Akan Percaya Hanya Apabila Najib Dalam Kandang Terduduh



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
 Di luar tunjuk berani di mahkamah takut
BERANI kerana benar takut kerana salah.
Di hadapan orang ramai, bekas Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, tunjuk berani.
Ini adalah kerana dia tahu dia boleh berbohong dan ada sebahagian orang ramai akan percaya.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Jadi dia pun tunjuk berani. Dia mahu perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan bermula esok (3 April) disiarkan secara langsung (live).
Tetapi di hadapan mahkamah dia takut oleh sebab dia tahu bukti terhadapnya kuat.
Jadi dia buat macam-macam muslihat untuk lengah dan gagalkan perbicaraan.
Apabila kita semua dibagi gambaran dan jaminan bahawa perbicaraan akan dimulakan esok, tiba-tiba Najib buat satu lagi percubaan menghalangnya.
Peguam dia yang bernama Harvinderjit Singh semalam kemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar pertimbangkan semula keputusannya memulakan perbicaraan esok.
Saya amat berharap mahkamah tertinggi negara itu akan tolak rayuan ini sebagai remeh (frivolous).
Inilah muslihat Najib dan para peguamnya mencari talian hayat bagi memanjangkan umurnya sebagai orang bebas.
Mereka tahu jika perbicaraan tidak dihalang dan Najib masuk kandang tertuduh, maka harapan membuktikan yang dia tidak bersalah adalah tipis.
Peguam ni mereka tahu dari awal lagi sama ada anak guaman mereka bersalah atau tidak.
Mereka “bicarakan” dulu anak guaman mereka sebelum dibicarakan oleh mahkamah.
Kalau mereka percaya akan guaman mereka tidak bersalah, mereka akan pertahankannya atas dasar dia tidak bersalah.
Tetapi kalau pada pendapat mereka dia bersalah, mereka akan pertahankannya atas dasar dia bersalah.
Dalam sistem kehakiman kita, tugas pendakwa raya membuktikan sabitan kes adalah lebih berat daripada pembela menafikan pembabitan tertuduh.
Pendakwa raya wajib membuktikan di luar sebarang keraguan bahawa tertuduh melakukan jenayah yang dituduh.
Pihak pembela hanya perlu menimbulkan keraguan berpatutan terhadap bukti dan hujah pendakwa.
Itu pun rasanya Najib tidak yakin sebab dia sendiri tahu apa yang dia lakukan itu adalah salah dan tidak patut dilakukan apatah lagi oleh seorang Perdana Menteri.
Duit Pesara Kerajaan
Nombor satu, duit sebanyak RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib itu bukan duitnya atau duit suku-sakatnya.
Bukan duit Yayasan Noah (datuknya sebelah ibu) atau sumber-sumber lain yang sah dari segi undang-undang.
Ia adalah duit SRC International Sdn Bhd. Masa itu, SRC adalah anak syarikat milik penuh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
SRC ini pula pinjam RM4.4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP kononnya untuk buka lombong arang batu di Mongolia (negeri mendiang Altantuya Shaariibuu).
KWAP ini adalah pemegang amanah duit pencen kakitangan awam. Duit orang pencen dan yang akan pencen.
Kita hendak tahu macam mana dan untuk tujuan apa duit dari tabung pencen kakitangan awam boleh masuk ke dalam akaun peribadi Najib.
Kurang Yakin
Maaf cakaplah kalau saya kata, saya tidak berapa percaya lagi dengan perbicaraan Najib ini.
Saya akan percaya hanya apabila Najib didudukkan di dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok dan mula dibicarakan.
Itu pun belum ada jaminan bahawa Najib dan pasukan pembelaannya tidak akan buat tipu-helah macam digigit anjing, sakit perut dan kesuntukan masa.
Silap-silap Najib minta tangguh sebab dia kena hadir Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang.
Tak tahulah kalau dia diperlukan minta cuti atau Dewan Rakyat sendiri bagi kelepasan untuk hadir perbicaraan.
Dia akan buat semua ini untuk mengabui mata rakyat jelata yang tidak arif mengenai undang-undang. Bagi Najib segala-galanya adalah mengenai perbatuan politik (political mileage).
Inilah malapetaka yang telah menimpa orang Melayu yang pastinya beragam Islam sehingga sanggup terus menerima dan menyanjung orang seperti Najib sebagai “Bossku”.
Akibat perbuatan orang seperti inilah maka Melayu dan Islam terancam bukan kerana Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional.
Sebaliknya kerana kemenangan PH lah segala jenayah dan kejahatan kerajaan dahulu dapat dibongkar, diambil tindakan dan negara diselamatkan.
Melayu dan Islam terancam kerana perbuatan “Bossku” dan merrka yang seangkatan dengannya.
Mereka inilah yang menggunakan slogan bangsa dan agama untuk memukau dan membodohkan orang Melayu.
Dalam mereka merompak dan mencuri puluhan bilion duit negara dan merosakkan institusi kerajaan, rakyat jelata diberikan dedak kerana wang tunai adalah raja.
Bagi saya dan saya yakin begitu juga dengan majoriti rakyat jelata, jenayah rompakan duit negara ini akan selesai hanyalah apabila keadilan dilakukan dan yang bersalah disumbatkan ke dalam penjara.
Itu pun kita tetap memerlukan masa dan keringat untuk memperbetulkan segala kerosakan yang dilakukan oleh tertuduh dan mereka yang bersekongkol dengannya.
Wallahuaklam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/04/akan-percaya-hanya-apabila-najib-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Menikus Di Parlimen Hanya Berani Di Media Sosial

Najib Menikus Di Parlimen Hanya Berani Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 265 hits
Pada 29 Mac 2019oleh pENTADBIRSiapa tidak kenal dengan Najib Razak yang kini terkenal dengan gelaran bossku oleh pengikutnya yang setia termasuk yang berbayar Sejak akhir akhir ini Najib begitu popular dengan siri trollnya di Facebook Geban...
Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 390 hits
Najib Razak disambut penyokongnya yang melaunngkan BoosKu ketika hadir perbicaraan hari pertama Foto BBC News KUALA LUMPUR Seorang penyokong bekas perdana menteri Najib Razak membuat kecoh di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah di ...
Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 387 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa syarikat SRC International Sdn Bhd yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 7 Jan 2011 mempunyai modal terbitan sebanyak RM1 juta Penolong Pendaftar SSM Muhamad Akmal...
Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 426 hits
Tiga lagi termasuk permohonan untuk perintah larangan perbincangan awam berkenaan perbicaraan itu ditolak panel tiga hakim
Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 319 hits
Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Mahkamah Tinggi Putrajaya 21 Mac 2019 Foto oleh Miera Zulyana Projek MMPUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib...
Najib Sudah Di Kandang Tertuduh Tok Mat Masih Tak Tahu

Najib Sudah Di Kandang Tertuduh Tok Mat Masih Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 528 hits
Pada 6 April 2019 Kalau betul 1MDB bermasalah dakwalah Najib Kamu kata dulu kertas pertuduhan dah siap cuma belum tangkap Sekarang kenapa tak tangkap kata Mohamad Hassan dalam ceramah di Rantau pada malam 3 April lalu Beberapa jam sebelum M...
Fikir Masalah Rakyat Bukan Cari Jalan Kenakan Saya Najib

Fikir Masalah Rakyat Bukan Cari Jalan Kenakan Saya Najib

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 289 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan fokus menyelesaikan masalah rakyat dan bukan hanya mencari jalan untuk mengenakan beliau setiap hari Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis turut mempertikaikan kerajaan PH yang...
Tarikh Keramat Najib Dibicara Selepas Genap 10 Tahun Angkat Sumpah Pm

Tarikh Keramat Najib Dibicara Selepas Genap 10 Tahun Angkat Sumpah Pm

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 278 hits
Hari pertama perbicaraan Datuk Seri Najib Razak esok bagai ironi apabila genap 10 tahun beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Tarikh keramat itu dikongsikan muka depan akhbar bahasa Inggeris The Star hari ini lapor Projek MM Load...
Sales Of Hk Consulate Najib Or Guan Eng Bodoh Or Reporters Dibodoh

Sales Of Hk Consulate Najib Or Guan Eng Bodoh Or Reporters Dibodoh

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 335 hits
It is Tuesday today Today the newspapers frontpage is providing background story of Dato Najib s SRC trial that should begin tomorrow On April 3rd 10 years ago Najib sworn in as the 6th Prime Minister but on same date 10 years later he is i...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik