Adun Keluar Parti Mahu Bertanding Tiket Parti Lain Pn Johor


agendaily.com30/1/2022
PRN Johor.
Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang keluar parti disebabkan mereka menerima tawaran untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti atas tiket parti lain, kata Mohd Solihan Badri.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor itu menyifatkan tindakan dua ADUN yang mengumumkan keputusan meninggalkan parti selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan sebagai tindakan tidak wajar, malah tidak menolak rancangan parti politik yang menjadi seteru Bersatu sedang merancang naratif tersebut untuk melemahkan parti itu menjelang PRN Johor nanti.

“PN percaya ada parti politik tertentu menyediakan naratif berhubung tindakan beberapa ADUN Bersatu, termasuk ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad, yang keluar parti semalam.

“Kita percaya ia kononnya dengan harapan untuk menjejaskan kewibawaan serta imej PN dan Bersatu pada PRN Johor nanti.

“Bagaimanapun, tindakan beberapa ADUN itu tidak memberi kesan kepada Bersatu melainkan ia sekadar memenuhi kehendak pihak yang mempengaruhinya berbuat demikian untuk melemahkan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Mohd Izhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor itu mengumumkan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Khamis lalu, Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang, juga meletak jawatannya, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Mazlan, yang juga ADUN Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi Bersatu Johor, dilaporkan berkata, beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Mohd Solihan, yang juga Ketua Penerangan Bersatu Johor berkata, Mohd Izhar juga cuba merasionalkan tindakan keluar Bersatu dengan memberi pelbagai alasan, termasuk parti sudah hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya.

“Bersatu Johor menyifatkan alasan Mohd Izhar keluar parti selepas mendakwa hilang kepercayaan kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga tidak berasas, sebaliknya kerana beliau menganggap PN akan tewas dalam PRN Johor, sekali gus akan kehilangan jawatan EXCO dan lantikan ahli lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri.

“Justeru, Mohd Izhar beranggapan dengan keluar Bersatu, peluang untuk menyertai parti tertentu dan kekal menjadi EXCO adalah terbuka walaupun mendakwa tidak mahu mempertahankan kerusi DUN Larkin mahupun bertanding di mana-mana DUN lain pada PRN Johor kali ini,” katanya.

Beliau berkata, tindakan dan dakwaan Mohd Izhar itu mencetuskan pelbagai persepsi negatif serta bakal memakan diri beliau sendiri kerana dilakukan ketika DUN sudah dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/adun-keluar-parti-mahu-bertanding-tiket.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 222 hits
Pakatan Harapan telah putuskan parti komponen boleh pilih untuk guna logo parti atau logo PH KEADILAN telah pilih untuk guna logo parti untuk PRN Johor Keputusan ini diterima baik oleh AMANAH dan DAP Ada beberapa sebab kami putuskan begini ...
Muslihat Anwar Dan Umno Menggunakan Simbol Pkr Bertanding Di Johor

Muslihat Anwar Dan Umno Menggunakan Simbol Pkr Bertanding Di Johor

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 403 hits
CETEK pemikiran kita kalau kita percaya cakap cakap Anwar Ibrahim bahawa keputusan PKR menggunakan simbol sendiri dan BUKAN simbol Pakatan Harapan kononnya mengambil kira SENTIMEN orang Melayu dan orang kampung Dangkalnya pemikiran pemimpin...
Wanita Buat Aduan Gangguan Seksual Terhadap Adun Johor

Wanita Buat Aduan Gangguan Seksual Terhadap Adun Johor

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 223 hits
Gangguan Seksual Gambar Hiasan Wanita buat aduan gangguan seksual terhadap ADUN Johor JOHOR BAHRU Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor...
Prn Johor Pn Akan Berunding Dengan Parti Anggota

Prn Johor Pn Akan Berunding Dengan Parti Anggota

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 353 hits
MALAYSIA DATELINEPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan mengadakan rundingan dengan parti anggotanya bagi memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Johor Menurut Presiden Bersatu...
Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 373 hits
tuncarlos comSHAH ALAM Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datan...
Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 331 hits
January 25 2022 Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang menggariskan calon diketengahkan pada pilihan raya negeri Johor mesti kuat berpengalaman muda termasuk membabitkan wanita merangkumi semua komponen parti PORT DICKSON Pengerusi Pakat...
Suhaizan Tempelak Umno Sengaja Pilih Bubar Dun Johor Waktu Ini Supaya Ramai Tak Keluar Mengundi

Suhaizan Tempelak Umno Sengaja Pilih Bubar Dun Johor Waktu Ini Supaya Ramai Tak Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 247 hits
January 28 2022 Speaker DUN Johor Suhaizan Kayat mempersoalkan tujuan kerajaan negeri Johor yang diterajui UMNO Barisan Nasional membubarkan DUN untuk diadakan Pilihan Raya Negeri pada ketika ini Dakwanya ia disengajakan supaya peratusan ke...
Akar Umbi Bersatu Johor Cadang Semua Parti Politik Bekerjasama Hadapi Umno

Akar Umbi Bersatu Johor Cadang Semua Parti Politik Bekerjasama Hadapi Umno

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 268 hits
agendaily com30 1 202210 Bahagian Bersatu mencadangkan semua parti politik merangka strategi bersama bagi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional Semua parti politik tidak kira sama ada pembangkang atau di sebelah kerajaan dicadangkan merangka...
Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

Isu Istilah Kafir 2 Pemimpin Pas Dituduh Main Wayang Politik

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Nasi Ambeng Di Selangor

Bunuh Diri Atau Dibunuh

Barang Branded Vs Barang Fake Mana Lagi Sesuai

Yummy Healthy Chicken Recipes You Can Freeze


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Empat Pensyarah Uum Tersenarai Antara 2 Saintis Terbaik Dunia

Ketahui Tanda Awal Cara Elak Masalah Bateri Kereta

Panduan Asas Search Engine Optimization Untuk Blog

Man Climbs Warehouse Roof In Bintulu Firefighters Talk Him Down Safely

Uncle Caught On Cctv Plucking Pubic Hair And Placing It Into Food

Kelantan Police Chief Misunderstood Rape Law Says Mp