Derma Politik Boleh Diguna Sebagai Pembelaan Peguam Beritahu Mahkamah Kes Bicara Zahid


 
Hisyam Teh Poh Teik berkata tiga saksi yang memberi keterangan bahawa wang diberikan kepada Ahmad Zahid Hamidi merupakan derma kepada Umno.SHAH ALAM: Mahkamah kini sudah mengiktiraf derma politik sebagai pembelaan yang boleh digunakan tertuduh yang berdepan dakwaan menerima “barang berharga”, kata peguam.
Hisyam Teh Poh Teik, berkata Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 tahun lalu, dalam membebaskan bekas menteri, Tengku Adnan Mansor, yang menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong.
Hisyam berkata, menurut penghakiman majoriti, wang berkenaan bertujuan disalur kepada Umno untuk mendanai dua pilihan raya kecil, pada 2016.
“Derma politik sudah menjadi pembelaan sah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” katanya yang juga ketua pasukan pembelaan kepada Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan tuduhan rasuah.
Hisyam berkata, dalam kes Zahid, tiga saksi pendakwaan – pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd David Tan dan pengarah, Harry Lee dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani – sudah memberi keterangan menyatakan ia merupakan derma kepada Umno.
“Dalam pernyataan saksi, mereka berkata wang berkenaan untuk Umno dan buka untuk Zahid,” katanya sambil menambah keterangan ketiga-tiga mereka memusnahkan kes pendakwaan.
Peguam itu berkata, Zahid merupakan seorang berkedudukan tinggi dalam Umno dan pernah menjadi naib presiden parti iti dan juga pernah memangku jawatan timbalan presiden ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri, antara 2013 dan 2018.
Hisyam menegaskan bahawa Zahid menjalani “pendakwaan terpilih” selain mendakwa peguam negara yang juga pendakwa raya tidak bertindak adil.
“Kami hanya mengetahui berhubung pendakwaan terpilih selepas mendengar keterangan ketiga-tiga saksi,” katanya.
Pihak pembelaan mempersoal mengapa ahli politik lain tidak dikenakan tuduhan “menerima wang daripada UKSB”.
Peguam Ahmad Zaidi Zainal, yang turut mewakili Zahid, berhujah bahawa pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan sumber dana anak guamnya yang dikatakan diterimanya.
“Tuduhan menyatakan wang daripada UKSB, namun keterangan di mahkamah mendedahkan ia datang dari Hong Kong dan daripada dividen syarikat luar pesisir, di Labuan,” katanya.
Zaidi berkata, wang terbabit dihantar kepada pengurup wang di Kuala Lumpur, seterusnya menghantar dana itu kepada Tan dan Lee.
“Pengurup wang itu sedia (untuk dipanggil), namun pihak pendakwaan tidak memanggilnya untuk memberi keterangan. Sebaliknya, mereka ditawarkan kepada kami (sekiranya pihak pembelaan mahu memanggilnya),” katanya sambil menambah jaringan keterangan untuk menjejak wang itu tidak lengkap.
Zaidi juga berkata, Kementerian Dalam Negeri melanjutkan dua kontrak kepada UKSB adalah perkara biasa.
Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SD13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB ketika menjadi menteri dalam negeri untuk melanjutkan kontrak firma itu sebagai pengendali pusat sehenti (OSC) di China dan visa luar negara (VLN), serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.
Tuduhan menerima wang itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala tuduhan alternativ mengikut Kanun Keseksaan.
Beliau juga berdepan 7 tuduhan mengikut Kanun Keseksaan kerana menerima untuk dirinya SD1.15 juta, RM3 juta, Swiss Francs 15,000 dan USD15,000 daripada syarikat sama berkait tugas rasminya.
Kesemua kesalahan itu didakwa berlaku di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dab Mac 2018.
Pendengaran bersambung di hadapan Hakim Yazid Mustafa esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/derma-politik-boleh-diguna-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 220 hits
Selepas 17 hari Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan dalam perbicaraan kes melibatkan dirinya Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Selepas 17 hari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan d...
Bicara Kes Mahkamah Tak Sihat Mesyuarat Semalam Sihat Ja Memang Penipu

Bicara Kes Mahkamah Tak Sihat Mesyuarat Semalam Sihat Ja Memang Penipu

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 188 hits
Bukan ke mamat ni yg mintak tangguh bicara kat mahkamah semlm sbb ada surat sakit segar bugar nampak hari ni hahaW FAUDZIN
Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 231 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berjanji dengan mana mana pihak untuk menyegerakan kes mahkamah melibatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak kata pegawai khas perdana menteri Kamarul Zam...
Hina Mahkamah Sprm Agong Amanah Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Zahid Esok

Hina Mahkamah Sprm Agong Amanah Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Zahid Esok

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 231 hits
satuberita myBy August 28 2022PARTI Amanah Negara akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok Menurut Biro Mobilisasi Amanah laporan itu akan dibuat kerana bekas Timbalan Perdana...
Zahid Buat Kesalahan Sebagai Penjawat Awam Terima Wang Uksb Kata Pendakwa

Zahid Buat Kesalahan Sebagai Penjawat Awam Terima Wang Uksb Kata Pendakwa

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 246 hits
freemalaysiatoday com September 6 2022 1 30 PMTuduhan tuduhan utama terhadap Ahmad Zahid Hamidi dirangka bawah Akta SPRM manakala tuduhan alternatif bawah Kanun Keseksaan SHAH ALAM Pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap...
Paling Tak Boleh Dilupakan Apabila Pasukan Siasatan Kes Src Difitnah Diugut Dan Ditawarkan Habuan

Paling Tak Boleh Dilupakan Apabila Pasukan Siasatan Kes Src Difitnah Diugut Dan Ditawarkan Habuan

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 219 hits
bharian com myOleh Ogos 24 2022Istana Kehakiman di Putrajaya NSTP Aizuddin SaadKUALA LUMPUR Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam s...
Mohon Semakan Kehakiman Mahkamah Persekutuan Atas Sabitan Najib Peguam Diberitahu

Mohon Semakan Kehakiman Mahkamah Persekutuan Atas Sabitan Najib Peguam Diberitahu

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 252 hits
freemalaysiatoday com September 6 2022 2 50 PMZaid Ibrahim berkata bekas peguam negara Tommy Thomas baru baru ini mendedahkan isu dwistandard dalam kes Najib Razak PETALING JAYA Peguam bekas perdana menteri Najib Razak digesa memfailkan per...
Rosmah Gagal Batal Prosiding Bicara Kes Rasuah Keputusan Kekal Khamis Ini

Rosmah Gagal Batal Prosiding Bicara Kes Rasuah Keputusan Kekal Khamis Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Cubaan Datin Seri Rosmah Mansor membatalkan prosiding perbicaraan rasuahnya di saat akhir sebelum Mahkamah Tinggi memberikan keputusan berhubung projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion pada Khamis ini gagal Ia susulan keputu...
Mahkamah Putuskan Rosmah Bersalah Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

Mahkamah Putuskan Rosmah Bersalah Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 231 hits
Keputusan hari ini disampaikan selepas baru sahaja lebih kurang seminggu lalu suaminya Najib Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes penyelewengan dana SRC International Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Rosmah Mansor bersal...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man