Dengkinya Hadi Kepada Madani


 
Sebenarnya kasihan juga melihatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang meroyan menggelupur menolak kerangka Madani sesakit-sakitnya. Kalau tidak dinamakan dengki, mungkin kita boleh namakan ia iri hati; atau lebih lunak — cemburu. Saya tidak pasti yang mana satu.
Sejak dari awal, pada tahun 1990an Abdul Hadi memang terkujat dan bagai kena sondol apabila mendengar istilah Madani. Pak cik-pak cik yang rumaja ketika tahun 1990-an seperti saya memang ingat kuatnya cemburu Hadi kepada Madani. Mungkin kerana Hadi tiada keupayaan menerbitkan kerangka-kerangka sedemikian rupa maka kegeraman itu meluap-luap, melubu-lubu bagaikan lava gunung berapi Krakatao.
Istilah “Madani” pertama kali diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim ketika beliau membincangkan tentang “Masyarakat Madani” semasa Festival Istiqlal, sebuah acara budaya Islam yang diadakan di Jakarta, Indonesia, pada 26 September 1995. Dalam ucapannya bertajuk “Islam dan Pembentukan Masyarakat Madani”, Anwar menekankan bahawa Islam memperkenalkan manusia kepada “cita-cita keadilan sosial dan pembentukan masyarakat madani yang merupakan masyarakat madani yang demokratik”.
Kalau kita renungkan tiada apa pun yang cacat pada gagasan ini. Malah saya difahamkan yang Anwar sudah mula menyelidiki konsep Madani semasa beliau menjadi pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sebuah sekolah elit untuk pelajar lelaki Melayu. Dikatakan bahawa idealisme tentang masyarakat telah disemai melalui kelab sekolah seperti Badan Revolusi Ugama (BRU) dan Kelab MaraMunJangan (Mara Ke Hadapan Mundur Jangan).
Bersama-sama Anwar itu, ada beberapa tokoh terkenal yang terlibat dalam kelab-kelab ini termasuk Allahyarham Sanusi Junid, Fauzi Abdul Rahman, dan Yahya Ahmad. Kemudian, visi tentang masyarakat ini — walaupun belum dinamakan ‘Madani’ — diperluaskan melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dengan bantuan Allahyarham Presiden PAS, Fadzil Noor, dan pemimpin ABIM, Ni’amat Yusoff dan Razali Nawawi.
Mungkin sebab PAS tidak begitu canggih, maka gagasan seumpama ini tidak tertelur keluar daripada benak pemimpin PAS. Idea-idea besar PAS yang hebat-hebat pernah keluar hanya ketika zaman pentadbiran Fadzil Noor. Selepas era Ustaz Fadzil, PAS memang kemalapan dengan retorika dan gagasan canggih.
Gagasan “cita-cita keadilan sosial dan pembentukan masyarakat madani yang merupakan masyarakat madani yang demokratik” seperti diutarakan di Indonesia itu mendapat sambutan hangat di sana. Orang Malaysia macam tercangak-cangak selama 30 hari.
Berdasarkan prinsip asas inilah Anwar mencetuskan kerangka Masyarakat Madani. Sebulan kemudian, pada 27 Oktober 1995, Anwar, yang ketika itu adalah menteri kewangan, membentangkan belanjawan di Parlimen Malaysia Kesembilan. Ketika itulah beliau secara rasmi memperkenalkan Malaysia Madani kepada rakyat Malaysia.
Pada mulanya, konsep ini sukar difahami, terutamanya kerana gaya bahasa Melayu Anwar yang cenderung berfalsafah. Namun, secara asasnya, Anwar menyatakan bahawa usaha Malaysia untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi perlu mencapai keseimbangan antara matlamat material di satu pihak dan martabat manusia, kebebasan, serta kebajikan di pihak lain. Matlamat keseluruhannya adalah untuk membentuk sebuah masyarakat madani sejati yang akan mendapat penghormatan dunia.
Dalam ucapan Anwar tatkala itu dia menyatakan; “Demikianlah falsafah pembangunan negara, ia bukan berasaskan kebendaan atau maddiyah semata-mata. Tetapi aspek kebendaan ini sekalipun, tidak kita pandang enteng, kerana kalau negara muflis, rakyat masghul dan melarat, hutang keliling pinggang, pengurusan ekonomi caca merba, cita-cita menjadi khayalan. Tetapi kenyataan sebenar ialah pembangunan Malaysia merangkumi cita-cita murni, mengangkat martabat insan, mengisbatkan kebebasan, mencabut dan membasmi keonaran di tengah-tengah masyarakat, mencerminkan ketinggian akal budi. Inilah yang kita maksudkan dengan pembinaan masyarakat madani. Watak inilah yang memungkinkan Malaysia menjadi suara dhamir, hati nurani masyarakat terpinggir dan masyarakat tertindas di dunia.”
Waktu Anwar Ibrahim menerbitkan ‘Madani’ di Dewan Rakyat, memang PAS nampak kelu dan bungkam. Dalam banyak keadaan PAS tercari-cari jalan menyanggah idea ini yang dengan cepat memukau ramai.
Walaupun asasnya bersandarkan Islam, PAS pada masa itu dengan tegas menentang kerangka ini. Demikian susah payah untuk mencari jalan menolak Madani, Hadi menyeragamkan hujah PAS bahawa Barisan Nasional (BN) gagal melaksanakan ekonomi Islam dan masih mengamalkan riba, iaitu membuat keuntungan melalui perdagangan dan perniagaan secara tidak adil dan menindas. Hadi bahkan menyatakan bahawa Madani adalah satu kegagalan kerana ia menggunakan ‘acuan Barat’.
