Demi Sejarah Warga Johor Wajar Tolak Parti Wakil Penyamun Gurunya


1) Warga Johor terutamanya generasi baru rata-ratanya RAKYAT yang celik, rasional dan peka menilai perkembangan politik negeri serta negara, lebih-lebih lagi melalui media.
2) Kedudukan negeri itu yang berdekatan negara jiran yang maju seperti Singapura membolehkan mereka muhasabah perkembangan warga mereka sendiri sama ada ianya seimbang atau tidak antara kampung-kampung dengan bandar-bandar

3) Warga Johor yang bijaksana akan faham dan sedar bahawa kemajuan menyeluruh sesuatu bangsa itu berkait rapat dengan kepimpinan yang tegas dalam bab INTEGRITI, menjunjung nilai KEBANGSAAN demi PERPADUAN serta berjiwa RAKYAT

4) Warga Johor yang saya kenali amat mementingkan keseimbangan ini terutama bagi kelompok Melayu-Islamnya yang kebanyakan mereka pernah belajar di sekolah agama negeri sesi petang, lantas mereka tentu kenal mana halal dan haram, mereka tahu siapa angkuh dan siapa mungkar

5) Warga Johor mahu negeri mereka kekal maju, bersih dan gah di persada nasional. Namun mereka juga mahu nilai-nilai budaya, adab, dan warisan terpelihara hendaknya dari asakan rakus pengaruh ultra liberalisme dan nafsu kapitalisme yang menyembah duit tanpa batas

6) Seawal zaman Temasek (Singapura yang ketika itu sebahagian dari kerajaan Johor Lama) dilanggar todak, hingga ke zaman akhir penjajahan British, Johor tidak sunyi dari watak-watak RAKYAT biasa yang bukan saja bijak malah berani membawa perubahan

7) Warga Johor tidak patut lupa jasa Hang Nadim dalam menyelamatkan nyawa RAKYAT di Temasek dari terus ditikam todak yang mengganas kerana dikatakan akibat sumpahan setelah pemerintah ketika itu mengarahkan pembunuhan Tun Jana Khateb seorang yang warak dari Samudra-Pasai (Aceh)

8) Dari kisah itu, RAKYAT biasanya menerima padah sama ada secara langsung atau tidak jika membiarkan pemerintah yang zalim dan korup berkuasa. Manakala mereka yang berani menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan biasanya menjadi mangsa, termasuk Hang Nadim itu sendiri yang akhirnya dibunuh kerana hasad dan kuasa politik sang pemerintah

9) Warga Johor juga tidak harus lupa kebangkitan Orang Tujuh Muar yang dianggap “Langkah Jebat” mewakili RAKYAT dalam menentang Malayan Union yang pada waktu itu telah ditandatangani penerimaannya oleh Sultan Johor. Ini kisah pra kemerdekaan di mana Pribumi Johor berani menongkah arus kerana sayang masa depan anak cucu mereka

10) Sekarang Johor lagi sekali damba untuk diselamatkan dari kelompok korup yang menguasai parti politik tertua di negara ini. Puak itu bukan lagi mewakili aspirasi RAKYAT marhaen tetapi sekadar buah catur golongan elit yang kenyang tujuh keturunan makan tidak habis seperti Kluster Mahkamah

11) Paling hina, penyamun dan bakal banduan kes makan duit RAKYAT sama-sama menebalkan muka untuk bercakap mewakili warga Johor sambil memfitnah tokoh Johor sendiri yang banyak berjasa serta tegas berprinsip, Tan Sri Muhyiddin Yassin cucu seorang ulama besar negeri tersebut

12) Ramai tidak lupa rakaman perbualan telefon antara murid dan gurunya sambil bergelak ketawa memperbodohkan pengikut fanatik masing-masing di luar sana. Kononnya No DAP dan No Anwar tetapi hakikatnya puak itu lebih paranoid terhadap mereka yang sebangsa dan seakidah dari PERIKATAN NASIONAL (PN)

13) Apakah warga Johor sanggup melihat sandiwara dan kemunafikan ini terus merencana kehidupan RAKYAT di tanah yang tercinta ini? Adakah parti-parti yang diketuai oleh watak-watak luar Johor itu benar-benar ikhlas faham jiwa RAKYAT Johor orang biasa

14) Dengan ikhlas saya yang pernah bermastautin di Jalan Mulia, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru dan bersekolah di negeri itu selama 4 tahun di era Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar Johor menyeru tuan-tuan, puan-puan, adik-kakak, para sahabat dan saudara senegaraku orang Johor agar BERSATU menamatkan keangkuhan Kluster Mahkamah, puak ultra liberal serta parti-parti kecil opportunis dalam PRN Johor nanti

Oleh: Dr Muhammad Faiz Bin Na’aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/demi-sejarah-warga-johor-wajar-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Johor Mesti Sepakat Tolak Bn Gila Kuasa Junaida

Warga Johor Mesti Sepakat Tolak Bn Gila Kuasa Junaida

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 192 hits
Pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor baru baru ini amat mengecewakan bukan sahaja rakyat Johor malah rakyat Malaysia Menurut Ketua Wanita KEADILAN Perak Junaida Jamaludin sejak Langkah Sheraton yang menjatuhkan Perdana Menteri Pakatan Har...
Warga Johor Mesti Tolak Bn Dari Bermaharaja Lela

Warga Johor Mesti Tolak Bn Dari Bermaharaja Lela

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 175 hits
Pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor baru baru ini amat mengecewakan bukan sahaja rakyat Johor malah rakyat Malaysia Menurut Ketua Wanita KEADILAN Perak Junaida Jamaludin sejak Langkah Sheraton yang menjatuhkan Perdana Menteri Pakatan Har...
Pejuang Tolak Pelawaan Ph Bentuk Gabungan Besar Berdepan Bn Dan Pn Di Prn Johor

Pejuang Tolak Pelawaan Ph Bentuk Gabungan Besar Berdepan Bn Dan Pn Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanah Air menolak pelawaan Pakatan Harapan membentuk gabungan besar berdepan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata partinya kekal d...
Kenyataan Akhbar Penampilan Pertama Parti Bangsa Malaysia Dalam Prn Johor

Kenyataan Akhbar Penampilan Pertama Parti Bangsa Malaysia Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 221 hits
Kenyataan Akhbar oleh timbalan presiden Parti Bangsa Malaysia Haniza Mohamed Talha Parti Bangsa Malaysia berkemungkinan akan membuat penampilan pertama dalam arena politik negara pada pilihan raya negeri Johor akan datang Berdasarkan perkem...
Prn Johor Cawangan Bubar Keluar Parti Kes Biasa Menjelang Pilihan Raya Wan Fayhsal

Prn Johor Cawangan Bubar Keluar Parti Kes Biasa Menjelang Pilihan Raya Wan Fayhsal

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 210 hits
SHAH ALAM 8 Feb Dakwaan ada cawangan parti terbubar dan ahlinya meninggalkan parti adalah perkara biasa berlaku setiap kali menjelang pilihan raya sama ada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Ber...
Parti Bangsa Malaysia Mahu Tanding Prn Johor Intai Kerusi Boleh Menang

Parti Bangsa Malaysia Mahu Tanding Prn Johor Intai Kerusi Boleh Menang

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 276 hits
AGENDA DAILY Satu lagi parti baharu Parti Bangsa Malaysia mahu masuk ke gelanggang Pilihan Raya Negeri Johor buat kali pertama Kerusi yang boleh menang dan dilihat mempunyai peluang cerah diintai PBM untuk masuk bertanding kata Timbalan Pre...
Rakyat Johor Tahu Hukum Halal Haram Jangan Pilih Parti Perasuah Muhyiddin

Rakyat Johor Tahu Hukum Halal Haram Jangan Pilih Parti Perasuah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 194 hits
agendaily com8 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Johor mengenai hukum halal haram tatkala menyeru pengundi di negeri itu supaya menolak Bari...
Apakah Warga Johor Sudah Tidak Waras Untuk Mengizinkan Kroni Kluster Mahkamah Dan Banduan Untuk Urus Negeri Johor

Apakah Warga Johor Sudah Tidak Waras Untuk Mengizinkan Kroni Kluster Mahkamah Dan Banduan Untuk Urus Negeri Johor

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 243 hits
Johor sewajarnya menjadi Negeri yang PALING bersih dengan mengenepikan nostalgia umno lahir di Johor Perubahan sementara dan pengorbanan perlu DIBUAT oleh warga Johor dengan MENGHUKUM umno selagi mereka tidak berubah TunJUKAN kuasa rakyat d...
Adun Keluar Parti Mahu Bertanding Tiket Parti Lain Pn Johor

Adun Keluar Parti Mahu Bertanding Tiket Parti Lain Pn Johor

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 266 hits
agendaily com30 1 2022PRN Johor Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri Bersatu yang keluar parti disebabkan mereka menerima tawaran untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor nanti atas tiket parti lain kata Mohd Solihan Badri Ketua ...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr