Zahid Buat Kesalahan Sebagai Penjawat Awam Terima Wang Uksb Kata Pendakwa


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-September 6, 2022 1:30 PM
Tuduhan-tuduhan utama terhadap Ahmad Zahid Hamidi dirangka bawah Akta SPRM, manakala tuduhan alternatif bawah Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas kesalahan memperoleh “barang berharga” tanpa pertimbangan dalam kapasitinya sebagai penjawat awam, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata, Zahid yang ketika itu seorang menteri, memperoleh wang tunai daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), kontraktor yang dilantik kementeriannya.

Beliau berkata, saksi pendakwaan Sheeba Kunmiho memberi keterangan bahawa Zahid dilantik sebagai menteri dalam negeri pada Mei 2013 dan pelantikan itu kemudiannya diwartakan.

“Ini bermakna dia seorang penjawat awam seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 21(i) Kanun Keseksaan.

“Dia diamanahkan untuk menjalankan tugas awam dan dibayar untuk itu,” katanya dalam hujahan.

Raja Rozela, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata Zahid juga tahu bahawa UKSB sudah mempunyai urusan perniagaan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum pelantikannya.

“Kami telah menunjukkan perkara ini melalui keterangan dokumentar dan keterangan lisan oleh saksi,” katanya.

Beliau berkata, pengarah UKSB ketika itu, Harry Lee dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berjumpa dengan Zahid antara 2013 dan 2018.

“Ini membentuk hubungan perniagaan kerana mereka bertemu Zahid di kediaman rasminya untuk melanjutkan kontrak (UKSB) dengan kementerian,” katanya sambil menambah, Zahid juga memberikan layanan keutamaan yang tidak berasas kepada syarikat itu.

Raja Rozela berkata, sebagai pertukaran, Zahid memperoleh sesuatu yang berharga dalam bentuk wang tunai, fakta yang tidak dipertikaikannya.

Beliau berkata, walaupun Zahid tidak meminta bayaran dalam jumlah tertentu, Lee dan Wan Quoris memutuskan untuk membayarnya SGD200,000, SGD300,000 dan SGD520,0000 setiap bulan.

Menjawab pertikaian bahawa kes pendakwaan gagal kerana bayaran tunai tidak datang daripada UKSB tetapi daripada sumber lain, beliau berkata: “Sumber wang bukan pertimbangan material kerana ia bukan elemen yang perlu dibuktikan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.”

Raja Rozela membuat kesimpulan bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai bagi setiap unsur penting kesalahan itu, dan Zahid sepatutnya dipanggil membela diri.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi tujuan menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali pusat sehenti di China dan sistem visa asing (VLN). serta mengekalkan kontrak pembekalan sistem bersepadu VLN.

Tuduhan-tuduhan utama dirangka bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tuduhan alternatif bawah Kanun Keseksaan.

Zahid juga berdepan tujuh lagi tuduhan bawah Kanun Keseksaan, iaitu memperoleh SGD1.15 juta, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan USD15,000 daripada syarikat yang sama berhubung tugas rasminya.

Kesemua kesalahan itu dikatakan dilakukan di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya, dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Yazid Mustafa diteruskan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/zahid-buat-kesalahan-sebagai-penjawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Bocor Dokumen Penghakiman Boleh Dikenakan Tindakan Kata Menteri

Penjawat Awam Bocor Dokumen Penghakiman Boleh Dikenakan Tindakan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 109 hits
Penjawat awam bocor dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan kata menteri Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Rm750 Pesara Rm350

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Rm750 Pesara Rm350

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 263 hits
satuberita myBy August 30 2022DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah Menurut Perdana Menteri bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen ...
Pas Tetap Anggap Umno Sebagai Rakan Ta Awun Kata Takiyuddin

Pas Tetap Anggap Umno Sebagai Rakan Ta Awun Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 88 hits
PAS tetap anggap Umno sebagai rakan ta awun kata Takiyuddin Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Sep 2022 10
Jangan Serkap Jarang Penjawat Awam Pun Bayar Cukai Bukan Penjawat Swasta Sahaja

Jangan Serkap Jarang Penjawat Awam Pun Bayar Cukai Bukan Penjawat Swasta Sahaja

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 112 hits
Ramai yang bersikap serkap jarang apabila mendakwa pembayaran gaji penjawat awam dibayar oleh cukai sektor pekerjaan lain Mungkin ramai tak tahu sebenarnya penjawat awam juga membayar cukai seperti penjawat lain Perkara tersebut diberitahu ...
Rompak Lebih Setengah Juta Ringgit Duit Bapa Saudara Lepas Agih Wang Rakan Siap Guna Sebagai Hantaran Kahwin

Rompak Lebih Setengah Juta Ringgit Duit Bapa Saudara Lepas Agih Wang Rakan Siap Guna Sebagai Hantaran Kahwin

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 125 hits
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dilaporkan telah memecah masuk sebuah banglo di Petaling Jaya baru baru ini dan membawa lari duit simpanan bapa saudara berjumlah RM630 000 Remaja berkenaan bersama empat rakannya yang melakukan jenaya...
Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 1045 hits
Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan sama bagi semua kakitangan awam Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelomp...
Saya Orang Islam Pasti Akan Tolak Jika Wang Sumber Haram Ahmad Zahid

Saya Orang Islam Pasti Akan Tolak Jika Wang Sumber Haram Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 125 hits
bharian com myOleh Ogos 29 2022 5 34pmPresiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk perbicaraan kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Foto NSTP...
Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

Ismail Tak Pernah Janji Segerakan Kes Mahkamah Zahid Najib Kata Pegawai Khas

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 130 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berjanji dengan mana mana pihak untuk menyegerakan kes mahkamah melibatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak kata pegawai khas perdana menteri Kamarul Zam...
Penjelasan Dan Senarai Syarikat Brand Pro Israel

Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza 2023 Pemenang

Kenapa Tuntutan E Madani Rm100 Tunai Anda Ditolak

Separuh Akhir Muzik Muzik 38

Kena Popular Ahli Running Man Bincang Pengganti Jeon Somin

Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2024

Mengenal Lebih Jauh Tentang Pengeluaran Sgp

Kesihatan Kekuatan Lelaki Sejati Kena Ambil Port Guys



Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Meninjau Bandar Hantu Malaysia Projek Forest City

Keputusan Markah Konsert Akhir Final All Stars Gegar Vaganza 2023 GV 10 Juara Pemenang Finalis

5 Perkataan Biasa Yang Sebenarnya Mewakili Jenama Produk

Kenapa Lelaki Ramai Jadi Botak Berbanding Wanita


Tutorial Masukkan Tandatangan Dalam Aplikasi Adobe Pdf

Anwar Dijangka Lantik Menteri Kewangan Ii Lima Kementerian Dirombak

Warga Emas Kerat Telinga Jiran Suka Buat Bising

A Rare Show Of Support By Two Malays On A Non Malay S Attack On The Malay First Policies

Saya Akan Buru Semua Orang Yang Korup Sultan Ibrahim

Bye Bye 2023