Harus diingat, ketika Anwar menjaguhkan Madani 1.0 ini, beliau berada dalam pentadbiran Mahathir Mohamad, penasihat ekonomi negeri-negeri bawah PAS dan Bersatu hari ini (nota: Gerakan tidak disebutkan kerana tidak signifikan).
Hadi menyanggah Madani tanpa hujah tuntas di Parlimen, bunyinya begini: “…inilah masyarakat madani yang dibentuk melalui sistem ekonomi yang menghapuskan segala bentuk penindasan. Kita perlu menyedari betapa penjajah ekonomi melalui riba bukan sahaja menjadi penyakit di peringkat nasional, bahkan menjadi penyakit di peringkat internasional yang dilakukan oleh negara-negara kaya, negara-negara maju terhadap negeri-negeri miskin.”
Memang agak pelik Hadi menolak mentah Madani. Padahal ia satu gagasan sahaja, dan belum pun diaplikasikan. Ia baru diperkenalkan. Kalau manusia itu waras dan suka benda yang baik tentu pertamanya ia menyambut dengan sihat terlebih dahulu, dan jika buruk barulah kelak dikritik pelaksanaannya. Tetapi Hadi yang memang entah kenapa rasa selalu tersaingi dan terpukul dengan Anwar mencari jalan untuk menyangkal bermati-matian.
Hadi juga menyatakan bahawa fikrah Madani adalah berasaskan materialisme (fikrah maddiyah), tidak sejajar dengan syariah, korup, dan berdosa: “Fikrah maddiyah menyebabkan diputuskan hubungan ekonomi dengan Islam, timbulnya rasa bongkak sehingga tidak merasa ianya bergantung dengan perkara rezeki. Seterusnya boleh menyebabkan manusia ekonomi melakukan apa sahaja tanpa batas-batas syariah, mencari harta secara melakukan dosa besar, seperti riba’, merasuah pihak yang berkenaan, menipu dan lain-lain. Melahirkan rasa bakhil untuk mengeluarkan zakat sabilillah, sedekah dan lain-lain, bahkan sumbangan itu kalau dilakukan masih lagi mempunyai tujuan maddiyah yang dijangka memberi pulangan kebendaan daripada iklan secara budi pekerti yang dilakukan kepada masyarakat melalui Akhbar dan lain-lain.”
Hujah dan poin di atas nampaknya tidak pernah bergerak dari zaman dulu sampai dewasa ini. Masih hidangan yang sama dengan sendal tafsir ayat al-Quran mengikut selera sendiri.
Setahun kemudian Anwar menyebarkan kembali kerangka yang sama. Kali ini PAS mengubah nada mereka apabila Anwar sekali lagi membincangkan Madani semasa pembentangan belanjawan pada tahun 1996.
Ibrahim Mahmood, ketika itu Ahli Parlimen Kuala Krai, menyatakan sokongan penuh terhadap kerangka ini: “…konsep masyarakat majmuk madani sekali lagi diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, ketika perbentangan Belanjawan Negara baru-baru ini. Di antara ciri-ciri masyarakat madani yang digariskan adalah masyarakat yang didorong oleh kebebasan, kekuatan moral dan sifat terpuji. Kami menyokong penuh gagasan masyarakat madani yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan…”
Ucapan beliau terakam dalam hansard Parlimen. Ahli Parlimen itu juga mengakui aspek Islam dalam konsep Madani seperti yang dijelaskan oleh Anwar, dengan menyatakan bahawa konsep itu berasal dari Islam sebagai ad-din atau “cara hidup”.
Dua pandangan bertentangan dari orang dua ahli Parlimen PAS ini, iaitu Hadi dan Ibrahim dapat dijadikan hujah bahawa sikap Hadi itu adalah sikap Hadi sendiri. Manakala sikap PAS ketika itu ialah penuh kewarasan, yakni seperti disebutkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, “…kami menyokong penuh gagasan masyarakat madani…”
Hari ini apalah nasib PAS di bawah Hadi Awang. Orang-orang waras seperti Ustaz Ibrahim Mahmood dan arwah Fadzil Nor sudah tiada. Yang ada-ada mereka yang lojik-lojik sudah pun meninggalkan PAS kerana terlihat makin merapu. Yang lojik-lojik itu membentuk Amanah, yang hari ini bukan sahaja meneguhkan konsep Madani itu tetapi bahkan menawarkan pula gagasan Rahmah dan Ihsan.
Memang sukar memahami Hadi. Dan memang menghairankan ada dua tiga kerat orang yang waras seperti Ustaz Nushi Mahfodz di Semenyih (Ahli Dewan Undangan Negeri) masih boleh bertahan dengan nanar Hadi ini. Memang kasihan perlu menelan perangai kebudak-budakan ini.
Madani adalah satu pedoman untuk Anwar Ibrahim menggerakkan kerajaannya. Satu kompas dalam pentadbiran beliau. Paling tidak ia asli. Bukan seperti konsep Satu Malaysia ketika zaman Najib Razak yang tidak menentu hala. Memang kasihan kalau PAS di bawah Hadi menolak pedoman yang baik ini.
Memang ada hal yang kita tidak berpuas hati dengan pemerintahan Anwar Ibrahim hari ini. Banyaklah tidak terkata. Misalnya Akta Hasutan masih berkuku, tetapi ada kerumitan lain yang jika diteropongkan boleh difahami.
Tetapi, Hadi, sampai sekarang kita kehairanan, entah apa sebab dengkinya semacam tidak pernah habis. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/dengkinya-hadi-kepada-madani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haji Hadi Gelar Madani Jahiliah Anggap Ph Pula Wakil Penjajah

Haji Hadi Gelar Madani Jahiliah Anggap Ph Pula Wakil Penjajah

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 140 hits
HarapandailyHanya kurang 24 jam melangkah ke tahun baharu 2025 Pas menggelar dasar kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya Madani Islam sebaliknya Madani Jahiliah Dalam masa sama presiden parti pembangkang itu Tan Sri Abdu...
Beza Kerajaan Madani Peduli Rakyat

Beza Kerajaan Madani Peduli Rakyat

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 126 hits
INI MASA 33 BULAN JADI KERAJAAN KALUT NAK PENAIK TARIF LETRIK NASIB KERAJAAN NI MAMPOIH SEKERAT JALAN TIDAK LAMA DAH WALAUN UMAH TAK BAYAQ BIL INI KERAJAAN MADANI KERAJAAN RAKYAT YANG CERDIK MENYOKONG USAHA AGAR TIADA KENAIKAN HIDUP KERAJAA...
Anwar Madani Govt To Ensure No One Is Marginalised

Anwar Madani Govt To Ensure No One Is Marginalised

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 111 hits
The Madani government will continue to work towards building a more inclusive and prosperous future for Malaysia said Datuk Seri Anwar Ibrahim Pic by STR AHMAD UKASYAHKUALA LUMPUR The Madani government will continue to work towards building...
Group Condemns Release Of Sharks Under Madani Govt

Group Condemns Release Of Sharks Under Madani Govt

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 116 hits
The Malaysian People s Advocacy Coalition has condemned what it claims to be the release of major sharks from corruption cases under Prime Minister Anwar Ibrahim s administration Haram s secretary general Adam Nor referred to court decision...
Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya

Perhimpunan 6 Januari 2025 Di Putrajaya Perpaduan Kerajaan Madani Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 235 hits
Pada 6 Januari 2025 di Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya akan diputuskan sama ada permohonan Dato Sri Najib Razak untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakimann...
Madani Sedang Direalisasi

Madani Sedang Direalisasi

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 78 hits
KDN KOMITED PERKUKUH SEMPADAN LINDUNGI NEGARA Keselamatan sempadan negara adalah keutamaan saya semenjak saya dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Pelbagai inisiatif dan tambah baik telah dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan pemer...
Madani Jahiliah Kokok Berderai Derai Ekor Bergelumang

Madani Jahiliah Kokok Berderai Derai Ekor Bergelumang

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 95 hits
HarapandailyNAJIB BAKARArtikel Minda Presiden Pas menyerang PMX secara tiba tiba persis seorang pemandu yang tak reti guna signal Tajuk artikel itu adalah D8 Dipandang Remeh Macam biasa tulisannya itu panjang lebar petik banyak ayat Quran d...
Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

Tahun Baharu 2025 Malaysia Maju Dan Sejahtera Bersama Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 266 hits
1 Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya Jika diungkap kembali rekod tahun lalu banyak kejayaan yang dilakar negara di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Sekalipun negara berdepan cabaran yang getir pada tahun lalu ter...
Imbasan 2024 Kerajaan Madani Terus Lakar Kejayaan Melalui Lonjakan Ekonomi

Imbasan 2024 Kerajaan Madani Terus Lakar Kejayaan Melalui Lonjakan Ekonomi

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 146 hits
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara KUALA LUMPUR 31 Dis Tahun 2024 menyaks...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan