Dengan Rm 30 Juta Berapa Banyak Rumah Pprt Untuk Rakyat Dapat Dibina


 
Aku tak berapa menelusuri newsfeed Facebook aku beberapa hari ini. Bukanlah aku sibuk tapi newsfeed aku yang sibuk. Tak sudah cerita lebai, cerita orang tua bercinta. Tambahan terbaru, si pelanggar tegar SOP gosok perut. Di mahkamah kot.
Cerita begini tiada faedah untuk masyarakat. Tapi inilah cerita sensasi yang dikejar orang. Yang selalu komen meluat dengan cerita politik, orang itulah yang tergila kejar cerita bodoh begini.

Pelik. Cerita politik yang babitkan masa depan dia, dibenci. Cerita yang tak ada kena mengena dengan dia, itu pula yang dikelek. Seronok jadi ahli politik Malaysia. Rompak banyak mana pun orang tak hirau. Janji boleh baca cerita selebriti.

Tapi petang tadi aku terbaca berita PM kesayangan orang Melayu, Ismail Sabri, buat renovasi kediaman rasmi PM yang khabarnya menelan belanja hingga RM30 juta.

Aku tak terkejut pun dengan berita itu. Bodohlah kalau aku nak terkejut. UMNO dapat kuasa, apa lagi yang akan dibuat selain dari habiskan harta negara? Bila lagi nak buat, kan? Masa ada kuasa la. Takkan dah jadi pembangkang baru nak buat. Kan?

Tapi aku terkejut bila baca alasan yang diberikan. Katanya untuk menaikkan imej negara di mata VIP negara luar. What??? Bodohnya dia anggap rakyat Malaysia semua sebodoh machai dan walaun. Boleh dia bagi alasan yang sebegitu?

Orang tak pandang Malaysia dari kediaman rasmi PM. Tapi orang pandang dari integriti kerajaan. Nak naikkan imej macamana kalau kerajaan didirikan atas semangat khianat? Sudah begitu, pesalah rasuah pula ramai yang bebas.

Itu belum kira dengan melantik orang yang tidak layak untuk jawatan penting seperti menteri dan duta. Dan orang yang dah didapati bersalah pun boleh selamba kekal jawatan MP. Boleh pulak berlagak macam tak ada salah apa-apa.

Ini semua yang yang menjatuhkan imej negara. Bukan kediaman rasmi. Dan kediaman rasmi itu pun bukanlah buruk mana. Elok lagi. Ini semua alasan nak perhabiskan duit negara. Dari RM30 juta itu, entah berapa masuk kocek kroni.

RM30 juta bukan sedikit tau. Berapa banyak rumah PPRT boleh dibina. Di saat ramai rakyat yang hilang punca pendapatan sehingga ada yang dihalau dari rumah sewa, sampai ada yang sekeluarga jadi gelandangan, boleh dia nak cantikkan rumah yang dah sedia cantik?

Beginikah gaya pemimpin yang cakna rakyat? Nampak sangat cakap-cakap konon nak bantu rakyat itu semua sekadar retorik, hanya omongan kosong untuk menipu rakyat.

Lebih pedih, dalam kabinet ada ramai orang yang gelar diri mereka ulama. Nak sangka baik macam mana dengan mereka kalau perkara begini dibiar sahaja? Takkan dah jadi menteri boleh terus lupa hadits Nabi saw tentang menjaga amanah?

Yang aku kesian penyokong kerajaan. Machai dan walaun. Rumah sendiri senget nak runtuh, tak mampu nak betulkan tapi kediaman PM yang elok pula direnovasi. Tapi dia punya bebal, tetap juga sokong bagai nak rak. Orang tu mewah, dia parah.

Aku tak dapat buat apa-apa. Hanya berdoa semoga Allah berikan balasan paling setimpal ke atas mereka. Itu sahaja.

Raja Gelap

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/dengan-rm-30-juta-berapa-banyak-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafee Beli Rumah Banglo Di Bukit Tunku Guna Cek Rm9 5 Juta Daripada Najib Saksi

Shafee Beli Rumah Banglo Di Bukit Tunku Guna Cek Rm9 5 Juta Daripada Najib Saksi

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 313 hits
BernamaSaksi pendakwaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ketiga perbicaraan kes Muhammad Shafee yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9 5 juta daripada Najib Gambar fail KUALA LUMPUR Mah...
Pangkalan Data Mengandungi 4 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual

Pangkalan Data Mengandungi 4 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 307 hits
Adnan Shukor dalam ciapan Twitternya pada Selasa menunjukkan tangkap layar forum pasaran pengkalan data tersebut Pangkalan Data JPN Pada masa ini disenaraikan untuk dijual dengan harga sekitar RM 35 500 SHAH ALAM Pangkalan data dipercayai m...
Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 325 hits
BOB KELANANGSebelum ini kita dimaklumkan bahawa kos ubahsuai Seri Perdana adalah RM30 juta kita dah melenting marah bila mana kos itu sampai cecah RM30 juta Rupanya Kos renovate Seri Perdana bukan berharga RM30 juta tapi ianya adalah bernil...
Dalam Belanjawan Terkesan Belanja 38 Juta Untuk Baiki Sri Perdana Dan Tidak Untuk Faedah Rakyat

Dalam Belanjawan Terkesan Belanja 38 Juta Untuk Baiki Sri Perdana Dan Tidak Untuk Faedah Rakyat

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 269 hits
Belanjawan 2022 fokus rakyat masih terkesan Covid 19 kata PM October 2 2021 Belanjawan 2022 juga akan menumpukan kepada pelaksanaan inisiatif jangka pendek selari dasar dan strategi RMK12 kata Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Belanjawan 202...
Permohonan Espkr Pprt Program Perumahan Rakyat Termiskin

Permohonan Espkr Pprt Program Perumahan Rakyat Termiskin

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 386 hits
Permohonan eSPKR PPRT Program Perumahan Rakyat Termiskin Bagi penduduk miskin dan miskin tegar di luar bandar yang tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah yang uzur Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyediakan bantuan melalui Pr...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 559 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Kwsp 3 6 Juta Rakyat Malaysia Tak Mampu Bersara

Kwsp 3 6 Juta Rakyat Malaysia Tak Mampu Bersara

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 230 hits
Seramai 3 6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berusia 55 tahun ke bawah hanya mempunyai kurang RM1 000 di dalam akaun 28 pencarum hanya ada kurang RM1 000 Rakyat Malaysia tidak mampu bersara dan akan bekerja sehingga hujung nyawa...
Rmk12 Lebih Rm2 Bilion Bantu Perumahan Rakyat Miskin Bina 500 000 Rumah Mampu Milik

Rmk12 Lebih Rm2 Bilion Bantu Perumahan Rakyat Miskin Bina 500 000 Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 307 hits
RMK12 Lebih RM2 bilion bantu perumahan rakyat miskin bina 500 000 rumah mampu milik Putrajaya akan memperuntukkan RM2 25 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin kata Perdana Mente...
Jarang Ditempati Ini 5 Potret Terbaru Rumah Anang Ashanty Di Bali Sudah Banyak Rusak

Jarang Ditempati Ini 5 Potret Terbaru Rumah Anang Ashanty Di Bali Sudah Banyak Rusak

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 202 hits
Pasangan artis Anang Hermansyah dan Ashanty memiliki rumah mewah di Bali Sayangnya rumah yang sudah lama tak dihuni oleh mereka itu kini kondisinya banyak yang rusak Mulai dari rumput kering atap bocor hingga kayu yang terkikis panas Intip ...
Justice Beyond Life Tun Mahathir S Tribute To A Fallen Comrade

Whistleblower Himself May Be Implicated In Assemblymen Bribery Case Says Source

Perempuan Terkejut Bila Bayar Rm8 40 Untuk Secawan Milo Panas

Poll Finds Malaysians Divided Over Blanket Ban On 3r Discussions

Minta 2 Dapat 1 Lagi Pendedahan Video Pemberi Maklumat

Dua Lelaki Tular Curi Motosikal Diburu

Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Time To Engage China In Its Terms


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Pembungkusan Yang Berfungsi Menjaga Kesegaran Minyak Esensial

Makan Kerepek Pisang Tanduk Kawan Bagi

Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden

Business Website Boosts Credibility

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan