Akibat Tak Dengar Nasihat Tok Guru


 

Artikel ini saya tulis didorong tuduhan terbaharu Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa Umno melakukan “benda tidak bermoral dan tak betul”.
Abdul Hadi semalam – Jumaat 28 Januari 2022 – di Marang, Terengganu mengumpamakan Umno bagai itik yang pernah patah kaki tetapi setelah sembuh dirawat PAS mahu berenang sendiri “tinggalkan kita”.
Hadi mengulas tindakan Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu sekali gus meletakkan Muafakat Nasional terumbang-ambing.
Merujuk kekalahan Umno pada PRU empat tahun lalu, beliau mengibaratkan Umno “itik yang patah kaki (pada) pilihan raya ke-14″. Lalu beliau berkata “kita selamatkan itik yang patah kaki ini bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki. Malangnya bila kakinya dah pulih dia nak berenang sendiri. Nak tinggalkan kita. Jadi itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul.”
Pada pertemuan dengan wartawan di Marang semalam, Hadi juga mendedahkan strategi Umno sekarang khususnya “kluster mahkamah” ialah untuk mencetuskan pilihan raya demi pilihan raya peringkat negeri di mana Umno menguasai.
Hadi juga mengesahkan kerajaan persekutuan kini dikuasai Perikatan Nasional walaupun Perdana Menteri orang Umno.
Kedua-dua perkara amat menarik tetapi akan dibincangkan di lain artikel. Untuk artikel ini tumpuan ialah mengenai ‘itik yang tidak kenang jasa’ jika apa yang dikatakan Hadi disimpulkan.
Maksud Hadi ialah apabila Umno tewas PRU14, PAS lah yang menolong Umno tetapi apabila Umno sudah pulih ia mahu tinggalkan PAS. Itu intipati hujah Hadi di Marang semalam.
Pasti Umno punyai ceritanya sendiri. Namun ketika artikel ini ditulis Umno belum mengeluarkan reaksi. Apa pun kita teruskan bicara hubungan PAS-Umno.
Baru-baru ini tular video sedutan ucapan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat mengingatkan PAS jangan terperangkap dengan tipu helah Umno. Tok Guru mengimbas beberapa “pengkhianatan” Umno terhadap PAS lantas menasihati pemimpin dan ahli PAS jangan menjalin apa-apa hubungan dengan Umno termasuk mengwujudkan “kerajaan perpaduan”.
Tidak dapat dipastikan bila video itu dirakamkan. Tetapi Nik Aziz sememang diketahui umum tidak mahu PAS bekerjasama atau menjalin hubungan dengan Umno kerana “Umno nak berbaik-baik dengan kita bila dia tersepit”.
Dalam erti kata lain, Nik Aziz sudah serik berbaik-baik dengan Umno kerana apa yang Umno lakukan ke atas PAS.
Tidak dipastikan juga siapa yang menyiarkan semula video ucapan Nik Aziz yang disebut tadi. Cuma kapsyen yang mengiringinya berbunyi “untuk peringatan anak-anak yang dah mula percaya dengan kerjasama dengan Umno”. Lebih kurang begitulah.
Uru-ura “kerajaan perpaduan” kedengaran sejurus selepas Pakatan Rakyat (gabungan yang tidak formal ketika itu dan dianggotai PAS sendiri bersama PKR dan DAP) menumpaskan kerajaan BN di Selangor pada PRU12 pada 2008. Beberapa negeri lain yang diperintah BN turut tumbang tetapi BN menguasai kerajaan pusat.
Hasrat mengwujudkan “kerajaan perpaduan” diilhamkan pihak-pihak tertentu dalam Umno dan PAS. Bagi PAS, Hadi, timbalannya ketika itu Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung waktu itu Mustafa Ali, dan Pesuruhjaya Selangor Hassan Ali sering dikaitkan dengan isu “kerajaan perpaduan”.
Nik Aziz mahu isu “kerajaan perpaduan” ditutup sepenuhnya. Begitu juga apa bentuk kerjasama dengan Umno. Atas desakan Tok Guru isu berbaik-baik dengan Umno senyap. Tetapi tidak lenyap.
Yang jelas, ia diketepikan tetapi dipendam beberapa pemimpin PAS. Mereka senyap kerana rasa hormat dan mungkin juga takut akan Tok Guru Nik Aziz yang selaku Mursyidul Am PAS ketika itu amat berpengaruh, popular, dan dihormati dalam dan luar parti.
Namun apabila Nik Aziz meninggal dunia pada 2015, usaha beberapa pemimpin PAS berjinak-jinak dengan Umno timbul semula. Memendekkan cerita yang panjang, “atas semangat membela umat Islam” Presiden Umno ketika itu Najib Razak dan Hadi duduk sepentas pada satu perhimpunan solidariti Rohingya pada 2016.
Pada PRU14 PAS dikatakan menjalin kerjasama sulit dengan Umno. Ini dinafikan kedua-dua parti tetapi hakikatnya PAS bertanding menyeluruh dan meletakkan calon di kawasan yang tidak pernah ia tandingi. Ringkasnya calon PAS diletak bertanding juga di kawasan yang peluang untuk menang amat tipis. Malah kadar sifar.
Maka tercetus pelbagai tuduhan. Tidak perlu saya huraikan apa tuduhan itu kerana PAS dan juga Umno menafikan.
Ada pemerhati politik melihat peranan PAS ketika itu ialah bagi memecahkan undi khususnya undi Melayu yang dikatakan akan menguntungkan BN. Bagaimanapun apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perpecahan undi lebih memberi manfaat kepada Pakatan Harapan yang ketika itu pembangkang.
Pada 2019, sebagai pembangkang, Umno dipimpin Ahmad Zahid Hamidi dan PAS pimpinan Hadi menubuhkan Muafakat Nasional. Demi “perpaduan ummah” kata mereka. Namun, pemerhati dan penganalisis politik bersetuju ia lebih demi “kelangsungan politik” dua parti itu.
Umno dan PAS amat yakin MN akan membolehkan mereka kembali berkuasa apabila pilihan raya kelak.
Bukan pilihan raya yang diadakan tetapi tercetus pula Langkah Sheraton yang membolehkan Umno dan PAS ambil jalan pintas untuk duduk dalam kerajaan Perikatan Nasional. Disusuli pula kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob.
Kita tahu Umno dan PAS bersengketa atas faktor Bersatu. Tidak perlu diperinci kerana semua sudah maklum dan ia masih dipertonton untuk khalayak.
Serangan Hadi di Marang semalam bukan baharu tetapi di antara yang paling keras dan jelas. Sebelum ini pun hulubalangnya sudah melancarkan serangan ke atas Umno. Terbaharu seperti yang saya tulis baru-baru ini , Mokhtar Senik yang meskipun bukan orang Presiden tetap membelasah Umno dengan menuduh “Umno sudah semacam kembali dirasuk sifat asal mereka iaitu tamakkan kuasa dan dirasukkan kerusi”.
Berkata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Rozaimi Ramle, menerusi hantaran di Facebook: “Apabila melihat kenyataan terbaru Mokhtar berkenaan Umno, saya hanya mampu tersenyum kerana dari awal telah memberikan teguran kepada beliau apabila dulu berkata kesepakatan itu akan membuatkan malaikat bertakbir bergema seluruh alam dan Muafakat Nasional adalah piagam yang menggetarkan hati syaitan.”
Rozaimi mempersoalkan siapakah yang telah mengikut “telunjuk syaitan” sehingga menggugat kesepakatan dicapai PAS dan Umno melalui MN.
Saya tidak cadang ulas apa yang Rozaimi perkatakan. Realitinya PAS dalam keadaan sukar sekarang. Tak pun paling ringan mereka kesulitan dan tidak selesa kerana isu Umno, Bersatu, dan MN. Itu menggunakan bahasa paling lembut.
Mungkin PAS mengambil sikap ‘realistik’ mahupun ‘pragmatik’ ketika menjalin hubungan intim dengan Umno apabila pulangnya Nik Aziz ke rahmatullah. Kita maklum ia parti politik. Namun bagi saya mungkinkah apa yang PAS harungi kini ialah padah tidak mendengar nasihat Tok Guru? Waullahualam. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/akibat-tak-dengar-nasihat-tok-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arwah Tok Guru Dah Cakap Sapa Sekongkol Dengan Umno Khianat Perjuangan Pas Hangpa Kejar Lah Reta Dunia

Arwah Tok Guru Dah Cakap Sapa Sekongkol Dengan Umno Khianat Perjuangan Pas Hangpa Kejar Lah Reta Dunia

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 133 hits
Teringat dulu arwah tok guru Nik Aziz dah cakap sape bersekongkol dengan umno mmg akan diludah dan selagi arwah hidup mmg menentang habis sekarang diorang khianat amanah arwah tok guru Nik Aziz syukur alhamdulillah anak sulung beliau ustaz ...
When Tok Guru Told Takiyuddin To Keep His Ego In Check

When Tok Guru Told Takiyuddin To Keep His Ego In Check

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 141 hits
The late PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat once said Takiyuddin Hassan must keep his ego in check according to Nik Aziz s son PETALING JAYA Takiyuddin Hassan was once advised by the late PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat...
Mengapa Anwar Enggan Berunding Masih Dengar Nasihat Anak Murid

Mengapa Anwar Enggan Berunding Masih Dengar Nasihat Anak Murid

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 143 hits
agendaily com2 2 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mendengar nasihat anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Daripada isu lambang sehingga rundingan kerjasama Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal dan tidak mempunyai ketokohan yang da...
Saya Nasihatkan Dia Untuk Berpantang Sebaiknya Sweetnya Pesanan Tok Ti Untuk Neelofa

Saya Nasihatkan Dia Untuk Berpantang Sebaiknya Sweetnya Pesanan Tok Ti Untuk Neelofa

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 107 hits
Tipsnya mudah zikir je banyak banyak Memang itu yang sebetulnya Dalam agama pun dah diajar begitu Kalau saya dulu saya memang ikut petua orang orang lama Saya amalkan minum dan mandi air selusuh Ia adat untuk memudahkan proses melahirkan Sa...
Tok Peti Fitnah Mp Pantai Dalam

Tok Peti Fitnah Mp Pantai Dalam

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 126 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF Kesombongan Dari Pengikut Yang RamaiSudah 1 minggu Tok Peti utara memfitnah MP Pantai Dalam yang mengatakan Fahmi sebagai lawan jawi corak penulisan juga sama macam lidah rasmi parti agama penuh dengan tanda tanya t...
Guru Ktk Menerima Mpv Aruz Daripada Bekas Pelajarnya

Guru Ktk Menerima Mpv Aruz Daripada Bekas Pelajarnya

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 140 hits
Seketika dulu terbaca kisah cikgu ni Cikgu nak bersara Masa majlis persaraan tu terkejut cikgu bila tengok anak muridnya semua sama sama kongsi duit belikan beliau kereta Lepas tu saya baca komen ramai orang di bawah tu Ada antaranya anak m...
Ibu Bapa Khuatir Guru Berpolitik Akan Racun Anak Dengan Fahaman Parti

Ibu Bapa Khuatir Guru Berpolitik Akan Racun Anak Dengan Fahaman Parti

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 181 hits
Pakar pendidikan berpandangan guru yang berminat untuk terlibat dengan politik sangat kecil daripada jumlah keseluruhan guru yang kira kira lebih 420 000 orang PETALING JAYA Segelintir ibu bapa khuatir langkah membenarkan guru berpolitik ak...
Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment