Shafee Beli Rumah Banglo Di Bukit Tunku Guna Cek Rm9 5 Juta Daripada Najib Saksi



Bernama
Saksi pendakwaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ketiga perbicaraan kes Muhammad Shafee yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib. - Gambar fail KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa cek berjumlah RM9.5 juta yang diterima Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 dan 2014, digunakan untuk membeli sebuah rumah banglo di Bukit Tunku, di sini
 Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nasharudin Amir, 49, berkata Muhammad Shafee membuat pengakuan itu ketika percakapannya dirakam oleh beliau (Mohd Nasharudin) pada 28 Julai 2017
 "Berdasarkan jawapan yang diberikan Muhammad Shafee dalam rakaman percakapan, dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta yang diterima daripada Najib sebagai bayaran khidmat nasihat guaman yang diberikan peguam itu kepada bekas perdana menteri berkenaan dan parti, digunakan untuk membeli rumah bernilai RM9.5 juta," katanya
 Mohd Nasharudin yang ketika itu Ketua Unit Siasatan Cawangan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya, berkata Muhammad Shafee memberitahunya bahawa pemberian cek RM9.5 juta itu, tiada kaitan dengan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes rayuan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
 Saksi pendakwaan keempat itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ketiga perbicaraan kes Muhammad Shafee yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN)
 Menurut saksi itu, Muhammad Shafee juga memberitahunya bahawa beliau tidak mengetahui punca wang bagi kedua-dua cek yang beliau terima dan tidak pernah bertanyakan kepada Najib dari mana punca wang tersebut
 Semasa disoal balas peguam Harvinderjit Singh, saksi itu berkata beliau tidak ingat sama ada telah meminta sebarang dokumen berkaitan pembelian rumah berkenaan daripada Muhammad Shafee ketika rakaman percakapan direkodkan
 Sementara itu, Penolong Penguasa di Cawangan Siasatan D, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, Zulfaqar Mohd Khalil, 29, berkata ketika merakam percakapan Muhammad Shafee pada 11 September 2018, di ibu pejabat suruhanjaya itu, peguam berkenaan juga memberitahu bahawa wang tersebut digunakan untuk pembelian tanah dan banglo tiga tingkat
 Saksi pendakwaan kelima itu berkata Muhammad Shafee memaklumkan demikian selepas beliau dirujuk dokumen asal perjanjian jual beli bertarikh 21 Februari 2014 semasa rakaman percakapannya diambil
 Zulfaqar berkata Muhammad Shafee turut memaklumkan bahawa beliau memberi khidmat guaman kepada klien daripada Barisan Nasional, berkaitan petisyen pilihan raya bagi 2004 hingga 2006, dengan 46 fail telah dibuka
 "Muhammad Shafee juga menjelaskan bahawa beliau telah berjumpa Najib pada 5 September 2013, dan menyatakan jumlah keseluruhan kos khidmat guaman yang telah diberikan adalah kira-kira RM12 juta. Beliau mencadangkan kepada Najib sekiranya bayaran hendak dibuat, jumlah sebenar adalah RM11.5 juta
 "Dalam perjumpaan itu, Muhammad Shafee mengesahkan beliau ada memaklumkan kepada Najib bahawa beliau memerlukan duit untuk membeli rumah bernilai RM9.5 juta dan Najib memberitahu kepada peguam itu untuk mengambil RM9.5 juta terlebih dahulu sebelum memberikan dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta
 "Menurut Muhammad Shafee, Najib bersetuju supaya RM9.5 juta sebagai pinjaman sehinggalah beliau dan Najib membuat 'rationalisation'," kata saksi berkenaan
 Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya
 Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014
 Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
 Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014
 Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram
 Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/shafee-beli-rumah-banglo-di-bukit-tunku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafee Purchased Bungalow In Bukit Tunku With Rm9 5mil Received From Najib Court Told

Shafee Purchased Bungalow In Bukit Tunku With Rm9 5mil Received From Najib Court Told

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR The RM9 5mil received by Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah from Datuk Seri Najib Razak in 2013 and 2014 was used to purchase a bungalow in Bukit Tunku here a Malaysian Anti Corruption Commission officer told the High Court on Mo...
Bukit Aman Arah Najib Serah Bukti Selepas Tuduh Lhdn Guna Dokumen Palsu

Bukit Aman Arah Najib Serah Bukti Selepas Tuduh Lhdn Guna Dokumen Palsu

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 181 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerahkan dokumen berkaitan laporan dibuatnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi membolehkan siasatan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman mengarahkan beka...
Peguam Wang Rm5 9 Juta Beli Dua Banglo Itu Ialah Sumbangan Bukan Hasil Aktiviti Haram

Peguam Wang Rm5 9 Juta Beli Dua Banglo Itu Ialah Sumbangan Bukan Hasil Aktiviti Haram

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa wang bagi pembelian dua lot banglo di Country Heights Kajang Selangor bernilai RM5 9 juta oleh Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan dua ahli perniagaan ...
Bukit Aman Siasat Lhdn Selepas Najib Dakwa Salah Guna Kuasa

Bukit Aman Siasat Lhdn Selepas Najib Dakwa Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 232 hits
Najib Razak mempertikaikan tindakan kerajaan meminjam RM11 5 bilion dalam tempoh terlalu singkat PETALING JAYA Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penggunaan dokumen palsu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri susulan lap...
Berkesan Ke Tidak Guna Spray Gun Di Rumah Ada Risiko Jika Salah Penggunaannya

Berkesan Ke Tidak Guna Spray Gun Di Rumah Ada Risiko Jika Salah Penggunaannya

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 423 hits
Spray Gun merupakan alatan membasmi kuman yang setiap rumah pasti memilikinya yang dikatakan dapat membantu nyah infeksi COVID 19 terutamanya apabila berada di rumah Pelbagai inovasi yang boleh dapat ketika ini dan spray gun adalah alatan t...
Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Rm610 Juta Kerana Berdepan Masalah Kewangan

Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Rm610 Juta Kerana Berdepan Masalah Kewangan

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 209 hits
Luar biasa kekayaan Stephen Chow ini Kemungkinan besar wang tersebut akan digunakan beliau untuk Kung Fu Hustle 2 AKTOR serta direktor ternama Hong Kong Stephen Chow dilaporkan telah menggadaikan rumah agam miliknya yang terletak di The Pea...
Baki Beli Barang Dapur Kumpul Sikit Sikit Sampai Masa Suri Rumah Ini Boleh Tersenyum

Baki Beli Barang Dapur Kumpul Sikit Sikit Sampai Masa Suri Rumah Ini Boleh Tersenyum

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 228 hits
Bagi seorang isteri selain menguruskan makan pakai suami dan anak bab pengurusan duit juga sangat penting Bagi isteri yang bekerja mungkin perbelanjaan untuk membeli tu tak terasa sangat tetapi jika isteri surirumah perkara ini menjadi keut...
Datuk Ken Isteri Didakwa Guna Kediaman Sebagai Rumah Judi Terbuka

Datuk Ken Isteri Didakwa Guna Kediaman Sebagai Rumah Judi Terbuka

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 461 hits
Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Ken dan isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kediaman mereka sebagai rumah judi terbuka Liow Lian Keong 40 dan is...
Bukit Aman Minta Najib Serah Dokumen

Bukit Aman Minta Najib Serah Dokumen

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 146 hits
Bukit Aman minta Najib serah dokumen Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman meminta Datuk Seri Najib Razak menyerahkan dokumen berkaitan laporan dibuat bekas Perdana Menteri itu terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi membolehkan si...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024