Derita Berjirankan Kandang Babi



TASEK GELUGOR: Hampir 400 pesawah di dua perkampungan di sini, mendakwa terjejas ekoran pencemaran sisa babi dari kandang ternakan haiwan itu di Kampung Selamat dekat sini, yang disalurkan ke sungai berhampiran.

Kegiatan yang berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu itu didakwa menyebabkan hasil tanaman padi di Kampung Air Melintas Kecil dan Kampung Air Melintas Besar di sini, gagal dimaksimumkan.

Situasi berkenaan antara lain membantutkan pertumbuhan tanaman padi dan kebanyakannya menghasilkan padi hampa, selain pesawah berdepan kesukaran memilih baja bersesuaian.

Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, Ahmad Sulaiman, 69, berkata pesawah juga berdepan masalah kulit, khususnya ketika musim tanam padi bermula, selain khuatir dengan tahap kesucian air di saliran terbabit.

Katanya, pelbagai laporan mengenai perkara itu dikemukakan kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan diambil kerana kandang ternakan babi yang terletak hampir dua kilometer dari rumah penduduk itu beroperasi secara sah.

“Sepatutnya, sebanyak 10 tan padi boleh dihasilkan bagi sawah seluas satu hektar, setiap musim. Bagaimanapun, hasil kami di sini hanya mampu mencecah kadar maksimum enam tan semusim.

“Ia sudah membantutkan kadar pengeluaran padi berkeluasan 450 hektar di PPK Pokok Sena ini, selain berpotensi menjejaskan keselamatan makanan negara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Ahmad berkata, pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri sebelum ini sering mengambil sampel air di sungai terbabit, yang alirannya turut masuk ke Sungai Kreh di sini, hingga ke Kampung Air Hitam di Sungai Dua, Butterworth.

“Bagaimanapun, tiada apa-apa tindakan susulan dibuat dan kegiatan pengendali ladang ternakan babi terbabit terus menyalurkan sisa ke dalam sungai. Ia juga mengakibatkan sekurang-kurangnya 200 rumah berhampiran berdepan pencemaran bau busuk.

“Kita juga mengalami masalah lalat yang terlalu banyak, selain dikhuatiri dijangkiti penyakit bawaan serangga terbabit. Justeru, kita berharap pihak berwajib dapat mengatasi masalah ini dengan segera,” katanya.

Sementara itu, penduduk setempat, Yusof Othman, 65, berkata pencemaran terbabit turut mengubah struktur biologi sungai berkenaan.

“Dulu, penduduk di sini, boleh tangkap pelbagai jenis ikan air tawar dan udang galah... kadang-kadang guna tangan saja sebab airnya terlalu jernih, tetapi kini ia sangat hitam dan tiada lagi ikan yang hidup di sungai ini.

“Malah, kebanyakan penduduk di sekitar Kampung Selamat juga mendakwa tidak selesa dengan pencemaran dihasilkan kandang babi terbabit. Kita harap supaya masalah ini diatasi segera,” katanya.

Kredit Berita Harian Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/derita-berjirankan-kandang-babi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berjalan Di Kandang Babi Tanpa Sepatu Telapak Kaki Gadis Ini Terkena Infeksi Mengerikan

Berjalan Di Kandang Babi Tanpa Sepatu Telapak Kaki Gadis Ini Terkena Infeksi Mengerikan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 479 hits
Anda tahu pentingnya memakai alas kaki Bukan hanya sekedar fashion belaka Namun memakai sepatu atau sendal artinya menjaga keamanan dan kebersihan kaki kita Contoh dari aspal tanah yang panas atau dari infeksi kuman di lantai kantor atau ru...
Kutu Babi Yang Membawa Maut

Kutu Babi Yang Membawa Maut

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 1987 hits
Bismillahirahmanirahim Teringat tak anda dengan dialog Allahyarham Tan Sri P ramlee Tengok apa tue cik Ramlee Pappp ditepuknya dahi orang tua yang menegurnya sambil berkata Kutu babi Allah batal air wudhuk saya dialog ini menjadi kenangan d...
Akan Percaya Hanya Apabila Najib Dalam Kandang Terduduh

Akan Percaya Hanya Apabila Najib Dalam Kandang Terduduh

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 388 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Di luar tunjuk berani di...
Lelaki Tua Dibelasah Kerana Jual Daging Lembu Sebelum Dipaksa Makan Daging Babi

Lelaki Tua Dibelasah Kerana Jual Daging Lembu Sebelum Dipaksa Makan Daging Babi

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 580 hits
The ReporterSeorang lelaki tua beragama Islam Shaukat Ali dibelasah dan dipaksa makan daging babi selain restoran yang diusahakannya turut dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki di daerah Biswanath Chariali Assam India Ahad lalu Video kejadian ...
Pria Ini Alami Infeksi Parah Setelah Makan Olahan Darah Babi Kedua Kakinya Kini Diamputasi

Pria Ini Alami Infeksi Parah Setelah Makan Olahan Darah Babi Kedua Kakinya Kini Diamputasi

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 551 hits
Waspada bagi yang gemar memakan olahan darah babi Produk olahan daging maupun darah babi kemungkinan mengandung patogen yang berbahaya jika tidak dimasak dengan benar Hal miris terjadi pada seorang pria asal Thailand bernama Pao Nopparat Mi...
Sering Makan Daging Babi Otak Wanita Ini Digerogoti Larva Parasit Hingga Meninggal

Sering Makan Daging Babi Otak Wanita Ini Digerogoti Larva Parasit Hingga Meninggal

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 300 hits
Daging babi merupakan salah satu hewan ternak yang dagingnya cukup banyak dikonsumsi Meski bagi umat muslim daging ini haram Selain itu babi merupakan binatang omnivora yang memakan segalanya dan memiliki pola hidup kotor Tak heran jika di ...
Babi 1 25

Babi 1 25

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 448 hits
Kalau asal duit untuk buat roti tak halal serupa tak Halaalan Toyyiba atau DNA Babi Tapi setakat 1 25 memang vavi betul EPF boleh dapat 6 Bank Islam pun lebih Memandai nak susun semula SPV Market down biasa Ko pegi manipulasi akaun dan kelu...
Apa Kerajaan Penang Buat 40 Tahun Hadap Najis Babi

Apa Kerajaan Penang Buat 40 Tahun Hadap Najis Babi

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 330 hits
Empat puluh tahun kami dok hadap benda ni Itu rintihan penduduk Kampung Air Melintas Kecil di sini yang terjejas akibat pembuangan sisa kumbahan khinzir ke saliran sungai dari ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat berdekatan kampung it...
Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 473 hits
Najib Razak disambut penyokongnya yang melaunngkan BoosKu ketika hadir perbicaraan hari pertama Foto BBC News KUALA LUMPUR Seorang penyokong bekas perdana menteri Najib Razak membuat kecoh di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah di ...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan

House D J By Pablo Lanza Arquitetura Modern Living In Itu Brazil