Paling Tak Boleh Dilupakan Apabila Pasukan Siasatan Kes Src Difitnah Diugut Dan Ditawarkan Habuan


bharian.com.my
Oleh Suzalina Halid 
[email protected]
- Ogos 24, 2022
Istana Kehakiman di Putrajaya. - NSTP/Aizuddin Saad
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam sistem perundangan negara.

Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohammad Zin, berkata ia menutup terus ruang yang boleh dimanipulasi sesetengah pihak bahawa bekas Perdana Menteri itu akan 'diselamatkan' oleh kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).
Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohammad Zin
"Kerajaan kita diketuai pemimpin daripada BN yang berjaya menutup terus tanggapan kononnya ada campur tangan kerajaan dalam kes itu, sekali gus melambangkan sistem kehakiman kita benar-benar bebas walaupun membabitkan kes berprofil tinggi dan sensitif seperti ini.

"Saya menyambut baik ketegasan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam mengekalkan sabitan terhadap kes SRC," katanya kepada BH, di sini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, Ahli Parlimen Pekan itu dibawa ke Penjara Kajang, petang semalam, bagi menjalani hukuman terbabit.

Bahri memainkan peranan utama sebelum ini dalam siasatan kes SRC pada 2015 sebelum ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau yang memegang jawatan Pengarah BOK Khas sejak 16 Jun 2014 bersara awal berkuat kuasa 30 Disember 2016 berikutan keengganan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengeluarkan izin mendakwa ke atas sasaran kes berkenaan.

Bagaimanapun, Bahri kembali kepada SPRM pada Mei 2018 bagi membantu menyambung semula penyiasatan kertas siasatan kes SRC.

Pada masa sama, mengimbau kembali pengalaman siasatan kes SRC itu, Bahri berkata, paling tidak boleh dilupakannya apabila pasukannya difitnah, diugut dan ditawarkan habuan bagi menghentikan tugasan mereka.

"Paling tidak boleh saya lupakan ialah apabila Timbalan Pendakwa Raya SPRM dan beberapa pegawai BOK ditahan sebelum difitnah.

"Saya pernah berasa 'keseorangan' ketika anak buah saya dianiaya dan saya sendiri ditukarkan ke JPM ketika itu," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/paling-tak-boleh-dilupakan-apabila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Najib Sumpah Mubahalah

Kes Src Najib Sumpah Mubahalah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 161 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru malam tadi menjelang prosiding rayuan akhir kes dihadapinya di Mahkamah Rayuan Najib bersumpah dirinya tidak pernah mengetahui secara khusus atau...
Majoriti Ketua Bahagian Umno Tolak Usul Desak Pm Campur Tangan Kes Src Sumber

Majoriti Ketua Bahagian Umno Tolak Usul Desak Pm Campur Tangan Kes Src Sumber

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 234 hits
Ada dalam kalangan ketua bahagian yang dikatakan terpaksa datang selepas diugut tidak akan diberi watikah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Gambar failKUALA LUMPUR Mesyuarat tergempar melibatkan ketua ketua bahagian UMNO yang b...
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 180 hits
agendaily com12 08 2022Datuk Mohd Nizar bersama bapanya Datuk Seri Najib Razak Nizar kini adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Gambar BernamaAnak sulung Datuk Seri Najib Razak dengan bekas isteri pertamanya Datuk Mohd Nizar dikatakan lay...
Rayuan Kes Src Firma Guaman Nafi Tarik Diri Wakili Najib

Rayuan Kes Src Firma Guaman Nafi Tarik Diri Wakili Najib

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 199 hits
Zaid turut menafikan persetujuan firma guaman itu untuk mewakili Ahli Parlimen Pekan berkenaan dalam rayuan kes SRC tidak bermotifkan wang Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun...
Shafiee Abdullah Kembali Untuk Rayuan Kes Penyelewengan Rm42 Juta Dana Src Najib

Shafiee Abdullah Kembali Untuk Rayuan Kes Penyelewengan Rm42 Juta Dana Src Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 131 hits
PUTRAJAYA Peguam Tan Sri Datuk Seri Shafee Abdullah akan menyertai semula pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan kes SRC International Shafee akan membantu peguam utama Hisyam Teh Poh Teik Selepas prosiding disambung semul...
Najib Kata Mahkamah Tak Bagi Penangguhan Ini Kronologi Kes Src Najib Selama 4 Tahun

Najib Kata Mahkamah Tak Bagi Penangguhan Ini Kronologi Kes Src Najib Selama 4 Tahun

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 151 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd Panel lima hakim Mahkamah Per...
Kes Src Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini

Kes Src Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 106 hits
PUTRAJAYA 23 Ogos Mahkamah Persekutuan hari ini dijadual mendengar hujahan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC Inter...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats