Apa Kerajaan Penang Buat 40 Tahun Hadap Najis Babi


 "Empat puluh tahun kami dok hadap benda ni". Itu rintihan penduduk Kampung Air Melintas Kecil, di sini yang terjejas akibat pembuangan sisa kumbahan khinzir ke saliran sungai dari ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat berdekatan kampung itu.

Wakil penduduk, Yusof Othman, 65, berkata isu tersebut bukan sahaja membelenggu penduduk di kampungnya malah kampung lain turut terjejas.

"Boleh dikatakan punca sisa najis khinzir ini bermula dari Kampung Selamat iaitu tempat ladang ternakan khinzir menuju ke Sungai Kreh di kampung ini sehinggalah ke Kampung Air Hitam (Sungai Dua, Butterworth) kira-kira 12 kilometer dari kampung kami," katanya kepada pemberita di lokasi pembuangan najis khinzir itu, di sini pada Ahad.

Yusof bersama kira-kira 20 penduduk kampung itu berkumpul di situ dan membawa sepanduk menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit.

Beliau berkata akibat daripada pembuangan sisa kumbahan khinzir yang dilepaskan di Sungai Kreh itu menyebabkan saliran parit di kampung mereka tercemar sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan terutamanya pada waktu malam dan selepas hujan.

"Lebih menyedihkan, sekitar tahun 2003 dan 2011 ketika kampung kami banjir, air naik menyebabkan kami terpaksa samak seluruh rumah untuk mencuci sisa najis khinzir yang tersisa," katanya yang sudah mendiami kampung tersebut lebih 40 tahun.

Yusof berkata selain itu, penduduk kampung turut mengalami simptom gatal-gatal badan dan sesak nafas akibat terhidu bau busuk yang disifatkannya seperti 'terkepung' di dalam kawasan yang busuk.

Seorang lagi penduduk kampung itu, yang juga Ketua Unit Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, Ahmad Sulaiman, 69, berkata, masalah tersebut turut menjejaskan hasil tanaman padi yang diusahakannya.

"Untuk semusim, pesawah dikehendaki mencapai sasaran (di bawah rancangan Pertubuhan Peladang) kira-kira 10 tan untuk bendang seluas satu hektar, namun sejak masalah ini berlarutan hasil tanaman padi telah menjunam sehingga 5 tan kerana padi rosak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya kini memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada pengusaha ladang khinzir berkenaan untuk menghentikan pembuangan sisa kumbahan di situ.

"Kita nak kuatkuasakan tindakan tersebut melalui Enakmen Penternakan Babi 2016 dan fokus kita adalah supaya pengusaha tersebut menghentikan aktiviti pencemaran sehingga hujung tahun ini," katanya

Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/04/apa-kerajaan-penang-buat-40-tahun-hadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Harus Bantu Kerajaan Kurangkan Hutang Negara Dalam Tempoh 3 Tahun

Penjawat Awam Harus Bantu Kerajaan Kurangkan Hutang Negara Dalam Tempoh 3 Tahun

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 413 hits
Anggota CUEPACS dan penjawat awam disarankan agar memberikan kerjasama kepada kepemimpinan kerajaan baharu bagi menyokong usaha pemulihan negara Berbekalkan keamanan dan bebas daripada sebarang tindakan liar usaha itu berupaya dilaksanakan ...
Kisah Nenek 71 Tahun Dapat Hadiah Rumah Dari Miliuner

Kisah Nenek 71 Tahun Dapat Hadiah Rumah Dari Miliuner

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 451 hits
Aksi nenek ini menjadi viral setelah fotonya membawa sekarung besar berisi barang bantuan untuk korban bencana di kepalanya
Anak Mengadu Diliwat Guru Sejak 2 Tahun Lalu Tapi Ibunya Buat Tak Endah

Anak Mengadu Diliwat Guru Sejak 2 Tahun Lalu Tapi Ibunya Buat Tak Endah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 430 hits
Seorang pelajar tahfiz membuat laporan polis Isnin lalu mendakwa dia telah diliwat oleh gurunya sejak dua tahun lalu lapor Difahamkan mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Baru Sungai Buloh Jeram pernah menceritakan per...
Luhut Ingin Pembangunan Bandara Labuhan Batu Dimulai Akhir Tahun Ini

Luhut Ingin Pembangunan Bandara Labuhan Batu Dimulai Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 274 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Luhut Binsar Panjaitan menyatakan pembangunan bandara di Labuhan Batu Sumatera Utara harus dimulai pada akhir tahun ini Untuk tahap awal bandar udara itu ditargetkan dapat didarati pesawat jenis ATR
Kemenhub Targetkan Kapal Roro Dumai Malaka Beroperasi Akhir Tahun 2019

Kemenhub Targetkan Kapal Roro Dumai Malaka Beroperasi Akhir Tahun 2019

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 269 hits
Sebagai bentuk komitmen dalam mewujudkan konektivitas antara negara khususnya di Asia Tenggara Indonesia melalui Kementerian Perhubungan dalam hal ini Direktorat Jenderal Perhubungan Laut menargetkan untuk segera mengoperasikan kapal Roll O...
Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara Gara Ayah Tak Bagi Main Game

Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara Gara Ayah Tak Bagi Main Game

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 573 hits
Kita selalu marah anak kalau dorang buat benda yang kita tak suka atau larang tapi tak pernah terlintas dalam fikiran kita yang ia boleh buat anak sampai bunuh diri Namun ini apa yang berlaku pada keluarga dari Taiwan Menurut Ceritanya buda...
Ghaib Di Gunung Yong Yap Kehilangan Pendaki Ini Kekal Misteri Setelah 10 Tahun

Ghaib Di Gunung Yong Yap Kehilangan Pendaki Ini Kekal Misteri Setelah 10 Tahun

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 643 hits
Ghaib Di Gunung Yong Yap Kehilangan Pendaki Ini Kekal Misteri Setelah 10 Tahun Kehilangan pelari Gopeng Ultra Trail Mohammad Ashraf Hassan atau Acap masih kekal misteri setelah lebih seminggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan Malaha...
Ahy Ingatkan Jaga Perdamaian Dan Kerukunan Di Tahun Politik

Ahy Ingatkan Jaga Perdamaian Dan Kerukunan Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 212 hits
AHY mengatakan persatuan dalam keberagaman di atas segalanya Islam tentu sebagai agama mayoritas di negeri kita tapi Pancasila kita Ketuhanan Yang Maha Esa menjamin kehidupan yang toleran antarsesama manusia ungkap AHY
Didemo Rakyat Presiden Aljazair Akhirnya Mundur Setelah Berkuasa Selama 20 Tahun

Didemo Rakyat Presiden Aljazair Akhirnya Mundur Setelah Berkuasa Selama 20 Tahun

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 324 hits
Stasiun televisi pemerintah memperlihatkan Bouteflika yang mengenakan pakaian tradisional musim dingin menyerahkan surat pengunduran dirinya kepada ketua dewan konstitusi Dalam kesempatan itu juga hadir Abdulkadir Bensalah ketua parlemen ya...
Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Awis Spin Harapan Palsu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penyedia Air Minum Atau Sekadar Label Saatnya Berbenah Dan Tunjukkan Kinerja Sejati

Kotak Kopi Eksklusif Tarik Perhatian Pembeli Seawal Pandangan Pertama

Hello Me 2025

Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi