Dengan Usaha Pembaharuan Pm Dan Kelulusan Ros Pru Mungkin Bukan Tahun Ini


malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri & Hariz Mohd
Diterbitkan: Jul 30, 2022 10:13 PM
Dengan memorandum persefahaman (MOU) antara PH dan kerajaan menghampiri tarikh tamat, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu lalu mengesahkan bahawa dia akan akur dengan keputusan partinya untuk tidak melanjutkannya.

Pada masa sama, Ismail yang merupakan naib presiden Umno membayangkan masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukannya berhubung MOU itu dan perjanjian bertulis tidak diperlukan untuk meneruskan persefahaman dengan pembangkang.

Dia juga tidak memberi jawapan secara terus berhubung bila dia akan membubarkan Parlimen bagi membuka jalan kepada PRU15.

Beberapa penganalisis politik yang dihubungi Malaysiakini berpandangan Ismail menghantar isyarat yang dia tidak akan membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat, dengan ada yang menjangka PRU hanya akan diadakan tahun depan.

Mereka juga berkata, kelulusan yang diberikan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap pindaan perlembagaan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti selepas PRU15, akan memberi lebih masa kepada Ismail Sabri untuk menangani pergelutan kuasa dalam Umno dengan kem yang diketuai presiden Ahmad Zahid Hamidi.

"Isu genting sama ada Ismail Sabri perlu menjadi presiden Umno atau tidak boleh ditangani sebaik selepas PRU15 selesai memandangkan Umno telah menyatakan dia akan menjadi calon perdana menteri bagi PRU15.

"Penangguhan pemilihan Umno memberi lebih manfaat kepada Ismail Sabri berbanding Zahid jika Umno menang dalam PRU15," kata Shazwan Musfata Kamal, pengarah bersekutu Vriens & Partners, sebuah firma perunding dasar awam, hal ehwal kerajaan dan risiko politik.
Sementara itu, Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata keputusan ROS secara tidak langsung menutup pintu untuk pensabotaj, sama ada dari luar atau dalam, untuk melemahkan Umno.

"Sebarang pertembungan dalaman antara kem yang bersaing akan mereda dengan tiadanya pemilihan parti sebelum PRU15. Maka gagal usaha untuk melemahkan Umno dari luar dan juga dari dalam parti.

"Umno 'Menara Dato Onn' kekal berkuasa walaupun dengan usaha oleh 'kluster kabinet' untuk menggunakan pemilihan parti bagi merampas kuasa," katanya lagi.

Nikmati sokongan pembangkang

Awang Azman berkata lagi, kenyataan Ismail Sabri pada hari Rabu lalu boleh dilihat sebagai isyarat kepada kedua-dua pemimpin Bersatu dan Umno yang memberi tekanan kepadanya.

“Kenyataannya juga memberi mesej bahawa sebagai perdana menteri, dia memegang kuasa untuk menentukan bila masa terbaik untuk mengadakan PRU15.

“Ia juga isyarat kepada Bersatu yang mendesaknya untuk memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada mereka, dan isyarat kepada pemimpin Umno tertentu yang telah mendesak dia untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

Penganalisis yang berpangkalan di Singapura Oh Ei Sun pula berpendapat Ismail Sabri mungkin akan menangguhkan pilihan raya selambat mungkin untuk memanjangkan tempohnya memegang kuasa di tengah-tengah pergelutan kuasa dalam Umno.

“Ini kerana dia mungkin digantikan oleh partinya sebagai PM selepas pilihan raya, kerana kumpulan arus perdana dalam parti mungkin mahukan seseorang yang mengikut arahan dengan lebih rapat.

“Jadi, Ismail Sabri pada dasarnya memberitahu kumpulan arus perdana Umno bahawa walaupun MOU tamat, dia terus menikmati sokongan blok pembangkang utama dan dia berkemungkinan besar tidak akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat,” katanya.
Ismail Sabri berada di barisan ketiga dalam hieraki Umno tetapi menjadi perdana menteri memandangkan Ahmad Zahid berdepan sejumlah pertuduhan rasuah di mahkamah manakala timbalannya Umno Mohamad Hasan bukan ahli parlimen.

Memandangkan asas politiknya tidak begitu kukuh dan dia berdepan risiko digulingkan oleh pihak dari partinya sendiri, dia memeterai MOU dengan PH pada tahun lalu.

Menerusi MOU itu, dia berjanji untuk melaksanakan sejumlah pembaharuan dan pembangkang sebagai pertukaran berjanji untuk tidak menyokong sebarang langkah untuk menggulingkannya.

MOU itu juga membuatkan Ismail Sabri berjanji kepada pembangkang bahawa dia tidak akan membubarkan Parlimen sekurang-kurangnya sehingga esok (31 Julai).

"Di tahap ini, kita masih tidak dapat menjangka bila pilihan raya akan diadakan kerana ia bergantung kepada perebutan kuasa antara Ismail Sabri dan kumpulan arus perdana Umno yang masih berterusan dengan tiada pihak yang jelas lebih kuat," tambah Oh.

Beri tumpuan kepada pembaharuan

Pandangan Oh itu turut dikongsi oleh Pensyarah Kanan Politik dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Azizuddin Mohd Sani, yang berkata perdana menteri berkemungkinan besar akan menangguhkan PRU sekurang-kurangnya sehingga selepas Januari.

Katanya, walaupun janji Ismail Sabri untuk tidak membubarkan Parlimen sudah sampai tarikh tamatnya, dia masih memerlukan sedikit masa sebelum semua pembaharuan yang dijanjikan dilaksanakan.

“Sebagai contoh, Rang Undang-undang Anti Lompat Parti telah diluluskan oleh Parlimen tetapi ia masih belum melalui semua proses ke arah pewartaan.

“Kalau tak silap saya, paling awal ia boleh diwartakan dan menjadi undang-undang ialah pada Januari.

"Undang-undang ini perlu ada sebelum PRU15, jadi nampaknya pilihan raya tidak akan diadakan sekurang-kurangnya sehingga itu," katanya.

Azizuddin berkata perdana menteri akan memberi tumpuan untuk melaksanakan pembaharuan bagi meningkatkan imejnya dan mendapat kepercayaan rakyat, terutama apabila dia memang mahu terus menjadi perdana menteri.
Sebaliknya, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berpendapat Ismail Sabri masih perlu mempertimbang banyak faktor sekiranya dia bercadang untuk menangguhkan PRU.

Dia berkata Ismail Sabri masih perlu mengambil kira bagaimana Umno akan menanggapi keputusannya berhubung perkara itu.

“Saya rasa dia sedang melihat platform lain untuk mengadakan kerjasama politik dengan pembangkang tanpa sebarang dokumen rasmi. Dia mungkin masih perlukan masa untuk melihat perkara yang dipersetujui dalam MOU, tetapi ada faktor lain yang dia perlu ambil kira - keadaan ekonomi dan politik semasa - untuk membuat keputusan.

“PRU15 boleh diadakan seawal Oktober atau November jika dia berjaya mengadakan persefahaman awal dengan pembangkang mengenai perkara-perkara yang belum selesai. Tetapi dia juga perlu mempertimbangkan hal parti dan keputusan parti kerana asasnya masih dalam parti,” katanya.

Pada masa sama, Sivamurugan berkata keputusan ROS akan membolehkan Umno memberi tumpuan kepada PRU15 sebelum memutuskan kepimpinan barunya.

Ditanya tentang kesan kelulusan itu kepada pesaing Umno, Sivamurugan berkata, "Semua pihak mesti membuat persiapan sendiri tanpa bergantung kepada kelemahan pihak lain".

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/dengan-usaha-pembaharuan-pm-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelulusan Ros Pemfitnah Pm Perlu Bertaubat Dr Kamarul Yusoff

Kelulusan Ros Pemfitnah Pm Perlu Bertaubat Dr Kamarul Yusoff

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 251 hits
Pada 15 Mei lalu di dalam satu Persidangan Agung Khas UMNO yang bersejarah seramai 2 586 perwakilan dari 192 bahagian UMNO dari seluruh negara telah meluluskan secara sebulat suara pindaan kepada Fasal 10 16 Perlembagaan UMNO Fasal 10 16 as...
Pru 15 Semakin Dekat Mungkin Sebulan Dua Lagi

Pru 15 Semakin Dekat Mungkin Sebulan Dua Lagi

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 206 hits
agendaily com03 08 2022PRU 15 bila masa sesuai diadakan Bayangan pilihan raya umum ke 15 semakin dekat diadakan sudah kelihatan dengan semua parti politik sudah mula masuk gear masing masing pelbagai aktiviti dan program tidak rasmi dijalan...
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah Selamat Menyambut Awal Muharram

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah Selamat Menyambut Awal Muharram

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 224 hits
Selamat Menyambut buat semua umat Islam di seluruh dunia Awal Muharram 1444H Maal Hijrah 2022 di Malaysia jatuh pada hari Sabtu 30 Julai 2022 bersamaan 1 Muharram 1444H Awal Muharram Maal HijrahAwal Muharram adalah salah satu hari kebesaran...
Pegang Iqra Seawal Umur 2 Tahun Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji

Pegang Iqra Seawal Umur 2 Tahun Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 269 hits
Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit tricky lebih lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga Namun jika tahu langkah dan kaedah yang tepat ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar Ini perkongsian ...
20 Pelakon Hollywood Dengan Bayaran Termahal Bagi Tahun 2022

20 Pelakon Hollywood Dengan Bayaran Termahal Bagi Tahun 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 319 hits
Siapakah pelakon Hollywood dengan bayaran termahal untuk menjayakan watak dalam filem bagi tahun 2022 Jom kita selongkar 20 Timoth e Chalamet 9 million 19 Millie Bobby Brown 10 million Jangan Lupa Like Share Komen
Jawatan Pm Tak Lebih 10 Tahun Meminta Mesyauarat Parlimen Dan Kebebasan Instutusi Kehakiman

Jawatan Pm Tak Lebih 10 Tahun Meminta Mesyauarat Parlimen Dan Kebebasan Instutusi Kehakiman

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 198 hits
83 janji dipenuhi 3 perkara dalam MoU belum dilaksana kata PH July 29 2022 Pakatan Harapan berkata MoU yang dimeterai dengan kerajaan pada 13 Sept 2021 akan terus berkuat kuasa selagi Parlimen penggal ke 14 tidak dibubarkan PETALING JAYA Pa...
Sambut Tahun Baru Hijriah Bupati Ipuk Jalan Keliling Pawai Obor Bareng Warga

Sambut Tahun Baru Hijriah Bupati Ipuk Jalan Keliling Pawai Obor Bareng Warga

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 203 hits
Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani mengikuti tradisi ini bareng warga di Lingkungan Baluk Kelurahan Kebalenan yang tak lain adalah wilayah tempat tinggalnya
Semarak Pawai Obor Sambut Tahun Baru Islam 1444 Hijriah

Semarak Pawai Obor Sambut Tahun Baru Islam 1444 Hijriah

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 195 hits
Semarak Pawai Obor Sambut Tahun Baru Islam 1444 Hijriah Warga Tambak Kelurahan Pegangsaan menggelar pawai obor keliling untuk menyambut malam Tahun Baru Islam 1444 Hijriah Jakarta pada Jumat malam
Awani Ringkas Tahun Baharu Hijrah 1444 Tarif Baharu Air Naik Pada Kadar 20 Sen

Awani Ringkas Tahun Baharu Hijrah 1444 Tarif Baharu Air Naik Pada Kadar 20 Sen

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 247 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah