Dengar Nasihat Pakar Bisnes Jika Nak Niaga Berjaya
Tak pernah dengar nama Richworks? Tak pernah dengar nama Datuk Dr Azizan Osman? Hmmm… lemah! Kalau tak pernah dengar nama Richworks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman, bukan orang bisnes namanya tu.
Kenapa? Kerana Richworks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman antara mentor yang sangat disegani dalam Malaysia.
Tahun 2021 banyak orang berniaga susah payah kerana nak maju. Ada antaranya yang berjaya dan ada yang tak berjaya, bezanya pada tindakan. Nak berjaya kena bertindak dan nak bertindak kena ada ilmu. Untuk dapat ilmu itu kenalah cari mentor.
Nak dapat Mentor, kena beranikan diri untuk ambil tindakan. Setakat diam duduk terperap, mana nak dapat hasil?
Jangan Terus Bermimpi, Ketahui Bahaya Bisnes Yang Ada!
Tahun 2022 ini pula jangan dianggap semuanya akan menjadi sangat mudah. Dunia bisnes boleh memberikan impak yang kurang baik jika terus memilih untuk tidak majukan diri.
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.”
Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri sudah mengharungi banyak cabaran liku-liku susah-payah dalam dunia bisnes. Pengalamannya banyak dan hasil dari pengalaman itu beliau sampaikan semula untuk bantu orang lain di luar sana.
Lu Tak Langsi Lu Mati
Datuk Wira Dr Azizan Osman ada berkongsi tentang kisahnya berkaitan perkongsian dari seorang pemilik syarikat dan peniaga Cina. Kata pemilik bisnes Cina ini, banyak syarikat tunggu masa untuk ditutup kerana tak mampu nak bertahan lagi.
“Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.”
Nak berjaya dengarlah cakap sifu dengarlah cakap mentor, jangan main-main hingga perniagaan sendiri menjadi mangsa. Sebagai pemilik bisnes perlu peka dengan apa yang berlaku. Jangan berlengah.
Jangan juga ingat bisnes yang dulu kukuh masih boleh bertahan sampai bila-bila. Jika ilmu sudah makin menipis maka tak mustahil bisnes juga akan makin menurun.
Dari masa ke semasa rugi jika tak ambil peluang kerana nak berjaya memang perlukan ilmu yang betul dalam dunia bisnes usahawan.
“Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
*Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.*
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Lakukan Dengan Agresif, Bertindaklah Untuk Progresif
Nak berangan-angan tak salah, bukan kena bayar. Tapi jika dah hari-hari hanya berangan nak bisnes berjaya tahap boleh pakai kereta mewah tapi diri tak bertindak, apa gunanya? Nak berjaya mesti kena bertindak.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”
Sedangkan nak makan nasi untuk kenyang perlu suap makanan ke mulut, inikan pula nak senang lenang dengan hidup.
Bangun Jangan Terus Terduduk, Jumpa Datuk Wira Dr Azizan Osman Ahad Ini Di Telegram
Tangkap segera peluang hari Ahad ni. Pemilik bisnes terutamanya, jangan asyik cakap nak cari ilmu sedangkan peluang depan mata terlepas mudah-mudah.
Program Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini merupakan salah satu peluang yang bagus. Kenapa nak biar mcam tu saja.
Terlepas hari Ahad pertama? Tak mengapa, masih ada hari Ahad lain di sepanjang bulan Februari ini. Jangan sengaja nak mencari alasan kerana itu semua hanya akan membuatkan diri sendiri makin lemah.
Tetapkan jadual peribadi dengan Datuk Wira sepanjang Februari pada hari Ahad jam 8 Pagi kerana peluang besar bagaimana nak berjaya sedang ada di depan mata.
Bukan perlu kena bayar! Bukan perlu kena itu dan ini, hanya sekadar luangkan sedikit masa untuk mendengar perkongsian yang bagus untuk bisnes masing-masing berjaya.
Jika rasa sayangkan bisnes sendiri, tak usah fikir berkali-kali terus hadir ke Sesi Voice Telegram Datuk Wira Ahad ini di channel Telegram Azizan Osman (Official).
Selamat melangkah untuk kejayaan yang lebih menyerlah.
Selamat berjaya!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2022/02/dengar-nasihat-pakar-bisnes-jika-nak.html