Dendang Syawal Mak Cik Kiah Keperluan Yang Tertunggak




Pada 22 Mei 2020
oleh Pentadbir
Oleh Iskandar Fareez(Mantan Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan)Di ambang Syawal ini, kasihan keluarga Mak Cik Kiah. Pelbagai pancaroba yang harus mereka tempuhi bersama. 
Ketika dahulunya beliau sekeluarga dijanjikan dengan manfaat lebih RM8,600 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN), ternyata apa yang diterima jauh lebih rendah daripada itu. Mungkin beberapa terma dan syarat bantuan itu tidak begitu jelas sewaktu pengumumannya dibuat. 
Misalannya, terdahulu Mak Cik Kiah pernah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jadi tercicirlah beliau daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Disebabkan mata pencarian beliau terputus, maka Mak Cik Kiah pun pergilah ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan, tetapi tiada jaminan bantuan itu akan diluluskan. Untuk buat pinjaman pun Mak Cik Kiah tak berani kerana sumber rezeki tak menentu. Bagaimana mahu membayar semula jika tiada pendapatan pun?
Menurut analogi Perdana Menteri (PM) juga, Mak Cik Kiah ini ada seorang sahaja anak yang mendapat pelepasan PTPTN. Tetapi mungkin PM terlupa pula kepada anak-anak lainnya. Ada yang terpaksa menerima potongan gaji, ada juga yang bercuti tanpa gaji kerana majikan tidak berupaya menampung kos upah pekerja. Dengan subsidi upah hanya sebanyak RM600, RM800 dan RM1,200 seorang, maka tidak hairanlah jika majikan memilh untuk memberhentikan pekerja kerana perolehan mereka tidak dapat menampung perbelanjaan ini. 
Bukan itu sahaja, keluarga Mak Cik Kiah tempuhi masalah lain juga merangkumi kenaikan harga barangan seperti daging, ayam dan sayur yang melonjak menjelang perayaan Aidilfitri ini. Malah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid pula sekadar mampu menasihatkan rakyat seperti Mak Cik Kiah supaya memilih kedai yang murah jika ingin mendapatkan bekalan makanan mentah itu. Kasihan sungguh.
Berhadapan dengan pelbagai ranjau menjelang awal Syawal ini masih bolehkah Mak Cik Kiah sekeluarga tersenyum merenungkan nasib mereka? Tentulah tidak.
Mak Cik Kiah perlukan sokongan perundangan
Walaupun telah banyak bantuan dan pakej rangsangan diumumkan, langkah kerajaan masih belum menyeluruh untuk melindungi perusahaan industri kecil sederhana (IKS) seperti yang diusahakan oleh Mak Cik Kiah.
Kebanyakan permasalahan yang dihuraikan di atas memerlukan penyelesaian daripada aspek perundangan juga. Rang Undang-Undang baharu atau pun Akta sedia ada perlu diubahsuai bagi melindungi nasib Mak Cik Kiah sekeluarga dan rakan-rakan yang berkongsi nasib yang sama ketika berhadapan dengan norma yang baharu. Pindaan kepada beberapa undang-undang pekerjaan, percukaian, kesihatan dan pendidikan begitu mustahak bagi melindungi golongan yang terkesan dek gangguan kepada kehidupan dan sistem ekonomi yang mencabar buat rata-rata rakyat Malaysia.
Tambahan pula, menurut pakar undang-undang Profesor Datuk Dr Salleh Buang, kerajaan harus mewujudkan undang-undang khas bersifat sementara bagi melindungi perniagaan di negara ini yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19, lantas menyelamatkan pekerjaan. Hal ini menjurus kepada perlindungan perniagaan daripada tindakan undang-undang jika gagal memenuhi perjanjian akibat terjejas dengan wabak berkenaan.
Jelas sekali, persidangan penuh Parlimen diperlukan bagi mencapai matlamat-matlamat yang telah digariskan. Malangnya, pada 18 Mei lepas, Parlimen hanya mesyuarat untuk 90 minit sahaja. Itu pun untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong tanpa sebarang perbahasan. Sekadar cukup syarat sahaja supaya ahli-ahli parlimen kekal menyandang jawatan mereka.  
Apabila digesa lagi untuk memanggil persidangan penuh sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan meminta semua pihak bersabar kerana RUU berkaitan Covid-19 hanya akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang pada 13 Julai nanti. Dengan erti kata lain, ketika rakyat meminta supaya tindakan diambil secepat mungkin, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah hanya menyahut “Tunggulah dua bulan lagi”.
Dalam pandemik, masa adalah yang paling berharga. Ternyata, kita telah pun terlepas peluang keemasan untuk bertindak dengan segera. Sekiranya aturan perundangan yang memenuhi keperluan rakyat tidak digubal tepat pada masanya, maka implikasi kepada kehidupan dan ‘periuk nasi’ rakyat akan menjadi lebih dahsyat lagi. 
Namun begitu, biarpun agak terlambat untuk mengubah nasib rakyat yang terkesan semasa awal Syawal ini, Kerajaan PN masih berpeluang membuat sesuatu dengan segera bagi menyelesaikan masalah rakyat bagi tempoh jangkamasa sederhana dan panjang.
Mereka mempunyai peluang untuk memanggil sesi persidangan khas Parlimen yang berjalan untuk tempoh 3 – 5 hari dalam masa terdekat ini. Sudah tentu sesi in perlu dijalankan seiring dan sejalan dengan pengubahsuaian SOP seperti yang dilaksanakan seperti di parlimen negara lain. Integrasi teknologi seperti video dan ‘teleconferencing’ perlu juga digalakkan bagi membawa sistem Parlimen kita ke alam maya (virtual).
Apa yang jelas, zaman kerajaan tahu segala perkara sudah berakhir. Kerajaan perlu kembali ke parlimen untuk berunding dan mempertimbangkan masa depan negara bersama ahli-ahli parlimen yang dipilih rakyat.
Dengan itu, kita perlu pastikan ahli-ahli Parlimen kita dapat menunaikan tanggungjawab mereka dan bersidang bagi membawa isu-isu rakyat walau dengan apa jua cara sekali pun. Nasib Mak Cik Kiah sekeluarga dan rakan-rakan bergantung bergantung kepadanya. Amat malang sekali jika keperluan ini tertunggak sama sekali.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/dendang-syawal-mak-cik-kiah-keperluan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesian Mak Cik Kiah Dan Pembohongan Berterusan

Kesian Mak Cik Kiah Dan Pembohongan Berterusan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 270 hits
MILO KOSONG KAW MKKSemasa pengumuman BPN sblm ini tiada satu perkataan pun yg menyebut Mereka2 yg ada pendaftaran dgn SSM TAK LAYAK memohon Tiba2 bila lakukan semakan kelulusan permohonan hari ini terselit perkataan Tak Layak Ini adalah ker...
Kes Riza Cik Kiah Tertipu Malaysia Dikencing

Kes Riza Cik Kiah Tertipu Malaysia Dikencing

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 349 hits
Via WhatsApp Harta yang Riza Aziz plea bargain atau mengaku salah dan setuju untuk pulangkan balik kat Peguam Negara Idrus Harun sebanyak USD108 juta itu dengan persetujuan dia dilepaskan rupa nya adalah harta yang sama yang sudah lama dira...
Maut Dilanggar Pemabuk 5 Beradik Hiba Sambut Syawal Tanpa Mak Ayah Disisi

Maut Dilanggar Pemabuk 5 Beradik Hiba Sambut Syawal Tanpa Mak Ayah Disisi

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 394 hits
Pada 9 Februari lalu sepasang suami isteri dilaporkan maut ditempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk di Lebuhraya Utara Selatan menghala utara dekat susur keluar Perai Si isteri Zuriana H...
Tolong Jangan Balik Kampung Kalau Sayang Mak

Tolong Jangan Balik Kampung Kalau Sayang Mak

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 356 hits
Pesanan dramatis Fauziah Nawi DRAMATIS Fauziah Nawi memuatnaik video untuk para peminat dan follower beliau di media sosial Facebook meminta agar kita semua berada di rumah dan tidak pulang ke kampung untuk berhari raya Pesanan Fauziah atau...
Nostalgia 8 Kenangan Yang Pasti Korang Rindu Raya Tahun Ini Mak Nak Balik Kampung

Nostalgia 8 Kenangan Yang Pasti Korang Rindu Raya Tahun Ini Mak Nak Balik Kampung

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 861 hits
Bila sebut pasal hari raya sudah pasti korang akan terkenang raya zaman dahulu berbanding sekarang Maklumlah kemeriahan raya zaman dahulu lebih meriah jika dibandingkan dengan sekarang Lebih lebih lagi tahun ini apabila semua masyarakat di ...
Hiburan Tak Dapat Bpn Mak Wan Jual Kuih Raya

Hiburan Tak Dapat Bpn Mak Wan Jual Kuih Raya

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 509 hits
Selepas mengetahui permohonan Bantuan Prihatin Nasional tidak berjaya pelakon veteran Mak Wan menjual kuih tart nanas bagi menyara dan meneruskan kelangsungan hidup Menurut laporan Harian Metro Mak Wan kini juga difahamkan terpaksa membuat ...
Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan

Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1386 hits
As SalamKek Marble Minyak Oren Gebu Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan Lama jugak saya tak share resepi kek Ada je saya buat kek time PKP dan PKPB ni cuma saya tak publish lagi dalam blog Bila Syawal keempat hari ini saya agak inilah ma...
Hiburan Rai Ulang Tahun Ke 15 Cik B Trending Di Twitter

Hiburan Rai Ulang Tahun Ke 15 Cik B Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 385 hits
Mencuri tumpuan netizen di media sosial secara mengejut nama Cik B difahamkan telah trending di laman Twitter tempoh hari Anak kepada jutawan kosmetik tersohor Malaysia Datuk Seri Vida itu dihujani ucapan tahniah dan kata kata sokongan di l...
Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 527 hits
Kemudahan teknologi seperti sidang video masih mampu mendekatkan hubungan Raidah bersama adik beradik lain yang semuanya berasal dari Singapura JOHOR BAHRU Sebahagian masyarakat menggangap normal baharu dilihat membataskan mereka berkumpul ...
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul

Sarapan Pagi Di Kampung