAP PROJEK MEGA 1MDB DAN SCL BAR...
Ph Pn Mahu Senyapkan Najib Sebelum Pru15

Ph Pn Mahu Senyapkan Najib Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 284 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPakatan Harapan dan Perikatan Nasional tidak boleh move on selagi ada Najib Segala peluru dari PN dan PH serta Tun Mahathir serta Rafizi sentiasa dibalas oleh Najib PH PN dan Tun Mahathir mahu Najib disenyapkan sebelum ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii